{"id":14834,"date":"2022-12-31T13:54:33","date_gmt":"2022-12-31T13:54:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14834"},"modified":"2022-12-31T13:54:36","modified_gmt":"2022-12-31T13:54:36","slug":"setelah-julang-dap-umno-sucikan-falsafah-malaysian-malaysia-pula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2022\/12\/31\/setelah-julang-dap-umno-sucikan-falsafah-malaysian-malaysia-pula\/","title":{"rendered":"Setelah Julang DAP, UMNO Sucikan Falsafah \u2018Malaysian Malaysia\u2019 Pula"},"content":{"rendered":"\n<p>UMNO kini mensucikan falsafah \u2018Malaysian Malaysia\u2019 apabila menjulang parti berideologi kiri \u2013 DAP \u2013 sementara agenda reformasi yang mula diperkenalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hanya lakonan murahan setelah \u2018bersekedudukan\u2019 dengan kleptokrat dan perasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan sempena tahun baharu 2023 mengimbas beberapa isu politik sepanjang 2022 yang menyaksikan kebenaran terserlah dan kepalsuan lakonan terdedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya ini termasuk sumpah \u2018wallahi wabillahi watallahi \u2018No Anwar, No DAP\u2019 yang dilaungkan oleh UMNO ditukar menjadi \u2018Love Anwar, Love DAP.\u2019<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBuku-buku sejarah politik bakal merekodkan bahawa pada tahun 2022 UMNO menjulang parti berideologi kiri DAP dan mensucikan falsafah Malaysian Malaysia. Rakyat bertanya adakah UMNO masih relevan?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun 2022 merekodkan betapa agenda Reformasi hanya lakonan murah mereka yang kini leka bersekedudukan dengan kleptokrat dan perasuah. Benarlah bahawa kuasa dan jawatan boleh membuat manusia menjual maruah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat telah sedar lakonan Reformasi dipelopori PKR sudah masuk tong sampah,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini (31 Disember 2022).<\/p>\n\n\n\n<p>Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata tahun 2022 juga merekodkan betapa masih ada sekelompok pejuang yang masih tegar dengan idealisme perjuangan di mana Perikatan Nasional tetap bertegas tidak berkompromi dengan maksiat dan kerosakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Saiful menjelaskan dengan 74 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional kekal berprinsip, bersih, berintegriti, berkaliber, dan berwibawa serta memilih untuk terus memperjuangkan kebajikan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ramai pakar menjangka ekonomi Malaysia dan dunia akan mencabar pada tahun 2023 dan memburukkan lagi keadaan, perang Russia-Ukraine dijangka bakal mengheret Belarus serta Poland.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesan kepada ekonomi Malaysia pasti ada dan rakyat pasti terkesan. Kerajaan PH-BN yang tidak kompeten ini masih belum ada idea apa yang harus dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun 2023 juga akan menyaksikan apa akan jadi kepada kedaulatan undang-undang di Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Wan Saiful lagi rakyat akan menilai apa yang bakal berlaku kepada kes-kes mahkamah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan sekutu kluster mahkamahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PH kini menyayangi \u201ckluster mahkamah\u201d dan sedang mensucikan UMNO kerana mahu duduk serumah, namun Wan Saiful mengingatkan bahawa rakyat akan menilai adakah kedaulatan undang-undang negara akan dirosakkan oleh PH demi untuk membela kekasih baharu mereka, UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRakyat juga akan menilai tindakan Speaker Dewan Rakyat berkaitan empat orang Ahli Parlimen Sabah yang jelas telah melompat parti. Adakah PH-BN akan mempertahankan konsep kedaulatan undang-undang, atau adakah kerajaan PH-BN ini akan melenturkan undang-undang untuk menjaga kepentingan diri. Keputusan Speaker nanti adalah petanda awalnya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan sama, Wan Saiful berkata Bersatu perlu segera membuktikan kemampuan menghasilkan cadangan dasar-dasar alternatif yang berkualiti untuk mengurangkan bebanan rakyat, disamping cekap mengenal pasti kelemahan kerajaan yang perlu diperbaiki.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika di Britain, pembangkang dipanggil \u201cHis Majesty\u2019s Most Loyal Opposition\u201d. Maksudnya, dalam konteks Malaysia, menjadi tanggungjawab pembangkang untuk tidak bersetuju dengan kerajaan dan mencari idea-idea alternatif, dalam rangka memenuhi amanah yang diberikan oleh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembinaan kekuatan dalaman parti pula mesti menjadi keutamaan Bersatu. Proses latihan, perkaderan, pembentukan cawangan baru, pengukuhan cawangan dan bahagian, semuanya perlu diberi perhatian dan diusahakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaik pemimpin cawangan, bahagian, negeri mahupun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, semuanya mesti memainkan peranan untuk memperkukuh parti. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi mesti turun padang membantu Bahagian-Bahagian, terutama dalam menghadapi Pilihanraya Negeri tak lama lagi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Bersatu juga perlu menyedari bahawa kemenangan banyak kerusi adalah hasil sokongan generasi baharu politik atau anak muda, dengan pendaftaran automatik pengundi turut melibatkan pelbagai lapisan usia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGenerasi baharu menolak rasuah, menolak politik wang, dan menolak politik menipu demi kuasa. Sebaliknya Generasi Baharu mahukan budaya politik baru, budaya yang bersih dan budaya prihatin kepada nasib rakyat. Generasi Baharu mahukan peluang dan platform untuk mereka turut mendekati dan membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBersatu mesti menyahut keinginan Generasi Baharu ini dan menerima mereka dengan tangan terbuka. Beri ruang kepada Generasi Baharu untuk memainkan peranan dalam parti. Lantik mereka ke jawatan-jawatan yang sesuai dalam parti dan bantu mereka untuk naik, supaya mereka boleh berperanan membasmi budaya tak sihat sekiranya ada, dan membawa budaya yang lebih segar dalam parti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBersatu ada amanah penting yang wajib ditunaikan. Kita mesti menjadi alternatif sebenar untuk negara. Dan kita mesti berani membuat pilihan yang betul walaupun sukar, demi kebaikan jangka panjang untuk parti. Yang mana perlu dibersihkan, bersihkanlah. Yang mana perlu diperkukuh, perkukuhkanlah,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO kini mensucikan falsafah \u2018Malaysian Malaysia\u2019 apabila menjulang parti berideologi kiri \u2013 DAP \u2013 sementara agenda reformasi yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-14834","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14834","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14834"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14834\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14836,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14834\/revisions\/14836"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14834"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14834"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14834"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}