{"id":15079,"date":"2023-02-28T05:41:56","date_gmt":"2023-02-28T05:41:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15079"},"modified":"2023-02-28T05:41:58","modified_gmt":"2023-02-28T05:41:58","slug":"di-sebalik-tauliah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/02\/28\/di-sebalik-tauliah\/","title":{"rendered":"Di Sebalik Tauliah"},"content":{"rendered":"\n<p>Memang ada motif apabila tauliah dijadikan syarat untuk para asatizah mengajar di masjid dan surau di sesebuah negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun ada tujuan yang baik, namun sering kali juga tauliah dijadikan alat politik oleh pihak tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sukar untuk dinafikan ada kecenderungan sesetengah pihak menjadikan tauliah sebagai alasan untuk menyekat seseorang asatizah daripada menyampaikan kuliah agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Tauliah bertujuan memastikan penceramah memenuhi syarat dan berkelayakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tauliah juga bertujuan menyekat aliran dan ajaran sesat disebarkan kepada awam secara wewenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu yang boleh diperdebatkan ialah; benarkah atas alasan tersebut, tauliah diperlukan? <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau seorang peniaga pasar borong, adakah dia akan dijemput untuk menyampaikan kuliah agama? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah pihak masjid akan melihat ilmu dan kelayakannya?<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula sekiranya seseorang itu mengamal ajaran sesat? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah jawatankuasa masjid akan memberi slot mingguan atau bulanan untuknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sekiranya berlaku juga ajaran-ajaran yang bercanggah dengan akidah dan syariat disampaikan, bukankah jawatankuasa masjid sendiri boleh bertindak dengan tidak memberi slot itu lagi? <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala enakmen jenayah syariah pula memadai untuk bertindak terhadap pesalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya ramai asatizah yang mengajar di surau dan masjid tiada tauliah. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pengisian ilmu masih dapat berjalan dengan baik dan bermanfaat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada sesetengahnya amat berilmu dan diminati cara penyampaiannya oleh para jemaah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebahagiannya merupakan lepasan pondok manakala sebahagian lagi merupakan lepasan universiti dalam dan luar negara termasuk berijazah dari Al-Azhar. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dijemput dan diminta mengisi slot-slot kuliah dalam jadual dakwah bulanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis ilmu dapat berjalan tanpa isu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mengapa kadang-kadang timbul isu tentang tauliah ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila seseorang asatizah itu merupakan penceramah popular yang kuat mendokong politik Islam, mulalah pihak tertentu memandang serong. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, asatizah yang menyokong PAS dan kemudian terpilih pula menjadi Ahli Parlimen atau ADUN, batu penghalang mula direntang di hadapan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ruang untuk menyampaikan khutbah pun tersekat walaupun mereka amat petah berkhutbah tanpa teks.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu terkini ialah larangan terhadap pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang tidak dibenarkan menyampaikan kuliah perdananya atas alasan tiada tauliah. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa UAI? <\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi keilmuannya tidak perlulah diperkenalkan lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah ratusan atau ribuan kali beliau berkuliah di seluruh negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Di youtube dan tiktok, video kuliah beliau boleh didapati dengan mudah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ada \u2018benda\u2019 yang salah, kenapa selama ini majlis agama tidak pernah bersuara? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka pun sedar, di luar sana ribuan manusia yang dahagakan ilmunya, malah ramai pemuda nakal mula solat dan mendekati masjid kerana taujihatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Para netizen dapat mendengar penjelasan UAI apabila diajukan soalan tentang larangan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, beliau telah meminta pihak masjid memohon tauliah sementara untuk majlis itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka pihak masjid telah melakukannya tetapi gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah selepas dibuat rayuan, permohonan itu tetap tidak dilayan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ertinya semua ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah motif tauliah yang dipertikaikan oleh umat Islam di tanah airnya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara di bucu pentas yang lain, terkinja-kinja artis Barat yang tidak senonoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kini ditambah pula dengan artis K-Pop yang bikin anak-anak muda menjadi \u2018gila\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa pihak berkuasa agama atau pihak berkuasa tempatan tidak mengeluarkan tauliah atau syarat yang serupa? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa pula acara lagho dan maksiat tidak dibimbangi akan membawa cara hidup dan mesej yang sesat? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, kerja menyelamatkan manusia daripada api neraka pula yang disekat-sekat. <\/p>\n\n\n\n<p>Beraninya mereka mencipta alasan demi sedikit habuan dunia yang tak sepadan dengan balasan akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir kalam, tauliah dan khutbah berteks sewajarnya tidak diwajibkan kerana enakmen jenayah syariah yang sedia ada sudah cukup untuk menghalang daripada tersebarnya ajaran sesat. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan memadailah para jawatankuasa masjid menilai baik buruk sebelum memberi slot kepada seseorang asatizah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya, kenakan syarat \u2018tauliah\u2019 untuk artis-artis terutama artis-artis luar atau penganjur konsert agar tidak berdendang dan menyeru bait-bait syaitan sambil berpakaian menjolok mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Hiburan melampau dan budaya hedonisme inilah yang patut dikekang agar manusia tidak terkinja-kinja, mabuk dan berlaku pergaulan bebas yang menjerumus kepada maksiat susulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bayang DiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memang ada motif apabila tauliah dijadikan syarat untuk para asatizah mengajar di masjid dan surau di sesebuah negeri.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15079","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15079","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15079"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15079\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15081,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15079\/revisions\/15081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15079"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15079"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15079"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}