{"id":15610,"date":"2023-05-23T14:19:21","date_gmt":"2023-05-23T14:19:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15610"},"modified":"2023-05-23T14:19:24","modified_gmt":"2023-05-23T14:19:24","slug":"mampukah-umno-jinakkan-ultra-kiasu-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/05\/23\/mampukah-umno-jinakkan-ultra-kiasu-dap\/","title":{"rendered":"Mampukah UMNO Jinakkan Ultra Kiasu DAP?"},"content":{"rendered":"\n<p>Terlalu terdesak hingga lupa &#8216;dosa-dosa besar&#8217; DAP begitu saja<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dahulu No DAP, sekarang Yes DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dahulu semua berkaitan DAP \u2018haram\u2019, sekarang jadi \u2018halal\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Pusingan U sebegini berlaku hanya sekelip mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu cepat melupakan \u2018dosa-dosa besar\u2019 DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Mampukah DAP dijinakkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalaulah Dato\u2019 Onn Jaafar masih hidup, sudah lama ditamparnya muka pemimpin UMNO yang menyeru ahlinya mengundi DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian lama, UMNO melihat DAP sebagai wajah \u2018kafir penentang Islam\u2019 tiba-tiba tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya memangkah DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah UMNO terlalu terdesak sehingga terpaksa menyeru sedemikian rupa? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah UMNO sudah lupa tujuan DAP ditubuhkan? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika UMNO (Melayu) mudah lupa, biar saya ingatkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, DAP yang ditubuhkan pada 1966, adalah anak butir PAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan sejak dari mula ia ditubuhkan, hingga ke hari tidak pernah pudar, tidak pernah luntur walaupun sedikit, tetapi semakin tegar. <\/p>\n\n\n\n<p>Mampukan UMNO jinakkan DAP dengan Malaysian Malaysianya?<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysian Malaysia bermaksud, sama rata dan sama rasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, perjuangan DAP ini bercanggah dengan perjuangan UMNO yang meletakkan Islam dan Melayu di tempat yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, perlu ingat, bukan setakat perjuangan Malaysian Malaysia bertentangan dengan perjuangan UMNO, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mendaulatkan kedudukan hak Islam, Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Ultra kiasu DAP tahu semua ini, kenapa terus tegar dengan Malaysian Malaysia?<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga, dalam Deklarasi Setapak DAP jelas menyatakan, \u201ckesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok Bumiputera dan bukan Bumiputera ditentang\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tidak faham lagi, inilah makna Malaysian Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama rata dan sama rasa bukan sahaja dalam konteks hak ekonomi, tetapi juga agama, termasuk pluralisme agama.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat, berkaitan dengan Malaysian Malaysia tersebut, DAP adalah antara parti yang terkehadapan menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah Malaysian Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima, DAP memperjuangkan negara sekular. <\/p>\n\n\n\n<p>Baca perlembagaan DAP baik-baik, berapa kali perkataan sekular itu disebut dalm perlembagaannya. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, \u201clangkah mayat aku\u201d katanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekular bermaksud, pemisahan antara politik dan agama, sedangkan DAP tahu bahawa Islam dan politik, tidak dapat dipisahkan, kenapa terus tegar memperjuangkan sekularisme? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa tergamak pemimpin UMNO menyeru ahlinya mengundi DAP?<\/p>\n\n\n\n<p>Keenam, suatu ketika dahulu, DAP pernah mengeluarkan kenyataan bahawa khutbah Jumaat disediakan JAKIM sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan ini tidak pernah ditarik balik. <\/p>\n\n\n\n<p>Amat jarang sekali DAP menarik balik kenyataan mereka berkaitan Islam dan meminta maaf.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketujuh, selain itu, sering kedengaran kenyataan DAP menghina Islam, contoh, suatu ketika dahulu, DAP menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula dengan pemberian \u2018ang pow\u2019? <\/p>\n\n\n\n<p>DAP yang didominasi orang Cina sendiri, tidak memahami budaya pemberian \u2018ang pow\u2019 mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelapan, apakah kita sudah lupa pemimpin DAP menggelar Dr Zakir Naik sebagai \u2018syaitan\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP mendesak kerajaan supaya menghantar Zakir Naik balik ke India untuk dihukum. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin DAP ini juga adalah pemuja dan penyokong tegar pengganas, LTTE.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika PAS yang memperjuangkan Islam dilabelkan sebagai Taliban? <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan sahaja label, malah terang-terang menyokong pengganas LTTE?<\/p>\n\n\n\n<p>Kesembilan, sudah kita lupa apabila pemimpin DAP pernah menghina almarhum Tuan Guru Haron Din ketika kematiannya, dengan ungkapan \u2018adios Harun Din\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesepuluh, pemimpin DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menerusi pembesar suara masjid. <\/p>\n\n\n\n<p>Kontroversi azan baru-baru di Pulau Pinang, ada dengar DAP berkata berkaitan hak umat Islam untuk azan menggunakan pembesar suara?<\/p>\n\n\n\n<p>Kesebelas, pemimpin DAP mempersoalkan larangan murtad. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuba baca kenyataan pemimpin-pemimpin mereka, tidak perlu saya jelas di sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin mereka juga paling tegar dengan kempen jom ziarah gereja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua belas, DAP menghina dan mempersendakan hukum hudud. <\/p>\n\n\n\n<p>DAP juga antara yang menentang keras RUU355.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga belas, DAP juga menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat belas, cuba tanya DAP pandangan mereka tentang penggunaan kalimah Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan DAP tidak banyak beza dengan musuh Islam yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima belas, cuba lihat pemimpin DAP ketika bercakap menggunakan bahasa negara, Bahasa Melayu, berapa ramai yang boleh bercakap dengan baik atau fasih. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan pergi jauh, lihat percakapan mereka di Parlimen yang akan bersidang tidak lama lagi, termasuk Timbalan Speaker mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Keenam belas, DAP adalah pejuang tegar sekolah vernakular dan sekolah persendirian Cina berasaskan kaum, sehingga ramai pemimpin dan ahli mereka tidak dapat bertutur bahasa kebangsaan dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>DAP selalu berkata, mereka mendaulatkan agenda hidup bernegara. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar, sudah tentu, mereka menguasai agenda hidup bernegara seperti bahasa Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya banyak lagi contoh betapa DAP tidak begitu senang dengan sejarah negara ini yang mendaulatkan Islam dan Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini belum termasuk komik Superman Hew dan strategik Kristian Avangelis dalam DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, tidak usahlah pemimpin UMNO terus memuja DAP dan memaksa ahlinya mengundi DAP. Hentikanlah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli UMNO yang saya kenali, terlalu sukar untuk ubah persepsi atau imej mereka terhadap DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejarah \u2018hitam\u2019 DAP tetap terpahat dalam sanubarinya sampai bila-bila. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak boleh disucikan sekelip mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Tunggulah lama sikit, kalau mahu pun disucikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa hari ini DAP agak lunak dan mesra Islam? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebab mahu menjaga hati UMNO, agar UMNO kekal dalam PH buat sementara menunggu PRN tidak lama lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau DAP berani, cuba berlagak seperti dahulu? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah itu bererti DAP sudah berubah? Kita tunggu\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Ridhuan Tee Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terlalu terdesak hingga lupa &#8216;dosa-dosa besar&#8217; DAP begitu saja Kalau dahulu No DAP, sekarang Yes DAP. Kalau dahulu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15611,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-15610","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15610"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15612,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15610\/revisions\/15612"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15611"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}