{"id":15152,"date":"2023-03-12T04:42:30","date_gmt":"2023-03-12T04:42:30","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15152"},"modified":"2023-03-12T04:42:32","modified_gmt":"2023-03-12T04:42:32","slug":"lain-hulu-lain-parang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/03\/12\/lain-hulu-lain-parang\/","title":{"rendered":"Lain Hulu, Lain Parang"},"content":{"rendered":"\n<p>Dahulu, masa dia ke mahkamah, kita boleh berdemonstrasi bagi menyatakan perasaan kita yang tidak berpuashati dengan pendakwaan yang kita sifatkan sebagai pendakwaan terpilih. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang tidak boleh, kena selesaikan dalam mahkamah sahaja, bukan di luar. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua perhimpunan dianggap bodoh dan tidak berguna kerana menyokong perasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu waktu dia sebagai pesalah yang masih dibicarakan, tidak kering lidah berhujah dalam ceramah, mendahului keputusan hakim mendakwa yang dia dianiaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang Menteri sibuk berpesan, berhujahlah dalam mahkamah, bukan di luar mahkamah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dia buat dahulu, tak boleh dibuat sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu mahkamah berat sebelah, mahkamah dicampuri oleh tangan-tangan yang mengotori keadilan, hakim gula-gula batuk Hacks diberi gelaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang mahkamah yang sama, sistem yang sama, tiba-tiba jadi bersih, baik, adil dan saksama.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu tidak bersalah walaupun sudah dua kali dijatuhkan hukuman. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya berani memberi keterangan dari kandang saksi dan tidak boleh disoal oleh pendakwa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, belum siasat, belum didakwa, belum dibicara dan belum diputuskan bersalah, dia sudah isytihar nama lawan sebagai penyeleweng.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu boleh kutuk kerajaan, kutuk pimpinan negara sesuka hati, bawa cerita ke luar negara, jatuhkan reputasi supaya ekonomi tidak stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang asal kutuk, saman, asal kutuk, saman, asal saman, kutuk. Sampai ekonomi nampak jadi tak stabil sebab dia sendiri yang buat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu royalti petroleum wajib diberikan hanya kepada pemerintah yang telah dipilih secara sah oleh rakyat, melalui pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>JPP ditubuhkan adalah untuk ganggu pentadbiran. Ia satu kezaliman. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, tidak perlu salurkan duit royalti kepada kerajaan yang sah, tetapi akan diberikan terus kepada orang miskin melalui JPP. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan lagi kezaliman, tetapi kelaziman dahulu diteruskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu penulis buku Qazaf dipuji kerana mempertahankan hukum Allah, sebab tuduhan itu, terkena atas dirinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Penulis itu digegerkan sebagai ulamak hebat, faham agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, nak pertahankan hukum Allah? So sorry, I&#8217;m liberal.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, PAS baca hadis, baca ayat al-Quran tidak mengapa, sangat bagus sebab sokong dia, walaupun dia sudah beberapa kali kena penjara sabit kesalahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang PAS baca al-Quran dan hadis sama seperti dahulu, tak boleh, dikira salah, sebab sokong tertuduh, biarpun tertuduh baru didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dulu PM tidak boleh jadi Menteri Kewangan, sekarang, boleh jer, asalkan aku yang jadi kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu kroni memusnahkan negara walaupun layak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang kroni boleh, walau tak layak, asal anak aku.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu mana-mana menteri yang disiasat kerana sesuatu kes, dipaksa bercuti atau letak jawatan walaupun kes belum bermula atau hukuman belum jatuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, menteri spesis begitu, boleh diajak duduk di kerusi nombor dua paling tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu peruntukan mesti sama banyak kepada Ahli Parlimen Kerajaan atau pembangkang, semua mereka dipilih secara sah oleh rakyat melalui sistem perlembagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, maaf, peruntukan besar untuk kita dalam kerajaan sahaja. Pembangkang? Nasiblah nak jadi apa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu Deepak si tauke perabot tu sangat jahat sebab kawan dengan Najib, dapat untung itu dan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang Deepak sangat baik. Sebab apa? Entah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, kena tolong rakyat, bukan tolong bank, bank sudah kaya raya, panjangkan tempoh moratorium, benarkan wang KWSP, hak rakyat dikeluarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, nak duit KWSP? Oh, boleh, pergi pinjam dengan bank, nanti bayar bunga kat bank. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan untungkan bank, tetapi nak jaga duit rakyat untuk masa depan katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu menteri kena kutuk, kena marah sebab dikatakan sengaja salahguna kuasa kerana menyusahkan parti dia didaftarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang menteri campur tangan, benarkan parti kawan langgar akta yang terang-terang salah menurut perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu, banyak formula, itu ini, begitu begini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang, saya tak pernahpun janji begitu. Yang janji begitu, PAS. Bila tengok semula video, lencun kena kencing.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu ulamak adalah tonggak kepada perjuangan Islam, ulamak dirujuk, dihormati dan sudah tentu semua itu kerana menyokong dia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang kepada ulamak tersebut, apa yang dia tidak kata? <\/p>\n\n\n\n<p>Jahat sangat sampai apa yang tidak dibuat ulamak itupun disebut-sebut juga.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu boleh merampas kerajaan, ajak orang itu orang ini jatuhkan kerajaan, bukan sekali, entah berapa kali, asyik melalak I have numbers, I have numbers. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang tak boleh, sebut nak jatuhkan kerajaan, lapor polis, sebut jer, lapor. <\/p>\n\n\n\n<p>Akta mana yang dia pakai, tak tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu kerajaan hilang RM600B sebab salah guna kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Lepas itu jadi kurang dan makin kurang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang nampaknya sudah tidak ada salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Lain dahulu, lain sekarang&#8230;.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya yang tidak berubah dari dahulu hingga sekarang ialah penyokong mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetap setia menanti habuan-habuan, berita-berita fitnah untuk dikongsi buat modal untuk mengutuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sangat gembira jika dibekalkan dengan cerita buruk lawan, walaupun rekaan. <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah apa yang ketua mereka buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Taat dan walak adalah ciri utama kumpulan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesetiaan mereka tidak berbelah bahagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila dia sudah kelihatan bodoh sangat, dia kata kita pula yang bodoh, nak elak malu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dahulu, masa dia ke mahkamah, kita boleh berdemonstrasi bagi menyatakan perasaan kita yang tidak berpuashati dengan pendakwaan yang<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15153,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15152","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15152","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15152"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15152\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15154,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15152\/revisions\/15154"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15153"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}