{"id":15483,"date":"2023-05-15T07:14:01","date_gmt":"2023-05-15T07:14:01","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15483"},"modified":"2023-05-15T07:14:03","modified_gmt":"2023-05-15T07:14:03","slug":"akhirnya-sekarang-yes-anwar-yes-dap-di-dalam-dewan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/05\/15\/akhirnya-sekarang-yes-anwar-yes-dap-di-dalam-dewan-umno\/","title":{"rendered":"Akhirnya Sekarang \u2018Yes Anwar, Yes DAP\u2019 Di Dalam Dewan UMNO"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas berakhir konvensyen semalam yang menghimpunkan semua parti dalam kerajaan campuran, perkara paling jelas adalah Perdana Menteri (PMX) seakan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan anak muridnya dan juga UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapannya, Anwar Ibrahim dilihat melambung dan memberi pujian kepada anak muridnya, Ahmad Zahid Hamidi kerana sumbangan serta sokongan kepada kerajaan cikgunya itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika sebelum ini rakyat hanya mendengar menerusi perbualan telefon tular yang dinafikan bersungguh-sungguh oleh cikgu dan anak murid itu, tetapi kini mereka berdua tanpa segan silu lagi untuk mendedahkan secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar sebelum ini memuji Zahid kerana ucapannya dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 2021 dan masih segar dalam ingatan ahli parti dengan pendirian \u2018No Anwar, No Bersatu dan No DAP\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nampaknya sekarang apa yang berlaku adalah \u2018Yes Anwar dan Yes DAP\u2019 apabila Presiden PKR itu bersama-sama dengan pemimpin DAP memenuhi segenap dewan yang sebelum ini menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli UMNO pada setiap kali persidangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bangunan UMNO juga sudah menjadi pegangan \u2018freehold\u2019 apabila Anwar dan DAP sudah berjaya menjejak kaki masuk ke bangunan UMNO dengan bangganya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semasa ucapan Anwar, pujian melambung diberikan kepada Zahid yang dilantiknya menjadi Timbalan Perdana Menteri walaupun terpalit dengan 47 pertuduhan kes rasuah di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTapi saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO, dan dukungan Ahli Parlimen UMNO, sejarah kita tertutup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJadi kita juga harus iktiraf peranan beliau dan UMNO,\u201d kata Anwar dalam ucapannya semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anwar mengakui tanpa Zahid, siapa lah dirinya sekarang dan mustahil dapat menjadi PMX jika tidak mendapat sokongan Presiden UMNO itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun persoalannya, adakah Anwar begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan Zahid dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umum mengetahui, UMNO-Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 30 kerusi Parlimen dalam kerajaan campuran dan bukan parti yang terkuat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, UMNO-BN juga mencatat prestasi terburuk dalam sejarah apabila gagal mendapat sokongan pengundi terasnya dikalangan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi, adakah dengan kerjasama UMNO-DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dapat mengembalikan sokongan orang Melayu kepada parti itu yang ditolak teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika Anwar memuji anak muridnya, jadi tidak hairan juga apabila Zahid juga memuji Anwar dalam ucapannya semasa konvensyen semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zahid juga sedar tanpa sokongan cikgunya, apalah nasib bakal menimpanya memandangkan sedang menghadapi 47 pertuduhan kes mahkamah ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, sejak memegang jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan, Zahid juga dilihat mendapat keistimewaan apabila dipulangkan pasportnya secara kekal dan kini juga sudah memohon untuk membuang kes mahkamah walaupun sudah diarah membela diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keadaan Zahid juga memerlukan Anwar seperti Anwar memerlukannya, sudah pasti anak murid akan menghargai jasa cikgunya yang mengembalikan kuasanya dalam kerajaan dan parti semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zahid berkata, jika dulu slogan digunakan pihak lawan BN \u2018lawan tetap lawan\u2019, kini \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBuat apa kita berlawan, sedangkan kita perlu terus kukuhkan Kerajaan Perpaduan,\u201d katanya semalam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zahid juga menggesa untuk mempertahankan kerajaan campuran diketuai Anwar sehingga PRU-16 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSaya menyaksikan dari Kedah ke Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu sambutan rakyat dan saya yakin, jika kita sederap membantu Anwar dan dengan adanya idealisme dasar yang baik, Insya-Allah Kerajaan Perpaduan akan melepasi PRU-16,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zahid berkata, jangan menoleh ke belakang dan jangan pedulikan orang yang tidak suka atau mengkritik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cJangan pedulikan mereka, kerana rakyat mahu Kerajaan Perpaduan maju demi mereka,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas berakhir konvensyen semalam yang menghimpunkan semua parti dalam kerajaan campuran, perkara paling jelas adalah Perdana Menteri (PMX)<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15484,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-15483","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15483","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15483"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15483\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15485,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15483\/revisions\/15485"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15484"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15483"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15483"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15483"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}