{"id":15196,"date":"2023-03-17T12:46:20","date_gmt":"2023-03-17T12:46:20","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15196"},"modified":"2023-03-17T12:46:22","modified_gmt":"2023-03-17T12:46:22","slug":"komen-tentang-isu-jom-ziarah-gereja-yang-dibangkitkan-di-parlimen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/03\/17\/komen-tentang-isu-jom-ziarah-gereja-yang-dibangkitkan-di-parlimen\/","title":{"rendered":"Komen Tentang Isu &#8216;Jom Ziarah Gereja&#8217; Yang Dibangkitkan Di Parlimen"},"content":{"rendered":"\n<p>Dalam tulisan kali ini, aku ingin mendedahkan bagaimana cacatnya jiwa muslim yang menyokong DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Semalam aku ada menulis tentang beberapa contoh kezaliman kerajaan untuk dinilai agar jangan ada umat Islam yang cenderung kepadanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tajuk artikelnya \u201cZalimkah Kerajaan PHBN?\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali ini aku teringin mengulas satu komen oleh seorang facebooker yang tak ingin aku sebutkan nama dan identitinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Perangai golongan pentaksub DAP ini sama sahaja walau atas nama apa sekalipun. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam banyak-banyak contoh kezaliman yang perlu dinilai, beliau lebih berminat untuk menghentam PAS dan ulamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menuduh PAS menghalalkan cara dan menunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada satu contoh diberikan untuk dibahas di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya beliau seolah-olah berbangga dan berpuas hati dengan ucapan Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan, apabila beliau berkongsi video perbahasan di Parlimen berkaitan isu program Jom Ziarah Gereja. <\/p>\n\n\n\n<p>Gelagat golongan ini benar-benar sama ketika wujudnya Geng 18 yang menyerang Presiden PAS sebelum wujudnya PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) diserang oleh Geng 18 AJK Pas Pusat sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Geng ini akan mempertahankan dan membenarkan segala perlakuan dan ucapan pemimpin DAP yang menyerang TGHH. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya TGHH diseranah apabila menyerang balas DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah itu masih subur kerana adanya watak-watak anak didik baru yang berterusan mencerca dan memaki ulama.<\/p>\n\n\n\n<p>Aku teliti ucapan di dalam video tersebut di mana Hannah Yeoh seolah-olah \u2018memperkena\u2019 TGHH dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM). <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin DAP tersebut mengambil petikan daripada Harakahdaily di mana TGHH sendiri pernah melawat sebuah gereja di Sarawak manakala TITM mengatakan tidak salah umat Islam hadir ke gereja. <\/p>\n\n\n\n<p>TITM pula memberi contoh bagaimana Saiyidina Umar pernah masuk ke gereja di Palestin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada dua isu di sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu pertama ialah bagaimana wujudnya manusia-manusia yang mengaku Islam tetapi lebih mempercayai ucapan para kafirun berbanding ulama sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia seperti ini tidak mengakui keilmuan para ulama sebaliknya menggelar ulama-ulama yang membicarakan tentang politik sebagai penunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Golongan ini akan mudah melenting apabila dicop sebagai pembawa Islam liberal, munafik hakiki atau cetek agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun apabila difahami gejala akhir zaman di mana yang benar dianggap pembohong manakala penipu dianggap benar, maka kita tidak akan hairan akan kecelaruan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu kedua ialah berkait dengan ucapan Hannah Yeoh yang dipandang lebih jujur dan lebih benar daripada TGHH dan TITM oleh pentaksubnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kononnya, TGHH dan TITM memalukan Islam apabila kenyataan mereka tidak konsisten dan menjadi bahan bidasan oleh Ahli Parlimen Segambut itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Hannah Yeoh menafikan program Jom Ziarah Gereja bertujuan mempromosi atau mengkristiankan pemuda pemudi Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginya, tidak salah menjemput umat Islam ke gereja sebagai satu proses saling mengenali agama berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Justifikasinya ialah TGHH dan TITM pernah berkata demikian.<\/p>\n\n\n\n<p>Isunya ialah Jom Ziarah Gereja adalah satu program. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila disebut program sudah pasti ada objektifnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Objektif pula terbahagi kepada dua iaitu yang tersurat dan tersirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang tersurat pasti cantik dan tulus mulus. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi agenda tersirat yang tersembunyi di dalam hati dapat dibaca oleh manusia yang tajam mata hatinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itulah peribahasa ada mengatakan sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru program yang sudah pasti ada objektif tertentu ini tidak layak sama sekali untuk disamakan dengan kunjungan Saiyidina Umar dan TGHH ke geraja. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi golongan yang terbuka untuk menyahut ajakan menziarahi gereja ini adalah umat Islam atau muda mudi cetek agama yang mudah diracuni fikiran dan iman mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Memang dari segi hukum tak salah berkunjung ke gereja atas sebab-sebab yang diharuskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hannah Yeoh itu manusia yang tidak beriman dengan al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi tidak peliklah dia tidak tahu hukum-hukum Islam mengikut situasi yang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mana tahu orang Islam diharuskan makan babi apabila terpaksa. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang dia tahu haram makan babi sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apabila ada manusia-manusia yang berkonflik dengan ulama sendiri, kita jadi amat bingung dan kesal.<\/p>\n\n\n\n<p>Manusia seperti inilah yang sangat galak menuduh ulama sebagai penunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Manusia seperti inilah lebih teruja dengan kata-kata Nga Kor Ming bahawa Islam yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dalam pentadbirannyalah adalah Islam yang sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalah jadahnya seorang kafir boleh tentukan mana Islam yang sebenar dan mana pula Islam yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, ada segelintir dari kalangan yang bernama muslim, terpesona dengan ucapan golongan yang tidak beriman dengan al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Natijahnya, para munafik dan liberalis ada ciri-cirinya yang sukar dinafi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini akan menganggap semua pejuang Islam sebagai penunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Adapun kepada pemimpin DAP dinasihatkan agar jangan berhujah tentang Islam yang memang bukan anutan dan bidangnya melainkan kalian memang mempunyai niat yang tidak baik pada Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau bercakap juga tentang perkara yang bukan bidang kalian, sah kalian hanya mempamerkan kebodohan atau kebencian kalian terhadap Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami sentiasa mengawasi tindak-tanduk gerakan Islamophobia yang ditaja oleh musuh-musuh Islam di seluruh dunia terutama di bumi Jawi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam tulisan kali ini, aku ingin mendedahkan bagaimana cacatnya jiwa muslim yang menyokong DAP. Semalam aku ada menulis<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15197,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15196","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15196","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15196"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15196\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15198,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15196\/revisions\/15198"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15197"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15196"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15196"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15196"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}