{"id":15096,"date":"2023-03-02T10:35:04","date_gmt":"2023-03-02T10:35:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15096"},"modified":"2023-03-02T10:35:06","modified_gmt":"2023-03-02T10:35:06","slug":"pasukan-anwar-ditimpa-kebimbangan-kerajaan-roboh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/03\/02\/pasukan-anwar-ditimpa-kebimbangan-kerajaan-roboh\/","title":{"rendered":"Pasukan Anwar Ditimpa Kebimbangan Kerajaan Roboh"},"content":{"rendered":"\n<p>Peluang kedua dalam segala apapun yang diperolehi tentulah keberuntungan atau kesempatan sangat berharga dan pasti sukar berulang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas keyakinan iman, ianya tidak datang bergolek, tetapi satu pilihan istimewa dan anugerah Allah SWT dalam takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua makhluk diciptakan-Nya telah ditetapkan hidup dua kali iaitu sementara di dunia dan abadi di syurga atau neraka. <\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu, ada hamba yang menyesal di alam kematiannya meminta peluang kedua untuk hidup seketika lagi di dunia supaya dapat berbuat amal kebaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kehidupan sementara di dunia pun sebenarnya Allah SWT Yang Maha Pemurah telah menyediakan peluang kedua, bahkan berkali-kali dalam banyak ikhtiar atau usaha diizinkan-Nya kepada manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jalannya cuma dua iaitu baik atau buruk, yakni bermaksud pilihan pahala atau dosa, juga patuh atau ingkar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi manusia yang sedar, insaf dan bijak, mendapat peluang kedua bererti manfaat tidak sepatutnya dipersiakan sama sekali di mana mesti melakukan lonjakan atau penambahbaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan bersikap sebaliknya yang lengah lewa serta lalai serta memungkinkan kerugian apatah lagi menatijahkan kerosakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari kehidupan yang negatif, jatuh, sedih dan gagal, maka peluang kedua harus menjadi lebih positif, bangkit, gembira dan berjaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari keadaan yang lemah, sangsi, takut dan kalah, peluang kedua diubah kepada kuat, yakin, berani dan menang. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, tidak semua peluang kedua datang daripada kedudukan yang kurang.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Dalam sejarah negara<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia memahat tidak sedikit sejarah peluang kedua yang hebat dan mengagumkan antaranya Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah dua kali menerajui takhta Yang di-Pertuan Agong (YDPA). <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali memimpin selaku Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelantan juga rakyatnya mencipta sejarah apabila memilih kembali PAS untuk kali kedua pada tahun 1990 dan mengekalkan sokongan padu sehingga hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia setelah mengalami realiti politik berada di bawah Umno (1978-1990) dan PAS (1959-1978) sebelum itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terengganu bahkan merekodkan sejarah hampir serupa apabila rakyatnya dua kali menolak pemerintahan Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno kalah teruk PRU10 (1999) apabila tewas dengan keputusan 4-28. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun diberi peluang kedua dengan menterbalikkan keputusan 28-4 pada PRU11 (2004), namun PRU14 (2018) Umno tewas 10-22 kepada PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedah dua kali Dato\u2019 Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar melalui dua komponen berbeza iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dua kali juga dia turun jawatan tanpa mencukupkan penggal, bahkan pada kali kedua langsung bertukar menjadi Pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno-BN mencatat sejarah lebih teruk apabila tersungkur jatuh dari takhta 60 tahun Kerajaan Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun setelah beroleh peluang kedua menerajui Pusat sehingga bulan ke-13, parti itu mendesak PRU awal. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya Umno tersembam kali kedua dengan lebih teruk apabila cuma menang 30 kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pakatan Harapan (PH) juga berjaya mendapat peluang kedua menerajui Kerajaan Persekutuan pasca-PRU15 setelah tumbang di tengah penggal PRU14. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu \u2018move\u2019 menaikkan Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sebagai PM menjadi penyebab ketidakstabilan Kerajaan PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun kali ini, kerajaan dipimpin Anwar tidak stabil disebabkan pelbagai faktor dalaman gabungan \u2018Perpaduan\u2019 itu sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau amat sedar mengenai hal tersebut sebagaimana ucapannya dalam memenuhi Titah YDPA supaya memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan diketuainya itu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pengakuan dan perakuan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSepertimana dalam perlumbaan, dia boleh potong kita di pusingan pertama, kita potong dia di pusingan ketiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi yang pentingnya ialah garis penamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata saya peroleh jumlah yang besar kerana orang yang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum (jam) 2 petang,\u201d kata Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyataan ini sebenarnya satu perakuan bahawa Perikatan Nasional (PN) telah mendahului atau memiliki jumlah yang mencukupi. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun setelah itu berlaku usaha-usaha di pihak Anwar dan perubahan pengakuan yang memihak kepadanya untuk membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedudukan rapuh dan goyah tersebut mungkin antara sebab Anwar dilihat hilang fokus terhadap urusan pentadbiran, sebaliknya lebih terarah kepada saingan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini mengakibatkan suhu panas politik terus menjulang dan memicu pelbagai polemik serta risiko pertembungan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bererti suasana itu timbul berpunca dari pihak Anwar yang merasa terancam dan tergugat oleh permainan dicipta sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu kegusaran bahawa kerajaan dipimpin akan roboh sentiasa menghantui bagaikan dijangkiti ketakutan terhadap bayang-bayang diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasa cemas pasukannya semakin tidak dapat dibendung tatkala mendengar ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2023 oleh Ahli Parlimen Marang, kelmarin. <\/p>\n\n\n\n<p>Lontaran Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS itu pastinya membangkit \u2018trauma\u2019 buat mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kata-kata seorang ulamak<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Kerana sosok dicerca hina mereka itulah yang berjaya memimpin agenda Penyatuan Ummah hingga berlakunya Langkah Sheraton disusuli Gelombang Hijau. <\/p>\n\n\n\n<p>Kononnya mereka begitu yakin perkara seperti itu tidak berulang, tetapi ucapan Tuan Guru membongkar hati yang retak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau partinya yang kecil bergabung dalam keadaan yang rapuh, laksana rumah berdinding kaca, jangan mudah-mudah melontar batu terhadap pihak lain bagi menutup kelemahannya yang ketara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana dindingnya menampakkan segala yang berlaku di dalamnya dan mudah pecah berkecai,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ternyata, peringatan tersebut meresah gelisahkan mereka dan sememangnya wajar begitu kerana prasangka buruk sedang bertembung sifat muraqabatullah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, \u201cTakutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah.\u201d (HR Tarmidzi).<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, dalam program Dialog Ulama Negarawan di Hotel Tamu pada sebelah malamnya, beliau ditanya hadirin mengenai masa akan terjadinya keadaan seperti diperingatkannya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lalu dijawab Tuan Guru dengan memetik ayat al-Quran yang bermaksud, \u201cBila berlakunya?\u201d Katakanlah: \u201cDipercayai akan berlaku tidak lama lagi!\u201d (Q:17-51)<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka tanya bila berlaku. insya-Allah dekat,\u201d sebut beliau menjawab ringkas pertanyaan tersebut bersandar ayat 51 surah al-Isra\u2019 itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila sampai masa terjadi tragedi tersebut nanti, bermakna Kerajaan PH jatuh lagi yakni untuk kali kedua, iaitu setelah diberikan peluang kedua. <\/p>\n\n\n\n<p>Silap siapa? <\/p>\n\n\n\n<p>Salah gopoh diri sendiri!<\/p>\n\n\n\n<p>IZWAN ABDUL HALIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peluang kedua dalam segala apapun yang diperolehi tentulah keberuntungan atau kesempatan sangat berharga dan pasti sukar berulang lagi.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15097,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15096","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15096","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15096"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15096\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15098,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15096\/revisions\/15098"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15097"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15096"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15096"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15096"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}