{"id":14966,"date":"2023-01-24T11:10:47","date_gmt":"2023-01-24T11:10:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14966"},"modified":"2023-01-24T11:10:49","modified_gmt":"2023-01-24T11:10:49","slug":"antara-sedekah-pas-dan-rasuah-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/01\/24\/antara-sedekah-pas-dan-rasuah-umno\/","title":{"rendered":"Antara Sedekah PAS Dan Rasuah UMNO"},"content":{"rendered":"\n<p>Boleh sakitlah UMNO sekali lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran. <\/p>\n\n\n\n<p>Petisyen pilihanraya telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said agar kemenangan PAS di Parlimen Kemaman, Marang dan Kuala Terengganu dibatalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada beberapa motif petisyen itu dibuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya, UMNO nak menunjukkan PAS adalah parti kotor yang menang secara kotor. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah mukadimah dari bilik perang UMNO bagi menghadapi PRN yang akan berlaku di 6 buah negeri beberapa bulan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika mengulas tentang petisyen tersebut, Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) memberi komen ringkas perbezaan maksud rasuah dan sedekah dengan berkata, \u201cMengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah maka terpulang kepada dia.&#8221; <\/p>\n\n\n\n<p>Susulan daripada komen tersebut, Presiden UMNO yang kekal takut bertanding, Zahid Hamidi memperli PAS konon apabila PAS buat dikatakan sedekah dan apabila UMNO buat dikatakan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa maksud sedekah yang dikatakan oleh TGHH? <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam menghadapi mana-mana pilihanraya, PAS terkenal dengan Tabung Tin Milo dan Tabung Jihadnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli-ahli PAS menabung duit-duit syiling dan duit-duit kertas berbulan-bulan sebelum pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Parlimen atau DUN dibubarkan, tabung-tabung sedekah ini mula dikumpulkan dan dipecahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedekah ini datang mencurah-curah daripada hasil jualan getah sekerap para penoreh hingga kepada not-not seratus ringgit daripada golongan berada dalam jamaah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan tidak dilupa dimaklumkan bahawa hampir semua pemimpin PAS khususnya wakil rakyatnya bersedekah kepada parti secara tetap dengan menyumbangkan 10% atau lebih daripada elaun dan pendapatan bulanan untuk parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pula ahli dan pemimpin yang mewakafkan tanah dan kenderaan untuk urusan-urusan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit-duit sumbangan ahli inilah yang akhirnya digunakan untuk membeli bendera, peralatan kempen, mengadakan program dengan masyarakat dan sumbangan kepada perantau yang memerlukan bantuan kewangan sebagai duit minyak kenderaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang dimaksudkan sedekah oleh TGHH yang tidak berlaku dalam UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS tak ambil harta kerajaan untuk menggerakkan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit-duit sedekah itulah dibelanjakan mengikut lunas-lunas demokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS tak pernah meminta pengundi bersumpah untuk pangkah PAS sebelum beri duit minyak. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit minyak hanya diberi selepas mengundi kepada ahli-ahli PAS untuk meringankan beban kewangan perantau yang pulang mengundi dari jauh. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit itu datang daripada poket ahli-ahli PAS yang dikumpulkan atas semangat jihad yang tak pernah berhenti.<\/p>\n\n\n\n<p>Amat berbeza sekali dengan apa yang UMNO cuba sembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Tersebar beberapa video mungkin daripada ratusan perlakuan buruk UMNO yang terang-terang memberi wang kepada pengundi dengan bersumpah untuk mengundi UMNO seperti apa yang berlaku di Dungun, Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pula video yang menunjukkan program kempen UMNO diisi dengan cabutan bertuah dengan harapan pengundi akan undi UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pula berselindung atas nama ahli PAS masuk UMNO diberi RM300 setelah isi borang menjadi ahli UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Di Parlimen Bagan Datuk sendiri terpapar beg-beg beras dengan cap dacing. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerja kotor ini telah sekian lama subur dalam UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetiba hari ini, Zahid Hamidi dan Mat Said mahu memalitkan rasuah politik kepada PAS dengan harapan anak-anak muda tidak lagi mengundi PAS\/PN pada PRN-PRN nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah dimaksudkan rasuah itu merupakan pemberian kerajaan kepada rakyat di musim pilihanraya, Zahid Hamidi dan Ahmad Said sepatutnya membuka balik sejarah rasuah pilihanraya dalam UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Amalan pemberian wang dan projek sampai di depan tangga telah setengah abad membarah dalam kerajaan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu UMNO\/BN menguasai 100% media massa. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka segala perlakuan buruk UMNO disembunyikan agar UMNO\/BN dilihat sebagai parti suci. <\/p>\n\n\n\n<p>Di zaman tik tok ini, rakyat dapat melihat dan menilai dengan mata akal dan mata kepala sendiri kebobrokan UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah sebenarnya punca kepercayaan rakyat kepada UMNO jatuh merudum.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah pelbagai bantuan untuk rakyat sudah ada di dalam manifesto PRU14 PAS? <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila berjaya membentuk kerajan, I-Bantuan dirancang dan dilaksanakan mengikut keutamaan di dalam kalendarnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika merancang tarikh pengagihannya, PAS tidak jangka pun PRU15 akan diadakan dalam musim tengkujuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba si pelahap yang sedang menghadapi kes-kes mahkamah mendesak PM Ismail Sabri ketika itu agar dibubarkan Parlimen. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, terbubarlah Parlimen secara mengejut lalu diadakan pilihanraya mengejut; bukannya I-Bantuan mengejut. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma manusia yang jahat hati perut dan busuk pedal sahaja menuduh PAS merasuah pengundi yang terkejut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, Zahid Hamidi dan Mat Said mahu menjadikan PAS sebagai \u2018scapegoat\u2019 atas kegagalan mereka mengemudikan pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kononnya, biar rakyat nampak PAS tak jujur. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka ahli UMNO lupalah malapetaka yang berlaku kepada UMNO adalah kerana ketua-ketua mereka yang cuba menormalisasikan DAP dalam perjuangan masa depan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Salam Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Boleh sakitlah UMNO sekali lagi. Yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran. Petisyen pilihanraya telah dibuat oleh Pengerusi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14967,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14966","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14966","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14966"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14966\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14968,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14966\/revisions\/14968"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14967"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14966"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14966"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14966"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}