{"id":14918,"date":"2023-01-11T22:31:45","date_gmt":"2023-01-11T22:31:45","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14918"},"modified":"2023-01-11T22:31:48","modified_gmt":"2023-01-11T22:31:48","slug":"politik-wang-punca-umno-tersungkur-kata-timbalan-presiden","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/01\/11\/politik-wang-punca-umno-tersungkur-kata-timbalan-presiden\/","title":{"rendered":"Politik Wang Punca Umno \u2018Tersungkur\u2019, Kata Timbalan Presiden"},"content":{"rendered":"\n<p>Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan hari ini mengakui bahawa kegiatan &#8220;politik wang&#8221; akhirnya menewaskan parti keramat orang Melayu itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan parah sekali.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, politik wang juga yang menjerumuskan Umno hingga ke tahap sekarang iaitu semakin melemah dan tidak lagi dapat bertahan dalam mendapatkan sokongan orang Melayu-Islam dalam PRU15 baru-baru ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kepada semua ahli Umno, sedarlah. Politik wang adalah jelik, jijik dan sangat keji.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keji pada agama, keji pada adat, keji pada amalan,&#8221; katanya dalam ucapan perasmian bagi persidangan sayap-sayap utama parti bersempena dengan Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU22) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Mohamad, Umno kini hanya untuk mereka yang bersih, mahu berjuang dan mengasihi bangsanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Atas sebab itu, beliau menegaskan parti mesti membunuh kegiatan politik wang sebelum ianya membunuh Umno.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU15, Barisan Nasional (BN) hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen, keputusan paling merosot dalam sejarah &nbsp;gabungan tersebut.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum PRU10, Umno menguasai hampir keseluruhan negeri di selatan, utara, tengah dan barat Semenanjung.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Di Sabah, Umno mendapat tempat dan menggantikan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) sejak 20 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemunculan Perikatan Nasional (PN) dengan parti utamanya Bersatu dan PAS membawa satu gabungan politik yang memberi saingan sengit kepada Umno dan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada PRU15, PAS menguasai 43 kerusi Parlimen, sekali gus menjadi parti Melayu tertinggi mendominasi kerusi Parlimen Melayu iaitu hampir 43% berbanding Umno 23% dan PKR 11%.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap lebih lanjut, Mohamad yang juga ahli Parlimen Rembau berkata Umno sebagai parti yang tewas akan menjadikan idea sebagai modal politiknya yang baru, bukannya menggunakan elemen wang dan kuasa.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, Umno akan menjadi sebuah parti politik yang belajar dan menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya sama ada dari ahli parti mahupun orang Melayu atau bukan Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya, semuanya itu perlulah bersedia untuk menyumbang kepada kebaikan tanah air.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perjuangan politik kurun ke-21 adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling bermanfaat, kepimpinan paling kompeten dan institusi paling moden dan termaju.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Gerakan Umno pasca PRU15 akan berorentasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju.&#8221;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan hari ini mengakui bahawa kegiatan &#8220;politik wang&#8221; akhirnya menewaskan parti keramat orang Melayu<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14919,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-14918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14918"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14918\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14920,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14918\/revisions\/14920"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14919"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}