{"id":15028,"date":"2023-02-16T10:41:17","date_gmt":"2023-02-16T10:41:17","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15028"},"modified":"2023-02-16T10:41:19","modified_gmt":"2023-02-16T10:41:19","slug":"pm10-anugerah-atau-istidraj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/02\/16\/pm10-anugerah-atau-istidraj\/","title":{"rendered":"PM10: Anugerah Atau Istidraj?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama ada kita suka atau tidak, Anwar Ibrahim kini sudah tercapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau telah lalui tribulasi yang panjang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah silamnya, beliau pernah dilebamkan mata dan disakiti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu tempoh yang agak panjang beliau terkurung di tirai besi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes sodomi meruntuhkan imej dan reputasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala usaha berterusan beliau untuk menjadi PM ke-7, ke-8 dan ke-9 gagal sehingga digelar dengan jolokan sinis \u2018bakal Perdana Menteri\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perjuangannya mula menarik perhatian massa setelah beliau dipecat daripada UMNO pada tahun 1998. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tempoh suku abad itu, episod \u2018kesakitan\u2019 itu telah bermula dengan peristiwa mata lebamnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar telah dibelasah dalam tahanan polis setelah dipecat daripada jawatan Timbalan PM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Simpati rakyat bukan sedikit. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak itu bermulalah laungan \u2018Reformasi\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suara reformasinya terus menggegarkan politik negara meskipun menerawang dari sel penjara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Simpati semakin menggamit hati rakyat apabila beliau dikatakan menderita keracunan arsenik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian beliau berulang ke mahkamah kerana kes sodomi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maruahnya semakin tercabar dan tercalar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tilam buruk diusung ke kamar perbicaraan sebagai bukti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konon di situ terkesan tompok-tompok air mani. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seantero dunia tersebar video kelibatnya bersama lelaki. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian besar percaya beliau menjadi mangsa kepada musuh-musuh politiknya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, mahkamah mendapati beliau bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hayat politiknya dijangka berakhir sudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah keluar dari penjara, beliau terus aktif melalui PKR. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha demi usaha dan SD demi SD tetap mengecewakan harapannya untuk menjadi Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila wujudnya Muafakat Nasional, semua menjangka Anwar akan kempunan sampai ke mati. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PH sendiri mula goyah untuk meletakkan harapan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam peluang yang seolah-olah tertutup rapat itulah, Allah menunjukkan perancangannya yang hebat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya beliau dilantik menjadi PM Malaysia yang ke-10, dengan kleptokrat beliau berpakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Siapakah dapat menafikan bahawa pemimpin yang terkenal dengan slogan \u2018lawan tetap lawan\u2019 ini telah melalui seribu satu macam pancaroba dalam karier politiknya? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah telah memberi peluang kepada beliau untuk merealisasikan perjuangan reformasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah telah mengangkat darjatnya setelah dihina dan dicaci. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah telah memberi peluang untuk beliau memulihkan maruah sambil berbakti kepada rakyat dan negara dengan seadilnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persoalannya kini, adakah Anwar berada di landasan melaksanakan reformasi yang digambarkan suci? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidakkah terbetik tendensi untuk mengangkat kedudukan undang-undang dan mahkamah syariah setelah beliau sendiri terseksa kerana qazaf? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apakah beliau sebenarnya hanya mencari redha manusiawi, khususnya mastermind kerajaan campuran iaitu DAP? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adakah Anwar akan membiarkan diri tersesat jauh daripada tujuan politik yang diajar Rasulullah? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Segala tindakan Anwar akan menentukan; adakah ini suatu anugerah atau sebesar-besar istidraj?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salam Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sama ada kita suka atau tidak, Anwar Ibrahim kini sudah tercapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau telah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15029,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15028","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15028","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15028"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15028\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15030,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15028\/revisions\/15030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15029"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15028"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15028"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15028"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}