{"id":15595,"date":"2023-05-23T08:18:21","date_gmt":"2023-05-23T08:18:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15595"},"modified":"2023-05-23T08:18:24","modified_gmt":"2023-05-23T08:18:24","slug":"pelaburan-dan-projek-berimpak-tinggi-yang-sedang-berjalan-di-kedah-siapa-yang-akan-teruskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/05\/23\/pelaburan-dan-projek-berimpak-tinggi-yang-sedang-berjalan-di-kedah-siapa-yang-akan-teruskan\/","title":{"rendered":"Pelaburan Dan Projek Berimpak Tinggi Yang Sedang Berjalan Di Kedah, Siapa Yang Akan Teruskan?"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>1) WIDAD LANGKASUKA<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Projek Mega di Langkawi &#8211; pelaburan bersama Widad Group dan Ben Zayed Group untuk membangunkan kawasan yang telah lama terbengkalai (projek lama yang menjadi gajah putih, terbiar dan tidak diurus) sejak zaman BN dan PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Atas permintaan pihak pelabur tersebut untuk masuk ambil alih pelaburan di situ, MB Sanusi memproses permohonan dengan kesanggupan pihak pelabur membayar RM5 juta sebagai komitmen pelaburan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelaburan dianggar RM43 bilion selama 15 tahun ditandatangani.<\/p>\n\n\n\n<p>Zaman BN dan PH terbengkalai, zaman Sanusi, restart semula dengan komitmen yang lebih baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak nampak apa lagi pun? <\/p>\n\n\n\n<p>Ini projek mega, bukan buat tapai.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>2) KEDAH RUBBER CITY (KRC)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Projek besar yang dimulakan pada zaman DS Mukhriz (BN), kemudian diteruskan oleh MB Mat Bashah (BN) dan MB Mukhriz (PH). <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya disambung oleh MB Sanusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini akan membangunkan industri getah seterusnya menaiktaraf ekonomi penduduk utara Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa syarikat besar dalam bidang terkait masuk melabur dan membina kilang di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek orang lain, MB Sanusi hanya ambil kredit? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan ambil kredit. MB Sanusi sambung projek yang baik dan tidak mengamalkan budaya srcape-off seperti geng Untold Story.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>3) KILANG PORSCHE<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pelaburan Porsche ini juga hasil usaha MB Mukhriz. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi secara rasminya masuk melabur dan membina kilang pada zaman MB Sanusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau jenis MB scrape-off, tentu MB Sanusi cancel sebab itu projek Mukhriz. <\/p>\n\n\n\n<p>Malahan pelabur Porsche juga tidak menarik balik pelaburannya walau bertukar MB kepada Sanusi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malahan meyakini pentadbiran MB Sanusi untuk meneruskan pelaburan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>4) LITAR LUMBA SUNGAI PETANI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Projek orang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek zaman MB Mukhriz juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak cukup dana, sebab berangan nak buat litar lumba bersaiz international. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila dana tak cukup, projek tak jalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pengambilan tanah sudah dibuat dengan kos. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak diteruskan, akan tergendala begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>MB Sanusi ambil alih kerajaan, terus decide untuk kecilkan saiz litar lumba kepada acara sport bersaiz tempatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Model asal diubah sedikit supata litar lumba bukan sekadar litar perlumbaan, tetapi membuka ruang bisnes dan cara permotoran yang lain di kawasan sekitar litar.<\/p>\n\n\n\n<p>Ya, projek orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Benda baik, cari jalan untuk realisasikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau MB nak scrape-off pun boleh. <\/p>\n\n\n\n<p>Ambil tanah tu, buat projek lain, tentu saja ada pelabur sektor lain mahu tapak tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>MB tidak scrape-off. Tak siap lagi? Ya, memang belum siap sebab tengah buat.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>5) NORTHERN CORRIDOR HIGHWAY (NCH) FASA 1<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Lebuh raya yang akan menghubungkan zon-zon industri di Kedah antara Kulim Hi-Tech, Desa Aman, Kedah Aerotropolis dan Sungai Petani. <\/p>\n\n\n\n<p>NCH akan menjadi tulang belakang pengangkutan untuk pembangunan ekonomi Kedah di kawasan terlibat, dan ia perlu dirancang dengan baik supaya kepesatan kegiatan ekonomi tidak mengakibatkan kesesakan lalulintas yang memenatkan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>6) ZON EKONOMI BEBAS KHAS (SBEZ)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga projek zaman sebelum MB Sanusi. <\/p>\n\n\n\n<p>MB Sanusi teruskan dengan memudahkan urusan serta mengurangkan birokrasi yang melambatkan proses.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>7) PUSAT BEKALAN GAS &amp; LOJI JANA KUASA<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Projek Mega di Pulau Bunting, Yan Kedah ini boleh dikatakan projek &#8216;reinkarnasi&#8217; daripada cadangan projek ZIPY dan SULIHH terdahulu yang tergendala atas pelbagai faktor dan halangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini diubah model kepada bukan sahaja tempat memproses bekalan gas, bahkan hub kapal ke kapal menjadi spesifikasi tambahan kepada model.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>8 ) KILANG BATERI ENERGY VERY ENDURE (EVE)<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>9) KEDAH AEROTROPOLIS<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Projek Mega ini adalah kombinasi antara lapangan terbang KXP, SLAM dan MRO. <\/p>\n\n\n\n<p>Ringkasnya, bukan setakat lapangan terbang kargo &#8211; bahkan turut ada sektor baikpulih, maintenance dan overhaul kapal terbang &#8211; yang pastinya menjadikan Kedah Aeotropolis satu pusat kargo yang terbesar di rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek orang? <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, asalnya projek KXP diusahakan MB Mukhriz. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi tak ada konklusi, projek tersebut hanya berlegar dalam kertas-kertas kerja, kajian-kajian, jual beli tanah dan seumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Belum pernah masuk mesyuarat MPFN (sebagai langkah pertama untuk projek mega seumpamanya). <\/p>\n\n\n\n<p>MB Sanusi bertegas untuk bagi projek tersebut dimulakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Langkah pertama, diusahakan masuk mesyuarat MPFN. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah itulah MPFN memberikan beberapa nasihat dan syarat yang perlu dipenuhi untuk membina lapangan terbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh sebab mendapat kekangan keewangan (kerana Pusat tiada peruntukan untuk projek tersebut), MB Sanusi bersama pakar-pakar yang terlibat mengubah model kepada pelaburan swasta (PFI) untuk mendanai pengambilan tanah seterusnya memulakan pembinaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang ni hanya tersangkut pada PMX yang tiada maklumat jelas mengenai projek.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>SEMUA PROJEK ORANG<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ya, hampir semua projek zaman pentadbiran sebelumnya &#8211; tetapi MB Sanusi mempunyai tekad dan pemikiran yang waras untuk meneruskan projek-projek tersebut dan ditambah baik dengan memudah-cara birokrasi, membuang amalan duit bawah meja dan mahu buat sampai jadi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>SEMUA PROJEK TAK SIAP, HANYA SEMBANG BERDEGAR-DEGAR<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sembang berdegar-degar itu sebenarnya boleh buka mata rakyat Kedah bahawa negeri Kedah boleh pergi lebih jauh ke hadapan menjadi kuasa besar ekonomi di wilayah utara. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek-projek mega mana ada hari ini sembang, esok terus siap. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak buat pengambilan tanah yang ada pelbagai prosedur, nak tunggu kajian dan kebenaran agensi-agensi kerajaan yang terkait, nak design peta, nak bina bangunan, dan sebagainya &#8211; pastilah ambil masa. <\/p>\n\n\n\n<p>Goyang petai dalam TikTok memang tak nampak semua ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>APA IMPAK JIKA SEMUA PROJEK INI SIAP?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Impaknya sangat besar kepada plan dan perancangan ekonomi seterusnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Boleh kita sebut 9 projek mega di atas adalah projek perintis dan pemula sebagai tapak untuk menjadikan The Greater Kedah sesuatu yang realiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, 9 projek tersebut belum dapat menjadikan Kedah setanding Pulau Pinang atau Selangor dari sudut KDNK, tetapi ia adalah langkah pertama untuk Kedah berubah wajah.<\/p>\n\n\n\n<p>The Greater Kedah bukan sahaja merangkumi projek-projek ekonomi seperti 9 projek di atas semata-mata, bahkan termasuk juga projek-projek LRA dan jajaran paip baharu, projek untuk pembangunan petani, penternak, nelayan dll, projek Cordoba of Kedah untuk upgrade rakyat Kedah menjadi umat yang berilmu dan berkemahiran tinggi, projek-projek perumahan mampu milik bagi menjadikan Kedah berdaya huni &#8211; serta hasil akhirnya menjadikan Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya menabur bakti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah gagasan besar yang kena ada pada seorang pemimpin untuk mentadbir negeri atau negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Gagasan besar itu menjadi visi dan misi yang menentukan halatuju pentadbiran, ada fokus, ada milestone, ada jadual yang sistematik bagi menjayakan sesuati misi dan visi &#8211; arahan yang jelas dan tidak wayang &#8211; supaya mudah difahami oleh para pegawai kerajaan yang menjadi pelaksana.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin bukan hanya duk sembang pasal nak bagi menu rahmah, petai rahmah, simen rahmah sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesusahan yang dihadapi oleh rakyat hanyalah simptom yang kita nampak &#8211; akibat daripada sistem yang rosak. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang pemimpin utama kena rancang adalah bagaimana memulihkan sistem, automatik simptom akan selesai. <\/p>\n\n\n\n<p>Beri menu rahmah, simen rahmah, tiket bas rahmah, baju raya rahmah&#8230;semua itu hanyalah wayang untuk mengubati simptom. <\/p>\n\n\n\n<p>Umpama demam panas, diberinya panadol. <\/p>\n\n\n\n<p>Lega untuk seketika kerana simptomnya diubati. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hakikatnya penyakitnya tidak diubati.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>SIAPA AKAN TERUSKAN SEMUA PROJEK TERSEBUT?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Pilihan di tangan rakyat Kedah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nak serah kepada mamat-mamat scrape-off, mamat Bas Madani yang melambai-lambai tangan mereka? atau kepada orang yang serius mahu bawa Kedah keluar dari kemiskinan? <\/p>\n\n\n\n<p>Tepuk dada, tanyalah minda yang waras.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1) WIDAD LANGKASUKA Projek Mega di Langkawi &#8211; pelaburan bersama Widad Group dan Ben Zayed Group untuk membangunkan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15596,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[62],"tags":[63],"class_list":["post-15595","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kedah","tag-kedah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15595","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15595"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15595\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15597,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15595\/revisions\/15597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15596"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15595"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15595"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15595"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}