{"id":15250,"date":"2023-03-31T09:23:36","date_gmt":"2023-03-31T09:23:36","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15250"},"modified":"2023-03-31T09:23:39","modified_gmt":"2023-03-31T09:23:39","slug":"tiada-kestabilan-politik-tanpa-pas-bahagian-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/03\/31\/tiada-kestabilan-politik-tanpa-pas-bahagian-2\/","title":{"rendered":"Tiada Kestabilan Politik Tanpa PAS (Bahagian 2)"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>WAYANG politikus<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Semua itu erat berada dalam \u2018rekod simpanan\u2019 platform atau medium media sosial di mana diberi perhatian oleh rakyat yang mengikuti perkembangan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun ia meletus ketika tempoh kempen PRU15 dan menjadi rujukan ramai khususnya anak muda pengundi kali pertama.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mula mempunyai persepsi yang akhirnya menjadi kefahaman lalu bertukar sebagai pilihan dan tekad undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna segala hakikat mahupun drama politik telah dinilai kritis oleh anak muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu ia bukan emosi melulu seperti didakwa penganalisis berat sebelah di siaran massa.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain didedahkan oleh pelbagai sumber politik dan ulasan tokoh-tokoh politik yang bijak membaca permainan di sebalik gerakan dan perkataan, anak muda pelayar media sosial ternyata pintar mewacana maklumat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mudah untuk diperdaya oleh lakonan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Segala terkandung dalam isi perut segelintir politikus Umno terutama Zahid telah menguak bangkai bukti yang akhirnya mengesahkan komplot atau hubungan sulit pihak beliau bersama Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah \u2018tragedi dan misteri\u2019 di Perak diketuai Dato\u2019 Shaarani Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam terang nyata begitupun, mereka berkali-kali masih ada nada penafian untuk membohongi rakyat dan menaratifkan pelbagai justifikasi tindakan dengan menormalisasikan alasan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tetap gigih memperbodoh atau diperdayakan rakyat yang semakin celik politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sikap mereka yang \u2018tidak belajar\u2019 dari keputusan rakyat menolak Umno-BN pada PRU15 itu menjelaskan betapa penglibatan di medan politik hanyalah mengejar sesuatu kepentingan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukanlah rakyat dan negara menjadi matlamat serta perjuangan yang disungguhkan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Merekalah selayaknya digelar pengkhianat sebenar di sebalik tuduhan label dan kecaman, serta tuding jari kepada pihak lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ibarat pencuri yang menjerit orang lain sebagai kononnya pencuri untuk menutup hipokrit dan kepalsuan serta wajah sebenar mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Antara keruh dan jernih<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Abdul Hadi ketika menjelaskan keputusan PAS menangguhkan kerjasama dengan BN menyebut kerana adanya kekeruhan dalam Umno terutama melibatkan kalangan penerima rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan itu dijadikan modal adu-domba segelintir pemimpin Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan kalimah Presiden PAS jelas iaitu \u2018tangguh\u2019 dan \u2018keruh\u2019 yang bermakna untuk sementara atau suatu tempoh masa. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain ditegaskannya perlu dijernihkan yang bererti seruan untuk \u2018ditapis\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, jahil sangatlah si penghasut yang menyalahtafsir serta memburukkan pemahaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak adapun kenyataan untuk PAS putus talak dengan Umno dan menyatakan seluruh Umno itu kotor. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka inilah yang memutar belit \u2018menjajah\u2019 pemikiran ahli-ahli dan pimpinan Umno lain untuk mencipta pelbagai ketidakwajaran untuk bersama Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mereka langsung tidak berkata dengan tindakan Umno memeterai ikatan bersama DAP di Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sekali gus menguatkan dakwaan wujud pakatan sulit Umno-DAP semasa menjatuhkan Dato\u2019 Seri Ahmad Faizal Azumu dahulu dan juga rancangan \u2018Jajaran Baharu\u2019 yang pernah hangat diperkatakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Abdul Hadi juga terdahulu sebelum ini telah turut mendedahkan kewujudan komplot sulit untuk mengecilkan kemenangan BN dan membesarkan kemenangan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Rancangan itu supaya menjadi sebab untuk akhirnya memaksa BN bergabung dengan PH pasca-PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya walaupun mereka menafikan, keruh dan jernih disebut Tuan Guru Abdul Hadi itu benar-benar menampakkan partikel kelodaknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga bagaimana kemenangan kecil di pihak BN dan kemenangan besar di pihak PH cuba dikompromi untuk membentuk satu gabungan yang dipaksakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Segelintir kalangan pencatur Umno cuba menanam kekeliruan dangkal merengsakan lagi rajuk hati orang Umno dengan doktrin konon mulanya mahu menjadi pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sinikal dan bebal mereka ini bukanlah kematangan, tetapi merisikokan Umno terjerumus musnah di masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan terbukti, segala berlaku ini telah dicatur rancang oleh para politikus tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bukan sahaja menjerat sahabat handai dan parti sendiri, tetapi juga rakyat selaku pengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kelakuan mereka bahkan telah dikecam hebat dan dibongkar habis-habisan oleh rakan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertikaian turut diajukan rakan komponen mereka mengenai tindakan tanpa merujuk atau diputuskan Dewan Tertinggi BN. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia sudah menampakkan kediktatoran seseorang yang pasti ia akan menjadi faktor kebangkitan untuk memerdekakan Umno dari dizalimi atau dibonekakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya beberapa nama dipecat dan digantung antaranya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shahril Hamdan, Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar dan Dato\u2019 Seri Hishamuddin Tun Hussein. <\/p>\n\n\n\n<p>Presiden pula mengukuhkan kedudukan dengan jawatan tidak dipertandingkan pada pemilihan Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyelimut pembohongan mereka dengan pendustaan demi pendustaan, serta tanpa malu membentuk \u2018angkatan penipu\u2019 bersama atau menjadi sesumpah dan keldai politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat mesti peka dan matang menilai semua lakonan, muslihat dan perangai ini agar tidak salah memilih lagi di masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pembohong dan pengkhianat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>PH-BN bagaimanapun memuktamadkan \u2018pernikahan\u2019 mereka tanpa rasa malu terhadap segala kalimah pernah mereka lemparkan seperti \u2018kerajaan kleptokrat\u2019, \u2018pencuri, penyamun, perompak\u2019, \u2018kerajaan tebuk atap\u2019, \u2018kerajaan pintu belakang\u2019 dan pelbagai palitan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan sumpah\u00a0<em>\u2018Wallahi, wabillahi, watallahi\u2019<\/em>\u00a0pun tergamak mereka khianati, apalah sangat laungan dan ikrar keramat \u2018Reformasi\u2019 dan \u2018Lawan Tetap Lawan\u2019 terhadap \u2018korupsi, kronisme dan nepotisme\u2019 atau KKN. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua yang haram dan jahat tiba-tiba menjadi halal dan suci.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, Kerajaan PH-BN tidak mampu menyembunyikan ketidakstabilan politik yang berlaku hingga Anwar terpaksa mengikat janji khas dengan semua komponen. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa sama, satu persatu gimik, retorik dan hipokrit termasuk spekulasi dan sensasi dari Anwar terdedah bongkar.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, bagi menutup segala kemungkiran, kelemahan, kegagalan dan kemunafikan itu, maka pemimpin parti lawan dimangsakan dengan rekaan tuduhan fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu fakta sering berubah-ubah dari dakwaan berbanding hakikat dan pemerintahan Anwar mulai menjadi diktator.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemelut politik Sabah antara contoh doktrin \u2018perpaduan\u2019 yang cuba ditempel kepada hubungan parti-parti kerajaan pasca-PRU15 sebenarnya cukup pincang dan rapuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai penganalisis menjangkakan yang \u2018virus\u2019 itu akan merebak ke negeri-negeri PH-BN yang lainnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua pihak menyedari bahawa krisis politik yang berlaku itu bukan angkara atau\u00a0<em>\u2018move\u2019<\/em>\u00a0daripada pihak pembangkang, tetapi Umno Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai yang syak perkara itu tidak akan terjadi melainkan adanya percaturan digerakkan dari kepentingan atau \u2018kuasa\u2019 lebih atas dan besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu rakyat lebih awal memberikan penegasan pada PRU15 lalu apabila menolak habis-habisan Umno-BN yang langsung tidak mempercayai slogan muslihat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>\u2018Kestabilan dan Kemakmuran\u2019 yang menjadi kempen BN dilihat sebagai tipu daya dan langsung tidak menggiurkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak kerana pembohongan \u201cNo Anwar, No DAP!\u201d, BN cuma menang di dua kerusi sahaja iaitu P.151 Simpang Renggam dan P.153 Sembrong, bukan 30 kerusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasar kajian terkini untuk PRN di enam negeri nanti, Umno-BN akan mendapat kurang 70 peratus dari undi di perolehinya pada PRU15 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kerajaan PH-BN sedang roboh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Perbahasan di Dewan Rakyat setakat Sidang Parlimen kali ini juga menyaksikan Ahli-ahli Parlimen di blok PH-BN sendiri turut \u2018menembak\u2019 perjalanan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu belum lagi kegagalan atau enggan memberikan jawapan, selain jawapan yang berputar-putar serta tidak konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua itu menunjukkan isyarat adanya \u2018sesuatu yang tidak kena\u2019 pada kerajaan diterajui oleh cikgu Anwar Ibrahim bersama anak muridnya, Zahid Hamidi. <\/p>\n\n\n\n<p>Hinggakan mereka melatah \u2018diusik\u2019 dengan kenyataan politik Tuan Guru Abdul Hadi bahawa kerajaan akan tumbang tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu Anwar tidak mampu membendung atau mengawal segalanya di mana perkara lain juga begitu nyata dan ketara sebagai petunjuk ketidakstabilan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya kenaikan harga barangan keperluan asas yang tidak dapat dihentikan, apatah lagi untuk diturunkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga kadar pertukaran Ringgit berbanding Dolar Amerika, selain Ringgit berada pada kedudukan lebih lemah berbanding matawang negara-negara jiran serantau. <\/p>\n\n\n\n<p>Juga teruk apabila para pelabur asing \u2018cabut lari\u2019 dan menjual saham menyebabkan bursa menjadi lemah.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengharukan, ketokohan dan reputasi yang sering digambarkan menjadi pujian mengkultus Anwar, ditunjukkan sebalik hingga ia memberi malu kepada negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Usahkan tiada penghormatan, layanan rasmi juga tidak berlaku dan ia isu yang tidak boleh diremehkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika sama kerajaan Anwar terus membiarkan sensitiviti rakyat khususnya orang Melayu-Islam dilemahkan menerusi pelbagai keputusan baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala kepada hal yang berada di bawah atau kepentingan DAP dipermudahkan dengan sewenang dan sesenangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaharu, \u2018angin-angin\u2019 yang menggoyangkan pokok biarpun bersungguh dinafikan sebelum ini, akhirnya tidak mampu ditutup lagi bagaikan \u2018bangkai gajah\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Berulang kembali tanpa serangan Belanda, Kerajaan Umno Negeri Melaka ditumbangkan oleh penjajah Umno Melaka!<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga di Menteri Besar Pahang, Dato\u2019 Sri Wan Rosdy Wan Ismail mula menunjukkan keresahan untuk Enakmen Antilompat Parti bagi negeri itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau beliau tidak percaya pembangkang itu tidak pelik, tapi jika ragu-ragu kepada DAP-PH, maka amatlah malang.<\/p>\n\n\n\n<p>Perak pula dilihat Umno menjadi dungu dengan DAP tentunya akan cuba meraih pelbagai kesempatan untuk kepentingan politik mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno tidak akan \u2018menambahkan hayatnya\u2019, sebaliknya Perak akan menjadi pangkalan kuasa DAP mengukuhkan \u2018Koridor Harapan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Selangor dan Pulau Pinang, cukuplah isu rasuah dalam penjawat awam yang dipanaskan kerana ia hakikatnya memberi petunjuk kepada pemerintahan PH diterajui PKR dan DAP itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Rasuah tidak akan menjebak di peringkat bawahan jika atasannya tidak berkelakuan seperti itu.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Benarlah bahawa kestabilan politik tidak akan wujud selagi mana adanya Umno dan pemimpin yang sedemikian seperti pernah dikatakan Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah mereka bersama opurtunis PKR dan Anwar serta DAP yang penuh dengki kepada Melayu-Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Negeri-negeri ditadbir PAS iaitu Kelantan dan Terengganu serta bersama BERSATU di bawah payung PN yakni Kedah dan Perlis pula menyaksikan ketenangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa hiruk-pikuk politik, sebaliknya meluas usaha kesejahteraan ke atas rakyat, menjadi bukti kestabilan politik yang wujud.<\/p>\n\n\n\n<p>IZWAN ABDUL HALIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WAYANG politikus Semua itu erat berada dalam \u2018rekod simpanan\u2019 platform atau medium media sosial di mana diberi perhatian<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15251,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15250","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15250","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15250"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15250\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15252,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15250\/revisions\/15252"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15250"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15250"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15250"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}