{"id":15656,"date":"2023-05-26T14:17:09","date_gmt":"2023-05-26T14:17:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15656"},"modified":"2023-05-26T14:17:38","modified_gmt":"2023-05-26T14:17:38","slug":"air-kelantan-hasut-benci-kerajaan-negeri-supaya-tumbang-atau-hasut-kerajaan-pusat-supaya-bantu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/05\/26\/air-kelantan-hasut-benci-kerajaan-negeri-supaya-tumbang-atau-hasut-kerajaan-pusat-supaya-bantu\/","title":{"rendered":"Air Kelantan: Hasut Benci Kerajaan Negeri Supaya Tumbang Atau Hasut Kerajaan Pusat Supaya Bantu?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam berita ini, pihak kerajaan negeri telah jelaskan apa yang sedang kerajaan negeri buat sejak 2019 &#8211; yakni projek ganti jajaran paip lama &#8211; dijangka siap 2024 untuk fasa 4000km. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bakinya 4500 lagi memerlukan bajet tambahan RM1.2 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti yang kita sebut sebelum ini, masalah utama air di Kelantan adalah kekurangan loji rawatan air (LRA) dan jajaran paip lama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paip-paip lama berusia lebih 30 tahun &#8211; yang menggunakan teknologi paip besi yang pastinya berkarat dan mereput &#8211; menyebabkan kebocoran, karat dan sebagainya &#8211; menyebabkan air tidak sampai sepenuhnya kepada pengguna, dan ada yang menerima air karat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jumlah panjang paip adalah 8,500km dan setakat ini sudah menukar paip baharu membabitkan sepanjang 4,000km. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada lagi 4500 km yang belum diganti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">4500 km tu bukan sedikit, anggaran bajet diperlukan adalah RM1.2 bilion untuk baki 4500 km tersebut, dan tempoh masa untuk disiapkan pula mungkin 5-6 tahun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu belum dikira kos loji-loji yang perlu dibina sebanyak 40 buah loji di seluruh Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selagi paip air tak siap diganti, duk marah ke AKSB pun tak guna. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AKSB bukan boleh buat apa pun selain mengatasi masalah simptom sahaja&#8230; hantar tukang paip pun, tukang paip nak buat apa? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang kena repair adalah sistem paip air keseluruhan &#8211; itu yang sedang diusahakan kerajaan negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walhal benda ini patut dah setel sejak tahun 20 tahun dahulu lagi &#8211; namun tiada peruntukan untuk kerajaan negeri menjalankan penukaran paip lama. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peruntukan diterima pada hujung pentadbiran DS Najib dan pada 2019 baharu projek dapat dimulakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu pun hanya untuk menukar 4000 km paip daripada keseluruhan 8500 km.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menghasut rakyat Kelantan supaya memarahi AKSB dan kerajaan negeri pasal masalah air hanyalah satu plot usaha lawan politik PAS di Kelantan untuk meraih undi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Taktikal supaya mudah untuk menghasut adalah menimbulkan rasa marah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Orang sedang marah, mudah dihasut dan ditanak propaganda kebencian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya jika mereka ambil alih pentadbiran pun &#8211; akan terpaksa menyiapkan penukaran jajaran paip baharu lagi 4500km. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kurang lebih 5 tahun lagi akan ambil masa untuk siap. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi belum tentu&#8230;sebab belum ada peruntukan. Tak start lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tukar kerajaan atau tidak tukar, kena tunggu projek paip siap.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila orang marah pasal air, maka tugas menghasut lebih mudah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buktinya, tembak isu saguhati raya ALP AKSB saja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terus lunyai pihak AKSB kena serang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketua Pemuda PAS Kelantan yang cuba justify pun teruk kena bedil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Serangan ini takkan berhenti, kerana memanfaatkan sentimen marah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama macam DS Najib kena lah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nak bedil pasal kerja buat ekonomi, tak ada jalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka dimainkan sentimen kebencian agar rakyat menjadi marah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di main isu cincin Rosmah, Altantuya, beg tangan Rosmah dan sebagainya &#8211; supaya orang marah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lepas kemarahan menyala, mereka akan hasut sehingga rakyat tak nampak benda positif yang DS Najib sudah buat untuk rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama juga macam Muammar Gaddafi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rakyatnya tiada alasan pun untuk tumbangkan pemerintahan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tetapi ketika orang sedang marah (Arab Spring melanda), maka hasutan akan mudah membakar sentimen dan akhirnya Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri yang disaranya, dimajukannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekarang Libya tidak sekali-kali dapat dibangunkan pun oleh para penentang Gaddafi yang menghasut rakyat sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tengoklah wajah-wajah penghasut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka juga tidak akan mampu buat apa-apa pasal air Kelantan selagi perkara basic yang sangat kritikal itu tidak selesai &#8211; puncanya dendam politik lama kerajaan BN zaman dahulu kala. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tahun 1990 sudah ada projek mega untuk naik taraf sistem air Kelantan dengan empangan dan lojinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tapi kerajaan pusat waktu itu batalkan projek hanya kerana Kelantan jatuh kepada PAS &#8211; segala jentera mesin diangkut keluar &#8211; tidak meneruskan projek lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepatutnya para penghasut itu menghasut kerajaan pusat supaya segerakan bantuan, bajet all-out, segala jentera kerajaan pusat untuk selesaikan masalah air secara once and for all. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini mung pergi hasut rakyat benci kerajaan negeri, jadi apa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pihak kerajaan negeri, PAS dan AKSB juga kena reti juga bab politik persepsi dan politik kebencian. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan reti untuk balas perspsi dan kebencian, tetapi reti dalam ertikata untuk menghadapinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Paling utama adalah tidak membuka pintu fitnah walau apa keadaan sekalipun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penghasut akan cari cara nak &#8216;bongkar&#8217; bagi nampak buruk walaupun tu ikut prosedur atau tidak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu kerja mereka. Kerja anda pula, jangan buat benda yang boleh menimbulkan fitnah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau buat benda betul, barulah tak perlu bersusah payah pusing ayat untuk melipat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebenaran itu sendiri akan beri jawapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam berita ini, pihak kerajaan negeri telah jelaskan apa yang sedang kerajaan negeri buat sejak 2019 &#8211; yakni<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15657,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-15656","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15656","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15656"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15656\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15658,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15656\/revisions\/15658"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15657"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15656"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15656"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15656"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}