{"id":15495,"date":"2023-05-15T10:08:18","date_gmt":"2023-05-15T10:08:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15495"},"modified":"2023-05-15T10:08:20","modified_gmt":"2023-05-15T10:08:20","slug":"keabsahan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/05\/15\/keabsahan-umno\/","title":{"rendered":"Keabsahan UMNO"},"content":{"rendered":"\n<p>Ada dua faktor utama yang menentukan sokongan pengundi Melayu kepada parti-parti politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertamanya keabsahan kaum (race legitimacy) dan keduanya keabsahan prestasi (performance legitimacy).<\/p>\n\n\n\n<p>Keabsahan kaum ini ada pada parti-parti politik Melayu\/Islam seperti UMNO, PAS dan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti pelbagai kaum seperti PKR kurang memiliki keabsahan kaum bagi orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu sokongan kaum Melayu kepada PKR rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala keabsahan prestasi pula bergantung kepada prestasi parti memacu kemajuan negara, meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat, prihatin membela nasib mereka, menangani masalah kos sara hidup dan menyampaikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keabsahan prestasi teruji apabila parti berkenaan menjadi parti kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO memiliki kedua-kedua keabsahan ini di zaman kegemilangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Serba sedikit kekurangannya dalam soal rasuah dan kekangan terhadap hak kebebasan rakyat diimbangi dengan keupayaan parti itu untuk menonjolkan keabsahan kaum dan prestasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu UMNO mendapat dokongan kuat orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah sebahagian kaum bukan Melayu juga bertolak ansur dengan citra politik Melayu UMNO kerana keupayaan parti itu menyampaikan manfaat kemajuan dan pembangunan kepada rakyat, termasuk kaum bukan Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini disebut sebagai politik kepembangunan (developmentalism politics) yang mengagungkan nilai pembangunan melebihi perkara-perkara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan dokongan kuat orang Melayu dan sokongan sebahagian orang bukan Melayu, UMNO\/BN berjaya mendapat kemenangan majoriti dua pertiga dalam setiap pilihanraya dan membentuk sebuah kerajaan yang stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, dalam pilihanraya umum ke 12 dan seterusnya, pencapaian UMNO mula merosot. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO\/BN hilang majoriti 2\/3 dalam PRU 12, hilang undi popular dalam PRU-13, tewas dalam PRU-14 dan menang hanya 26 kerusi dalam PRU-15, iaitu prestasi terburuk UMNO dalam sejarah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa?<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana UMNO telah mula hilang keabsahan kaum dan keabsahan prestasinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Proses kehakisan keabsahan kaum UMNO bermula sejak sekian lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan baharu berlaku semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah DEB berakhir pada tahun 1990 dan dasar liberalisasi dilaksanakan dalam sektor ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain, orang Melayu sedikit demi sedikit mula kehilangan nikmat \u2018kedudukan istimewa\u2019 yang mereka kecapi dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya ambil contoh dalam bidang pendidikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak-anak orang Melayu tidak lagi secara automatik mendapat biasiswa atau pinjaman boleh ubah daripada kerajaan apabila memasuki universiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak masuk universiti kena bayar yuran sendiri atau berhutang dengan PTPTN.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, pasca DEB, kemasukan ke universiti-universiti awam juga beransur-ansur menggunakan dasar meritokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelajar-pelajar Melayu mesti bersaing untuk memasuki fakulti perubatan, undang-undang, kejuruteraan, ekonomi dan lain-lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada anak Melayu yang dapat \u2018straight A\u2019 pun tidak berjaya masuk fakulti perubatan di universiti awam kerana persaingan yang sengit.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak kerana UiTM, UIA dan USIM menawarkan pengajian dalam bidang-bidang profesional, saya percaya jumlah pelajar Melayu dalam bidang-bidang ini akan jauh lebih rendah berbanding pelajar bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Peniaga dan usahawan Melayu juga tidak lagi menikmati pelbagai keistimewaan zaman DEB. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka perlu bersaing dengan pesaing dari dalam dan luar negara akibat kesan globalisasi dan perubahan dasar negara ke arah liberalisasi ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari segi pekerjaan, orang Melayu mesti bersaing dalam sektor swasta untuk mendapatkan pekerjaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada jaminan untuk mereka bekerja dalam sektor awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Dasar rasionalisasi sektor awam pula membuatkan peluang pekerjaan dalam sektor awam semakin terhad dengan pendapatan yang lebih rendah berbanding sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu tiada pilihan selain bersaing dalam sektor swasta untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kuota untuk mereka dalam sektor ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah ada kajian ilmiah yang dibuat sebelum ini yang mendapati pencari pekerjaan dalam kalangan orang Melayu berhadapan dengan amalan diskriminasi dalam sektor swasta.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika inilah UMNO mulai tidak dilihat sebagai pelindung orang Melayu (the Malay protector). <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun UMNO menjadi kerajaan, semakin ramai orang Melayu yang tidak lagi bergantung kepada UMNO untuk hidup. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mesti berdikari dan bersaing untuk berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih memburukkan keadaan, skandal 1MDB memperlihatkan bagaimana kekayaan negara diseleweng oleh segelintir elit UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini antara faktor yang menyebabkan keabsahan prestasi dan keabsahan kaum UMNO semakin terhakis.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, UMNO\/BN tewas dalam PRU-14 setelah lebih enam dekad memerintah negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRU-14, masih terdapat sekitar 50% orang Melayu yang menyokong Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam PRU 15, sokongan orang Melayu kepada Umno turun ke sekitar 30% sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas UMNO bekerjasama dengan DAP pasca PRU 15, sokongan orang Melayu kepada UMNO dianggarkan berkurang separuh lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu kajian terbaharu yang saya lihat, orang Melayu yang masih menyokong UMNO memberikan sebab \u201cnostalgia\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyokong UMNO kerana masih mengenangkan jasa UMNO pada masa lampau. Itu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang tidak menyokong pula marah kepada UMNO kerana membelakangi resolusi parti untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNO ANWAR, NO DAP\u201d masih terngiang-ngiang dalam benak kepala mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama UMNO dengan DAP di dalam PH menghakis saki-baki keabsahan kaum yang masih ada pada UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara keabsahan prestasinya pula telah lama tiada.<\/p>\n\n\n\n<p>Keabsahan UMNO dan sokongan orang Melayu kepada parti itu akan teruji dalam PRN di 6 negeri nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan beberapa penelitian awal, dijangkakan UMNO akan kehilangan lebih separuh sokongan penyokong-penyokongnya dalam PRN akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi jika UMNO bertanding dalam satu pasukan dengan DAP dalam PRN nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Separuh daripada sokongan yang berbaki itu pun berkemungkinan akan hilang.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Anthony Loke membuat kenyataan yang dia berharap UMNO akan menang besar dalam PRN akan datang, bagi saya itu isyarat kepada penyokong-penyokong DAP supaya menyokong UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana dia tahu UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu seperti dulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia bimbang jika UMNO kalah, PH juga akan kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya UMNO akan bergantung kepada sokongan DAP untuk menang pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan sampai satu masa, UMNO akan minta bertanding di kawasan-kawasan yang ramai penyokong DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama lah seperti di zaman kegemilangan UMNO dahulu, MCA dan MIC bergantung kepada sokongan UMNO untuk menang pilihanraya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa disedari, DAP sedang membunuh UMNO secara lembut. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP is killing UMNO softly. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama UMNO dengan DAP menyebabkan UMNO semakin hilang keabsahan politiknya di mata orang Melayu, termasuk penyokong-penyokong akar umbi UMNO sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa sokongan asas orang Melayu, UMNO hilang keabsahan politiknya dan hilang nilainya dalam politik Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak dinafikan UMNO sebuah parti yang banyak berjasa kepada orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi perubahan sosial, politik dan ekonomi yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu serta jajaran baharu yang dibuat oleh parti itu dalam mengejar kuasa politik menyebabkan keabsahannya semakin terhakis.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Dr Marzuki Mohamad,<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ada dua faktor utama yang menentukan sokongan pengundi Melayu kepada parti-parti politik. Pertamanya keabsahan kaum (race legitimacy) dan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15496,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[90],"tags":[91],"class_list":["post-15495","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-umno","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15495","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15495"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15495\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15497,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15495\/revisions\/15497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15496"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15495"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15495"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15495"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}