{"id":15070,"date":"2023-02-26T08:37:16","date_gmt":"2023-02-26T08:37:16","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15070"},"modified":"2023-02-26T08:38:14","modified_gmt":"2023-02-26T08:38:14","slug":"inikah-bencana-untuk-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/02\/26\/inikah-bencana-untuk-melayu\/","title":{"rendered":"Inikah Bencana Untuk Melayu?"},"content":{"rendered":"\n<p>Tidak dapat dipastikan bagaimana perasaan orang-orang Melayu terutama ahli dan penyokong UMNO apabila nasib Melayu \u2018disembelih\u2019 di tanah airnya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dapat berselindung lagi dendam dan kezaliman \u2018mereka\u2019 terhadap bangsanya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalaupun ada DAP menjadi Tok Dalang, tidakkah terdetik di hati bahawa bangsa sendiri yang menjadi mangsanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PHBN pasti ada motif apabila menafikan royalti petroleum untuk Terengganu dan Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah tidak dapat membacanya sebagai zalim dan dendam? <\/p>\n\n\n\n<p>Di Terenganu dan Kelantan, sekitar 90% rakyatnya adalah berbangsa Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah dapat menafikan bahawa dengan disekatnya royalti, bantuan dan projek untuk negeri-negeri Melayu terbantut? <\/p>\n\n\n\n<p>Kesannya pasti akan dirasai oleh tua, muda dan anak-anak kecil Melayu yang sepatutnya mendapat manfaat langsung atau tidak langsung daripada wang tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga apabila kerajaan membatalkan penghapusan hutang peneroka Felda. <\/p>\n\n\n\n<p>Hampir keseluruhan peneroka Felda terdiri daripada orang-orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kerajaan PHBN begitu kejam menarik balik apa yang telah diberikan oleh PM8 Tan Sri Muhyiddin Yassin. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah motifnya selain daripada pengkhianatan kepada peneroka-peneroka yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan B40 Melayu?<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib sama menimpa Melayu Kedah apabila pembinaan lapangan terbang baru di Kulim, dibatalkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Lapangan tersebut akan meningkatkan lagi ekonomi dan pembangunan di Kedah yang merupakan sebahagian daripada &#8216;Malay Belt\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya PM10 bercadang menaik taraf kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Subang. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri yang sedia maju bertambah maju. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri-negeri \u2018Malay Belt\u2019 sejak merdeka terpinggir dan dianaktirikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar Melayu. Zahid Melayu. Mat Sabu Melayu. Azalina Melayu. Rafizi Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>70% menteri-menteri berbangsa Melayu\/Bumiputera. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau apapun aliran perjuangan mereka namun semua masih sekulit dan sebangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kenapakah yang 70% itu mengkhianati dan menzalimi bangsa sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah yang berbaki 30% lebih berkuasa dan menentukan dasar negara?<\/p>\n\n\n\n<p>Apa matlamat mereka berpolitik sebenarnya? <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau perjuangan kerana agama, tidak nampak pun usaha mengangkat darjat mahkamah dan perundangan syariah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada usaha memperhebatkan dakwah Islamiyyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya makin ketara kuliah ustaz disekat-sekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsert dan kehadiran artis import pula diambil \u2018berkat\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau perjuangan atas nama bangsa, nampaknya UMNO sendiri pun sudah cair prinsipnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dulu-dulu, dalam PAU agenda Melayulah dilaung dan didendangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini ke manakah menghilangnya suara itu? <\/p>\n\n\n\n<p>PWTC sendiri pun telah \u2018ditawan\u2019 oleh seteru. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah akar umbi UMNO terasa sendu?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau perjuangan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, lagilah sukar dilihat. <\/p>\n\n\n\n<p>Beban sara hidup semakin hari semakin berat. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau harga ayam dan telor pun tak boleh dikawal, apa lagi yang boleh diharap. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudahlah harga udang dan sotong naik melambung. <\/p>\n\n\n\n<p>Ikan \u2018baja\u2019 pun buat rakyat menjadi bingung.<\/p>\n\n\n\n<p>Natijahnya, wajah-wajah Menteri kelihatan didominasi Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bijaknya mereka mencatur agar bangsa Jawi mengelamun masih berkuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka seantero negara, mereka bergumbira. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana \u2018licik\u2019 Zahid mengekalkan takhta. <\/p>\n\n\n\n<p>Konon menang sedikit tetapi masih berada di Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dipertikai. Jangan ditangisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau inilah kerajaan hasil mesyuarat raja-raja yang disayangi. <\/p>\n\n\n\n<p>Untukmu bangsaku, tunggulah 5 tahun lagi untuk bersedih atau bergelak ketawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum bertukar menjadi \u2018Singapura\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak dapat dipastikan bagaimana perasaan orang-orang Melayu terutama ahli dan penyokong UMNO apabila nasib Melayu \u2018disembelih\u2019 di tanah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15071,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15070","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15070","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15070"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15070\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15072,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15070\/revisions\/15072"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15071"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}