{"id":15355,"date":"2023-04-18T22:01:43","date_gmt":"2023-04-18T22:01:43","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15355"},"modified":"2023-04-18T22:01:45","modified_gmt":"2023-04-18T22:01:45","slug":"sanusi-anti-thesis-anwar-ibrahim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/04\/18\/sanusi-anti-thesis-anwar-ibrahim\/","title":{"rendered":"Sanusi, Anti-Thesis Anwar Ibrahim"},"content":{"rendered":"\n<p>Semenjak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, akan ada saja pertembungan antara dua susuk ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti ada sahaja serangan yang Sanusi perlu hadap.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah pemerhatian empirikal saya sahaja, bagi saya situasi ini bukan soal pertembungan politik sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya ia lebih unik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah pertembungan psikologi dan minda separa sedar antara dua insan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi mewakili segalanya yang bertentangan dengan Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak keterlaluan kalau kita katakan, politik Sanusi adalah anti-thesis kepada politik Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>i) Politik Oratorisme<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi bukanlah orator sehebat Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Tiada jargon, janji populis atau kalimah bombastik dilontarkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma bahasa kampung yang ringkas disampaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dimana beliau berucap, beliau akan berucap dalam bahasa audien. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika di Sik, maka loghat Sik lah yang keluar.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan PMX. <\/p>\n\n\n\n<p>Ucapan beliau wajib diiringi dengan kalimah Melayu klasik yang dipandang hebat oleh pengikut beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekali beliau berucap pasti tidak kurang puluhan tokoh-tokoh dipetik. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebut sahaja siapa, Ortega, Kant, Ismail Faruqi, Ganouchi dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Hatta dalam pembentangan Belanjawan pun beliau pasti bersyarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak pula Sanusi, kalau lagi ringkas lagi bagus. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi boleh bergurau pasti beliau bergurau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan Sanusi pernah ditegur oleh sesetengah pihak supaya lebih &#8216;formal&#8217; kerana bimbang diputar belit media.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun dalam santai-santai Sanusi, beliau tidak berbohong atau berjanji kosong. <\/p>\n\n\n\n<p>Pasti ada kebenaran dan fakta.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>ii) Aksi Dulu Baru Ekspresi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Masihkah kalian ingat video &#8220;hari ini menang esok minyak turun&#8221;?<\/p>\n\n\n\n<p>Masih ingat kalimah &#8220;parti ini parti derita&#8221; ? &#8220;Tokey besarr tidak bersama kita&#8221;?<\/p>\n\n\n\n<p>Masih ingat kalimah melawan korupsi habis habisan 100%?<\/p>\n\n\n\n<p>Masih ingat siri-siri demonstrasi dan ucapan hak kebebasan yang dipelopori beliau?<\/p>\n\n\n\n<p>Sayang aksi Anwar Ibrahim acap kali dipermainkan ekspresi beliau sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar orator yang sangat hebat. <\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin faktor ini menyebabkan ada masanya ekspresi beliau mendahului aksi. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kurang juga aksi beliau akhirnya menjadi kontradik dengan ekspresi beliau yang dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi pula? <\/p>\n\n\n\n<p>Aksi menjadi taruhan utama beliau, lantaran beliau tahu beliau bukan orator yang berseni seperti PMX.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan membawa pulang hampir 68.3 billion pelaburan dalam masa 2 tahun bukanlah perkara yang Sanusi hebohkan dari awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi tidak mencanangkan politik matang ke sana ke sini (tetapi dalam aksinya menekan pembangkang). <\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi sebaliknya berlaku adil kepada musuh politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Segala projek kerajaan lama diberikan kredit dan diteruskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Contohnya projek KXP yang merupakan idea asal MB terdahulu, Sanusi tiada masalah mengakui hal ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi tahu beliau membawa imej parti Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun beliau bukan seorang ustaz dan tidak mencanangkan diri beliau sebagai terpaling Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Gejala yang merosakkan masyarakat serta diharamkan agama seperti judi telah Sanusi haramkan di Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Aksi dulu baru ekspresi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>iii) Imej Di Mata Rakyat<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Anwar Ibrahim lahir dari rahim keluarga orang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Ayah beliau adalah tokoh besar UMNO di Permatang Pauh. <\/p>\n\n\n\n<p>Dato Ibrahim ialah bekas ahli parlimen Seberang Tengah. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan semua orang boleh jadi ahli parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun Anwar Ibrahim seorang pejuang marhen miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi beliau sebenarnya bukan marhen miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau adalah intelektual yang diberikan kesedaran untuk memperjuangkan nasib marhen.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila PMX melawan tauke besarr, PMX hanya menyentuh tauke yang rupanya banyak membantu pesawah miskin dan orang miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kapitalis lain mungkin PMX sentuh selepas ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita masih menunggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi pula memang lahir dari keluarga marhen orang kampung miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Dibesarkan ibu ayah beliau bersama 13 adik beradik lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasi lauk garam adalah menu harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk mandiri di alam universiti, Sanusi bekerja sebagai buruh. <\/p>\n\n\n\n<p>Seluar yang dipakainya sewaktu menjadi buruh, seluar itulah juga yang dipakainya sewaktu belajar dalam bilik kuliah sebagai mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi tahu benar keadaan petani miskin di Kedah, kerana beliau sendiri bekas petani miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tahu kepentingan jelapang padi di Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali sebab itu diusahakan idea baharu tanam padi 5 kali setiap 2 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali sebab itu juga beliau berjaya menemui cara untuk menamatkan kartel padi yang berdekad lamanya mencengkam petani miskin.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi menyantuni rakyatnya dengan politik khidmat. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau kisah membuat kerja renyah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan apabila sebut perkataan buat maksudnya memang betul beliau buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan berlakon buat. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak kisah mengotorkan baju membersihkan rumah mangsa banjir, beliau okey sahaja membawa traktor membersihkan kawasan mangsa banjir.<\/p>\n\n\n\n<p>PMX pula menyantuni rakyat dengan idealisme dan pidato intelektual beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemana beliau singgah pasti dihidangkan santapan pidato penuh isi dan semangat oleh beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Anwar Ibrahim amat cocok dengan imej syarahan ilmiah di dalam dewan yang besar di hadapan orang-orang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>PMX boleh berucap memperjuangkan nasib petani miskin sehinggakan wujudnya demonstrasi Baling. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi pernahkah PMX memakan nasi dengan lauk garam?<\/p>\n\n\n\n<p><strong>iv) Kejujuran Adalah Polisi Terbaik<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi punya pembawakan adalah berkata yang benar lagi-lagi terhadap musuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebiasannya, musuh amat takut dengan perkara benar lagi-lagi apa saja perkara yang tidak menguntungkan musuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan PMX yang penuh kata-kata keseniaan berpolitik. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bisa meyakinkan ramai pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Imej beliau boleh masuk dengan semua kelompok. Begitu inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau boleh bersyarah, mengajar agama dan dalam tempat dan audien berbeza pula beliau boleh menyanyi dengan hebat dan menari dengan penuh energetik.<\/p>\n\n\n\n<p>Di hadapan media antarabangsa beliau boleh mengucapkan &#8220;I support ALL efforts to protect the security of the state of Israel.&#8221;, dan di hadapan orang Melayu Islam beliau akan berucap soal membantu Melayu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu kata lain padang lain belalang. <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah beza Sanusi dengan Anwar Ibrahim. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang penuh &#8216;versatile&#8217;, manakala seorang lagi hanyalah kekampungan yang tidak reti berbasa basi.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, itulah antara perumpamaan yang sempat saya perhatikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Betapa dua individu ini adalah begitu bertentangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab itu apa saja Sanusi buat pasti menyekitkan jiwa PMX. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana minda separa sedar jiwa PMX dapat merasakan sosok tubuh Sanusi adalah sosok tubuh yang tidak dapat diterima setiap sel tubuh Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Uthman Che Aziz<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semenjak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, akan ada saja pertembungan antara dua susuk ini. Pasti ada sahaja<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15356,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15355","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15355","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15355"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15355\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15357,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15355\/revisions\/15357"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15356"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15355"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15355"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15355"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}