{"id":14982,"date":"2023-02-03T09:18:51","date_gmt":"2023-02-03T09:18:51","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=14982"},"modified":"2023-02-03T09:18:53","modified_gmt":"2023-02-03T09:18:53","slug":"westernisasi-kelucahan-dan-kebodohan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/02\/03\/westernisasi-kelucahan-dan-kebodohan\/","title":{"rendered":"Westernisasi Kelucahan Dan Kebodohan"},"content":{"rendered":"\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"><strong> Projek Pembaratan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Serangan pemikiran terhadap dunia Islam boleh dikatakan bermula dengan usaha westernisasi (pembaratan) yang dilancarkan oleh orang Barat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembaratan atau dengan sebutan \u2018westernisasi\u2019 ada disentuh oleh Syeikh Abdul Rahman Hassan Habannakah di dalam karyanya \u0623\u062c\u0646\u062d\u0629 \u0627\u0644\u0645\u0643\u0631 \u0627\u0644\u062b\u0644\u0627\u0644\u062b dan lain lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Westernisasi atau pembaratan bermaksud gerakan yang menyeru kepada kebangkitan berkonsepkan Barat sehingga mengakibatkan terjadinya proses urbanisasi, modernisasi dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Westernisasi boleh diertikan sebagai projek penjajahan pemikiran. Iaitu, mengubah cara hidup orang Islam, kepada cara hidup Barat atas slogan kemodenan.<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"><strong> Penjajahan Pemikiran<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Secara umumnya, projek pembaratan bertujuan membaratkan negara negara lain sama  ada dari sudut ilmu, budaya, akhlak, bahasa, pemikiran, dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau dengan kata lain, meleburkan prinsip yang ada dalam jiwa umat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan agenda pembaratan masuk ke dalam negara-negara Islam yang dijajah.<\/p>\n\n\n\n<p>Budaya-budaya Barat dan cara pemikiran mereka ditanam dalam diri umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Undang-undang dan sistem berasaskan pemikiran Barat dikuatkuasakan sebagai salah satu bentuk penjajahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya menormalisasikan arak, memisahkan mahkamah sivil dan syariah, membezakan silibus pendidikan antara agama dan sains dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"> <strong>Ideologi Yang Dipasarkan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Amerika dan bloknya, memasarkan Liberalisme Kapitalisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam dunia Liberalisme, di sana ada fahaman Hedonisme, dan Utilitarianisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya terbakul di dalam Liberalisme Budaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Termasuk juga dari sudut moral. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka memperkenalkan moral cara mereka, yang terbina dari asas Liberalisme. <\/p>\n\n\n\n<p>Istilah yang lebih khusus dalam perbincangan moral adalah \u2018nilai murni\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Dialog dan wacana Barat tentang nilai murni memang tak habis. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, masih lagi belum betul-betul konkrit untuk menentukan mana satu nilai murni, mana satu nilai keji.<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"> <strong>Nilai Murni vs Keji<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Antara pemikir Barat terkenal yang mencorakkan istilah nilau murni\/keji ialah Machiavelli. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemikiran beliau dalam bab ini, terkait dengan fahaman konsikuensialisme (Consequentialism)<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, nilai murni atau keji itu diukur berdasarkan hasilnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau sesuatu perbuatan itu menghasilkan kesan yang baik, maka ia adalah nilai murni. Begitulah sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, dunia Barat sentiasa memperkenalkan produk-produk budaya mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsert, soft porn, percampuran lelaki perempuan tanpa batas, trend, pakaian dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Produk-produk ini dipromosikan, dan dipasarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemasaran inilah yang menjadi modus operandi \u2018westernisasi\u2019 atau agenda pembaratan<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"><strong> Filem Ala Barat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Antara \u2018hasil\u2019 pasaran produk Barat, lahirlah filem-filem ala horror (konon) tetapi diselit adengan kelucahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila dipersoalkan, macam-macam alasan dilapik, untuk menormalisasikan perkara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hanya mampu beralasan, dan tidak mampu berhujah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab apa mereka tidak mampu berhujah secara konkrit untuk mempertahankan hal ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, sepertimana yang saya katakan, mereka sendiri masih lagi belum betul-betul konkrit untuk menentukan mana nilai murni, mana nilai keji. Masih kabur.<\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya, dalam isu \u2018kelucahan\u2019, Feminisme masih bertembung sesama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Termasuklah aliran Neo-Liberalisme yang mempergunakan kelucahan untuk pasaran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"> <strong>Neo-Liberalisme dan Kelucahan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu artikel ringkas tentang Neo-Liberalisme dan kelucahan yang disiarkan oleh Lacanian Review Online menyatakan;<\/p>\n\n\n\n<p><em>While sexuality has been considered, for example, a highly transgressive site for more than three decades, the democratization of the porno industry has turned it into a host of new markets. With neo-liberalism, it is libido itself, with its polymorphous perversity that is used to fuel new porno markets. Every sexual fantasy becomes a \u201cniche\u201d to create new products.<\/em> [1]<\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya: Walaupun seksualiti telah dipertimbangkan, sebagai contoh, tapak yang sangat melampaui batas selama lebih daripada tiga dekad, pendemokrasian industri lucah telah mengubahnya menjadi pelbagai pasaran baharu. Dengan neo-liberalisme, ia adalah libido itu sendiri, dengan penyelewengan polimorf yang digunakan untuk memacu pasaran lucah baharu. Setiap fantasi seksual menjadi &#8220;niche&#8221; untuk mencipta produk baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Neo-Liberalisme hakikatnya lebih tertumpu kepada \u2018market\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kata lain, asalkan untung. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa lagi yang meraih untung dalam perkara ini kalau bukan si taukey atau penerbit filem?<\/p>\n\n\n\n<p>Juteru, masing masing perlu fikir, apa perlunya kita tiru Barat? <\/p>\n\n\n\n<p>Sampai adengan-adengan tak senonoh pun nak tiru Barat.<\/p>\n\n\n\n<p><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" height=\"16\" width=\"16\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/td3\/1.5\/16\/25aa.png\" alt=\"\u25aa\ufe0f\"><strong> Lambang Kebodohan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlu sedar, perbincangan tentang nilai murni tak mungkin dapat ditemui semata-mata dengan teori manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia perlu sedar, otak mereka terbatas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia terbatas dengan zamannya, dan kehidupannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mampu menghasilkan formula yang benar benar sejagat sepanjang zaman, dan sesuai di semua tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Budaya dan cara hidup yang diangkut dari dunia Barat belum tentu sesuai dengan Timur. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi mengangkut budaya-budaya yang tak senonoh, dan cara hidup yang meliar.<\/p>\n\n\n\n<p>Semata-mata mengikut cara Barat tanpa panduan, hanyalah melambangkan sebuah kebodohan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tiru benda baik, oklah juga. Kalau benda tak senonoh pun nak ditiru, itulah yang dikatakan lambang kebodohan.<\/p>\n\n\n\n<p>[1] <a rel=\"noreferrer noopener\" href=\"https:\/\/www.thelacanianreviews.com\/neoliberalism-pornography\/?fbclid=IwAR2fK8q_7ioRAOy7CKExkL72VsKJaTEPmgg3Hk8EFIufvXlvuMPhgO7I0LU\" target=\"_blank\">https:\/\/www.thelacanianreviews.com\/neoliberalism&#8230;\/<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Oleh : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Projek Pembaratan Serangan pemikiran terhadap dunia Islam boleh dikatakan bermula dengan usaha westernisasi (pembaratan) yang dilancarkan oleh orang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14983,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-14982","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14982","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=14982"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14982\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14984,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/14982\/revisions\/14984"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/14983"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=14982"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=14982"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=14982"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}