{"id":15237,"date":"2023-03-29T06:49:53","date_gmt":"2023-03-29T06:49:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15237"},"modified":"2023-03-29T06:49:56","modified_gmt":"2023-03-29T06:49:56","slug":"bila-orang-ph-mula-menggunakan-agama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/03\/29\/bila-orang-ph-mula-menggunakan-agama\/","title":{"rendered":"Bila Orang PH Mula Menggunakan Agama"},"content":{"rendered":"\n<p>Jarang sekali orang-orang PH mahu menggunakan agama dalam perlakuan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin kerana itu juga Presiden PAS berpendapat salah satu komponen PH, PKR melawan al-Quran. <\/p>\n\n\n\n<p>Menolak al-Quran dalam tindak tanduk manusia amatlah berbahaya kerana ia pasti akan sesat kerana tiada petunjuk dari Allah dan rasul. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun penafian mereka yang mereka bukan dari kalangan penolak al-Quran, namun, kalangan rakyat yang faham hanya sedikit agamapun, dapat menghidunya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin dengan Presiden PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada anda perasan, tiba-tiba, dalam seminggu ini, ramai penyokong PH, mula menggunakan agama bagi menangkis serangan yang mereka sendiri berikan ruang untuk musuh menyerang dengan kelakuan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika diperhatikan, ia supaya kelihatan musuh PH pula yang jahat dan bersalah kerana serangan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah yang mereka mahukan, supaya serangan dikurangkan dan kali ini, agama menjadi perisai PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila tersepit, agama dicari mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Seru mereka, kita sekarang berada dalam bulan Ramadan, bulan yang dimuliakan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Banyak ganjaran dan kerahmatan serta keampunan yang dijanjikan oleh Allah kepada semua manusia yang mencari jalan untuk berbuat kebaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, menggunakan nama Ramadan, mereka mula cuba menangkis serangan musuh, supaya musuh dilihat sebagai jahat dan mereka pula dilihat sangat warak. <\/p>\n\n\n\n<p>Konon kata mereka, musuh PH ini tidak berpuasakah? <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak tahu bulan apa, menyerang tidak tentu masa? <\/p>\n\n\n\n<p>Mengumpat dalam Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ungkapannya benar, tapi tidak kena dengan keadaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sayangnya, dek kerana mereka jahil dan hanya tahu menggunakan agama waktu terdesak sahaja, maka orang yang tahu dan berilmu dapat menangkap apa yang cuba mereka lakukan disebalik seruan agama mereka itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak tahu hal berkenaan fiqh secara mendalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertahanan PH itu cukup rapuh, tiada guna bagi menyelamatkan diri mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak tahu yang dalam bulan Ramadan, tiada disuruh untuk berhenti daripada menyebarkan kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya dalam bulan Ramadan, Rasulullah dan para sahabat berperang dan berbunuhan kerana memperjuangkan kebenaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pastinya sekarang ini, kita tidak berbunuhan untuk politik, tetapi ia tidak akan mendiamkan kita daripada memberitahu kejahatan orang menipu, membuat fitnah, menggunakan kuasa mereka secara tidak betul. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika membunuh orang kerana kebenaran diizinkan Allah dan rasul, maka apalah sangat berkata atau menulis menerangkan kebenaran, pastinyalah lebih lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kitab fiqh juga, ulamak membenarkan pada beberapa keadaan bagi kita melakukan umpatan atau berkata buruk mengenai seseorang, asalkan ianya benar. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya ialah memberitahu penipuan orang, menjadi saksi, melaporkan sesuatu yang memerlukan kita bercakap mengenai keburukan orang lain dan beberapa keadaan lagi, tanpa mengira bulan ramadan atau bukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Contoh, adakah kita membuat fitnah seperti menyatakan bahawa tiadanya sambutan negara oleh Arab Saudi kepada PM kita yang menggunakan wang rakyat untuk ke sana, sedangkan ia betul berlaku?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah juga berdosa jika kita menulis atau berceramah, menceritakan nun, di dalam Parlimen ada menteri yang tidak berada di kerusinya kemudiannya meninggalkan timbalannya tergagap-gagap memberitahu dewan yang beliau tiada jawapan serta kemudiannya meminta maaf. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedang gaji mereka, kita yang bayar? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita dikira pengumpat yang akan ke neraka jika memberitahu rakyat yang janji mereka untuk tidak membuat lantikan politik, dilanggar tanpa rasa bersalah, malah iduar-uarkan pula dalam media?<\/p>\n\n\n\n<p>Ini antara contoh dosa dan noda yang dilakukan oleh pimpinan PH, yang kemudianya penyokong PH kononnya menggunakan agama bagi memperbodohkan rakyat supaya jangan mengumpat, jangan dibincang, tak perlu disebut-sebut, ia berdosa di bulan Ramadan yang mulia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi bila berada pada bulan lain, bolehkah mengumpat? <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak sedar yang fitnah dan pemungkiran janji-janji yang dibuat oleh mereka sebelum ini sehinggakan menimbulkan kebencian rakyat yang percayakan mereka dahulu?<\/p>\n\n\n\n<p>Teringat kepada dua perkara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama Kamal Attarturk amat membenci Islam, menyuruh azan dalam Bahasa Turki, melarang wanita menutup aurat, pisahkan sepenuhnya Islam dari pemerintahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi bila mahu menceraikan isterinya, segera dia mencari kadi, menggunakan hukum Islam yang membawa keuntungan kepada lelaki. <\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya ungkapan jika musuh mulai bersetuju dengan kita, mesti ada apa-apa yang tidak kena. <\/p>\n\n\n\n<p>Dahulu benci Islam, sekarang setuju, malah lebih warak dari alim ulamak?<\/p>\n\n\n\n<p>Waktu tersepit ini, mereka tiba-tiba memakai jubah agama, mencapai kopiah Islam bagi berselindung dari serangan yang tiada dapat mereka tangkiskan, atas perlakuan pimpinan mereka sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Memang hina jika seseorang itu bersungguh memisahkan politik dengan agama, semasa dia kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi memeluk erat agama, dicampur, digaul dan dikamirkan agama dengan politik masa lehernya terjerut, lemah, mahu kalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Hina, sungguh hina jenis manusia sebegini. <\/p>\n\n\n\n<p>Moga Allah lindungi kita daripada kehinaan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jarang sekali orang-orang PH mahu menggunakan agama dalam perlakuan mereka. Mungkin kerana itu juga Presiden PAS berpendapat salah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15237","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15237","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15237"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15237\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15239,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15237\/revisions\/15239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15237"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15237"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15237"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}