{"id":15358,"date":"2023-04-19T19:08:25","date_gmt":"2023-04-19T19:08:25","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15358"},"modified":"2023-04-19T19:08:28","modified_gmt":"2023-04-19T19:08:28","slug":"prestasi-vs-populariti-madani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/04\/19\/prestasi-vs-populariti-madani\/","title":{"rendered":"Prestasi VS Populariti Madani"},"content":{"rendered":"\n<p>Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim pada awal pentadbirannya telah meraih populariti sebanyak 68 peratus daripada rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya strategi aksi populis yang dilakukan beliau membuahkan sedikit hasil.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasti semua masih ingat dengan gambar Anwar memakai capal, gambar \u2018sweet\u2019 beliau bersama Azizah, keputusan tidak memakai tali leher serta ucapan-ucapan Anwar yang dikagumi oleh pengikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari berganti hari, bulan berganti bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Populariti yang diraih kini kian tenggelam dek kerana prestasi kerajaan MADANI yang jatuh menjunam.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>1) Kebajikan dan pengurusan ekonomi<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Masalah harga barang dan kekurangan bekalan terus-menerus berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Matawang ringgit juga semakin melemah. <\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif yang dilaksanakan kerajaan pula tak tumpah seperti melepaskan batuk di tangga.<\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat disuruh bijak berbelanja, mencagar KWSP dan memanfaatkan Menu Rahmah.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun sehingga hari ini, rakyat masih menantikan solusi tuntas kerajaan MADANI dalam menyelesaikan isu rantaian bekalan ini secara berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2) Janji tidak ditepati<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai janji yang pernah ditawar masih gagal ditunaikan oleh Anwar mahupun kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dengan kerjasama PH-BN yang asalnya dinafi oleh Anwar Zahid, janji penyelesaian isu telur sehinggalah tentang \u2018lawatan rasmi\u2019 beliau ke Arab Saudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia MADANI yang konon menitikberatkan tatakelola yang adil ini jugalah yang telah melantik kluster mahkamah menjadi sebahagian daripada ahli kabinet serta mengisi GLC.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3) Salah guna kuasa<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Penyalahgunaan kuasa yang berlaku di dalam kerajaan MADANI bukan lagi rahsia. <\/p>\n\n\n\n<p>Politik dendam menjadi budaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri KDN telah menyelamatkan UMNO yang melanggar perlembagaan partinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kebebasan bersuara rakyat dan media pula disekat oleh Kementerian Komunikasi dan Digital hanya kerana tidak sealiran dengan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Entah mengapa dalam kerajaan sekarang rakyat rasa terancam dengan kerajaan bukan lagi rasa selamat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4) Ketidakstabilan politik<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja hilang kepercayaan rakyat, bahkan kerjasama antara parti dalam kerajaan MADANI juga nampaknya mulai berpecah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai tuntutan politik masih gagal ditunaikan oleh Perdana Menteri sehingga berlaku ketidakpuasan hati ahli Parlimen kerajaan sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkinkah ini faktor kenapa kerajaan Anwar-Zahid gagal menunjukkan prestasi cemerlang? <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana mungkin kerajaan dapat bergerak dengan baik jika hubungan dalam pakatan kerajaan juga gagal diurus bukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas beberapa bulan memerintah, rakyat mulai sedar dan menilai akan semua tindakan serta dasar yang dilakukan oleh kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa hala tuju yang jelas, Anwar dilihat hanya tahu bercakap, namun tidak boleh diharap.<\/p>\n\n\n\n<p>Prestasi kerajaan MADANI amat mendukacitakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga bila rakyat hendak dipujuk dengan kata pujangga semata?<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian.<\/p>\n\n\n\n<p>USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim pada awal pentadbirannya telah meraih populariti sebanyak 68 peratus daripada rakyat. Nampaknya strategi aksi<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15359,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15358","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15358"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15358\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15360,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15358\/revisions\/15360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}