{"id":15031,"date":"2023-02-16T11:01:40","date_gmt":"2023-02-16T11:01:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15031"},"modified":"2023-02-16T11:01:43","modified_gmt":"2023-02-16T11:01:43","slug":"nik-aziz-dan-hassan-al-banna-antara-memperingati-dan-mempertahankan-asolah-perjuangan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/02\/16\/nik-aziz-dan-hassan-al-banna-antara-memperingati-dan-mempertahankan-asolah-perjuangan-2\/","title":{"rendered":"Nik Aziz Dan Hassan al-Banna: Antara Memperingati Dan Mempertahankan Asolah Perjuangan"},"content":{"rendered":"\n<p>12 Februari adalah tarikh yang sentiasa diingati oleh anak-anak harakah Islam, termasuk ahli-ahli PAS di segenap lapisan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana pada tarikh ini tercatat dalam sejarah perjuangan tentang kembalinya dua murabbi haraki ke pangkuan Tuhan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hassan al-Banna pergi sebagai as-syahid pada 12 Februari 1949, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyusul pada 12 Februari, 66 tahun kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjuangan, jasa dan sumbangan mereka tidak usah dicerakinkan, kerana bukan lagi menjadi persoalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini telah diakui oleh kawan dan lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan, pelbagai pihak berebut-rebut menumpang nama dan berteduh di bawah bayangan nama mereka yang gemilang, termasuk oleh orang-orang yang menyimpang. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka telah bangkit pada zaman masing-masing membawa obor perjuangan dan memacu jentera kebangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, kebangkitan Islam telah bertambah kencang hasil tiupan nafas kesedaran yang mereka bugarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak bermaksud untuk memperkatakan tentang kedua-dua insan. <\/p>\n\n\n\n<p>Telah banyak kajian, tulisan, bahasan dan ulasan yang memperkatakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Di persekitaran 12 Februari ini sahaja, di media maya bertebaran iklan dan peringatan yang ditularkan untuk menyuburkan kembali kenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini, tak usah lagi saya memanjangkan kalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada baiknya kita memperkatakan tentang perkata yang menjadi persoalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Belegar di dalam benak, menunjal-nunjal fikiran dan hampir merobek perasan!<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalan yang bermain di alam fikiran saya, apakah kita seronok bernostalgia dengan kenangan dan tenggelam dalam romantisan atau kita sewajarnya mempertahankan ketulenan dan asolah perjuangan yang mereka tinggalkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah banyak kajian balas yang dibuat orang, bahawa gerakan Islam sedang meninggalkan kutub perjuangannya menuju ke pertengahan, sehingga ia hampir menyerupai kelompok-kelompok yang dahulunya tenggelam, dihanyutkan oleh ideologi-ideologi yang berada di kutub yang bertentangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulunya kelompok nasionalis dan sekular menjadi musuh utama ahli-ahli gerakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sentiasa bertembung dan bertentangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang-kadang menjadi kasar, tegang dan berantakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semata-mata kerana ahli-ahli gerakan mempertahankan asolah perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mahu berganjak dari Nabi SAW dan al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sanggup bermatian. Mereka berani dimatikan. Penjara dan mati sudah menjadi tunangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, kelompok sekular dan nasionalis sedang mencipta semula wawasan perjuangan mereka dengan menghampiri Islam, walaupun dalam kerangka mereka yang tidak ketahuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lahir juga golongan bebas tetapi masih mengaku Islam, iaitu kelompok Islam liberal di satu aliran. <\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam kelompok Islam yang moden, mereka cuba berlagak moderat dengan mencipta pendekatan pos-Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka saling mencari tapak untuk berpijak dan melonjakkan kebangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sedar Islam boleh diperalatkan ketika suasana sedang tertekan seperti sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu, anak-anak tarbiyah Hassan al-Banna dan Nik Aziz mahu ke mana? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka terjerat di dalam persaingan merebut dunia yang fana? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau apakah mereka sedang terulit oleh kerusi-kerusi empuk di bilik-bilik bersuhu sederhana? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mereka sedang mengintai-ngintai peluang untuk membolehkan mereka membangunkan istana-istana? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau fokus masing-masing kepada jawatan, pangkat dan gelaran yang menjadi kehormatan di mata rakyat jelata? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mereka sedang bersaing sesama sendiri untuk menentukan &#8216;klik&#8217; siapa yang dapat memanjat takhta?<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulunya mereka menjaja slogan &#8216;fastabiqul khairat&#8217; &#8211; berlumba-lumba berbuat kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, apa yang mereka sedang memperlumbakan? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kebaikan atau kehancuran? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka sedang mempertahankan ketulenan perjuangan atau mempertahankan keutuhan pengaruh peribadi dan kumpulan? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah mereka sedang mendukung asolah perjuangan atau mereka mendukung cita-cita peribadi yang sempit dan curang?<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sedar bahawa PAS seperti juga Ikhwan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya berdiri teguh di atas dasar perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak berganjak dari sumber wahyu sebagai rujukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mendukung matlamat yang amat jelas untuk mendaulatkan semula Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mengakui ulamak sebagai kepemimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut jamaah, kedua-duanya tulen di landasan perjuangan!<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bagaimana dengan individu-individu yang diberikan kepercayaan untuk mengemudi gerakan, tetapi secara peribadi telah tersasar dari arus kefahaman yang ditarbiyahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membina kumpulan-kumpulan kecil yang mendukung cita-cita sempit yang khusus di luar objektif perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mencantas, membunuh karektor dan membungkam orang-orang tidak sealiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa yang membantah dimusuhkan. Sesiapa yang bersuara dibisukan. Sesiapa yang tak sebulu digam. Sesiapa yang membawa pandangan kedua, dikira tiada ketaatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sendiri mengatur gerakan dan membentuk kumpulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mencatur setiap pergerakan. Mereka mencicip setiap jawatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari mursyidul am sampai yang dipertua kawasan, mereka mahu poketkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau boleh, biarlah seorang presiden itu berfikir dengan akal mereka, bercakap dengan mulut mereka, bertindak dengan tangan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah presiden menjadi puppet, mereka mendalanginya!<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, berbangkit lagi di benak saya.. .<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau bersengketa sesama sendiri<\/p>\n\n\n\n<p>Yang dimusuhi saudara se pribumi<\/p>\n\n\n\n<p>Yang dikhianati teman se negeri<\/p>\n\n\n\n<p>Yang didengki rakan se kongsi<\/p>\n\n\n\n<p>Yang diumpati sahabat se parti<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajar kita<\/p>\n\n\n\n<p>Yang beriman itu bersaudara<\/p>\n\n\n\n<p>Yang punya hak atas kita<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau diutamakan kedudukan sahaja<\/p>\n\n\n\n<p>Yang difikir jawatan apa<\/p>\n\n\n\n<p>Yang dikira undi berapa<\/p>\n\n\n\n<p>Yang disokong kumpulan mana<\/p>\n\n\n\n<p>Yang dinanti mencantas siapa<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajar kita<\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa yang dikehendaki Yang Maha Berkuasa<\/p>\n\n\n\n<p>Dialah yang dimartabatkan-Nya<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau matkamat menimbunkan harta<\/p>\n\n\n\n<p>Saban digalang projek di mana-mana<\/p>\n\n\n\n<p>Semua projek berkomisyen semua<\/p>\n\n\n\n<p>Khazanah di bumi dibolot belaka<\/p>\n\n\n\n<p>Lesen di laut, lesen di darat, lesen di udara<\/p>\n\n\n\n<p>Semua dimahunya<\/p>\n\n\n\n<p>Kok dibiar, jemaah pun diswastanya<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajar kita<\/p>\n\n\n\n<p>Harta di dunia milik Yang Esa<\/p>\n\n\n\n<p>Kita hanya pengurus sementara<\/p>\n\n\n\n<p>Nanti di akhirat pasti ditanya<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau etika dipegang tiada<\/p>\n\n\n\n<p>Bila berbicara bohong diserta<\/p>\n\n\n\n<p>Bila berjanji sering dialpa<\/p>\n\n\n\n<p>Bila diamanah disia-sia<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajar kita<\/p>\n\n\n\n<p>Munafiklah jadinya sesiapa<\/p>\n\n\n\n<p>Yang lekat padanya tiga perkara<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Hebat di musim muktamar sahaja<\/p>\n\n\n\n<p>Sibuk bukan kerana kerja<\/p>\n\n\n\n<p>Kreatif dicipta menipu cara<\/p>\n\n\n\n<p>Senyum dikuntum sekadar terpaksa<\/p>\n\n\n\n<p>Ramah tampak berpura-pura<\/p>\n\n\n\n<p>Pemurah hanya untuk seketika<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajarkan kita<\/p>\n\n\n\n<p>Segala amalan menjadi sia-sia<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa diserta ikhlas di dada<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk apa pemimpin jemaah sebegini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ilmu bertambah tiada<\/p>\n\n\n\n<p>Kemurnian akhlak dihayati tiada<\/p>\n\n\n\n<p>Kepentingan umat diperjuangkan tiada<\/p>\n\n\n\n<p>Ajaran agama dipakati tiada<\/p>\n\n\n\n<p>Walhal kedua-dua murabbi mengajarkan kita<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada yang akan berjaya<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada yang kekal bahagia tanpa-Nya<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa rahmat Yang Esa<\/p>\n\n\n\n<p>Lalu berserulah saya dengan pesanan&#8230;<\/p>\n\n\n\n<p>Kembalilah kepada asolah perjuangan!<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum datang hari yang penuh penyesalan!<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Fadli Ghani<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>12 Februari adalah tarikh yang sentiasa diingati oleh anak-anak harakah Islam, termasuk ahli-ahli PAS di segenap lapisan. Kerana<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15032,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15031","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15031"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15033,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15031\/revisions\/15033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15032"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}