{"id":1538,"date":"2020-09-09T17:14:33","date_gmt":"2020-09-09T17:14:33","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1538"},"modified":"2020-09-09T17:14:35","modified_gmt":"2020-09-09T17:14:35","slug":"muktamar-pas-pusat-di-putik-13-september-medan-membedah-organisasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/09\/muktamar-pas-pusat-di-putik-13-september-medan-membedah-organisasi\/","title":{"rendered":"Muktamar PAS Pusat Di Putik 13 September: Medan Membedah Organisasi"},"content":{"rendered":"\n<p>Musim pandemik kovid 19 yang menyelimuti dunia turut merubah perjalanan dan kondisi Muktamar Tahunan PAS Kali ke 66 di PUTIK, Kota Bharu pada 13 September 2020 ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Segalanya akan mengikuti SOP dengan norma baru yang dipatuhi demi mengekang penularan wabak, apatah lagi kluster Sivagangga yang masih menghantui rakyat negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Suasana program parti juga agak suram dan bungkam kerana kekangan peraturan serta sikap paronoid dengan wabak yang telah membunuh ratusan ribu nyawa diseluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS Pusat menangguh Muktamar yang sepatutnya berlangsung dalam bulan Jun lepas, beranjak ke bulan September namun dengan sedikit pengubahsuaian acara dan jumlah perwakilan, pemerhati yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>AJK PAS Pusat, Yang Dipertua PAS kawasan kawasan, wakil DHPP serta perwakilan Kelantan sahaja yang akan berhimpun di PUTIK Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Perwakilan negeri-negeri lain akan berhimpun dilokasi yang akan ditetapkan oleh Badan Perhubungan PAS negeri\/wilayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar PAS Pusat yang biasanya berlangsung selama tiga hari, diringkaskan hanya akan berlangsung dalam sehari suntuk sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar kali ini berlangsung dalam keadaan PAS menjadi sebahagian rakan kongsi kuasa diperingkat Persekutuan serta menguasai negeri-negeri jantung hati orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar kali ini seperti menghantar isyarat, Parti Islam yang berusia 69 tahun ini akan menjadi pemain utama dalam politik tanahair ini.<\/p>\n\n\n\n<p>PUTIK akan menyorot perhatian seluruh rakyat, bukan sekadar ahli PAS, perwakilan yang terpilih akan membanjiri PUTIK dengan semangat yang menggebu untuk melihat daripada dekat perjalanan acara tahunan yang paling berprestij kepada harakatul ummah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemeriahan tetap akan dirasai walaupun tanpa pesta para jualan, ekspo perdagangan sebagaimana lumrah kebiasaan muktamar PAS sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi abnaul harakah, Muktamar adalah medan ukhuwwah yang mengikat tali hubungan antara pimpinan dan ahli, berbezalah pandangan namun ukhuwwah jangan dileraikan kerana prasyarat kemenangan Islam ialah ukhuwwahfillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Robohnya ikatan ini akan menghantar gerakan Islam ke jurang berantakan yang akan menyirnakan kekuatan yang dibina selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai desas desus akar umbi akibat mainan saraf musuf, namun pimpinan wajib bermuhasabah akan kritikan, teguran, tetap kekal menggenggam prinsip perjuangan dan jangan larut dengan kemanisan dan mandraguna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS semenjak ditubuhkan pada tahun 1951, bukan tidak pernah menyaksikan gelombang besar krisis namun bahtera besar yang seangkatan dengan Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami ini tetap istiqomah menerjang badai mehnah. <\/p>\n\n\n\n<p>Serpihan PAS seperti HAMIM, BERJASA, kumpulan Islah, AKIM, JATI, GHB ditelan zaman, namun PAS tetap membesar dan meranum dengan izzah Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap bulan ribuan ahli-ahli baru menyertai PAS termasuk orang bukan Islam yang menyertai DHPP.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS dengan keahlian yang pelbagai, juga dengan jalur berfikir yang rencam maka perbedaan pandangan bukanlah satu perkara yang pelik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ditambah dengan fenomena budaya media sosial yang membuka ruang kritikan, ruang argumen seluas mungkin maka PAS menjadi subjek popular yang dibincangkan samada positif atau pun negatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin mesti berjiwa besar, mendepangkan dada, menarik nafas panjang dan bersedia ditegur oleh pengikut.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS selain menjadi subjek popular warga siber, juga akan menjadi tajuk utama stesyen TV, radio dan media cetak, ini menunjukkan keberadaan PAS di tanah leluhur ini sangat signifikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan ungkapan &#8220;king maker&#8221; kepada PAS oleh pengkaji-penganalisa politik bukan lagi dengan nada sindiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar PAS musim pandemik kovid 19 di zaman siber ini walaupun jauh berbeda dengan puluhan tahun yang lampau, namun aspirasinya tetap sama iaitu membedah organisasi dalam tempoh penggal setahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar bukanlah medan untuk mengampu pemimpin seperti Parti-parti konvesional yang lain, juga bukan medan membaling kerusi, bertempur antara dua klik yang bertembung kepentingan seperti yang terjadi kepada sebuah parti PH yang tersohor.<\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar PAS bukan sahaja medium Presiden untuk mentarjih perjalanan harakatul ummah ini melalui ucapan dasar Presiden, juga perwakilan akan menilai keupayaan pimpinan pusat yang telah mereka lantik. <\/p>\n\n\n\n<p>Bedah organisasi melalui laporan muktamar, sejauh mana lujnah-lujnah berperanan yang melambangkan kompetensi seseorang pimpinan pusat mengurus amanah apatah lagi ramai pimpinan telah berstatus Menteri, Timbalan Menteri, menguruskan agensi-agensi penting kerajaan Pusat dan Negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Muktamar adalah tempat paling ideal untuk melontar idea dan berpencak hujjah, bukannya medium FB serta media sosial yang lain, maka manfaatkan masa berharga pada 13 September ini di bumi Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS semakin membesar keahlian dan bervariasi cara fikir ahlinya, kita semakin merindui aplikasi wehdatul fikr dan wehdatul amal. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga 13 September ini tiba tanpa aral melintang dan menyebabkan langkah kita tersadung.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor<br>(Penulis ialah AJK PAS Pusat dan Pengerusi LESTARI Pusat)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Musim pandemik kovid 19 yang menyelimuti dunia turut merubah perjalanan dan kondisi Muktamar Tahunan PAS Kali ke 66<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1539,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-1538","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1538"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1538\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1540,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1538\/revisions\/1540"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1539"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}