{"id":1581,"date":"2020-09-10T08:06:21","date_gmt":"2020-09-10T08:06:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1581"},"modified":"2020-09-10T08:06:23","modified_gmt":"2020-09-10T08:06:23","slug":"slogan-sawit-anugerah-tuhan-lebih-universal-berbanding-sayangi-sawitku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/10\/slogan-sawit-anugerah-tuhan-lebih-universal-berbanding-sayangi-sawitku\/","title":{"rendered":"Slogan \u2018Sawit Anugerah Tuhan\u2019 Lebih Universal Berbanding \u2018Sayangi Sawitku\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Slogan baharu kempen penerangan sawit, \u2018Sawit Anugerah Tuhan\u2019 yang ditukar daripada \u2018Sayangi Sawitku\u2019 adalah lebih bersifat universal dan boleh diterima pakai di seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin berkata melalui slogan baharu itu, kementerian turut yakin akan dapat menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di rantau Timur Tengah, Asia Tenggara dan juga negara-negara di benua Afrika.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kerajaan akan terus memperkasakan usaha strategik sedia ada dan akan membuat penambahbaikan ke atas dasar yang telah dilaksanakan sebelum ini, dengan beberapa pendekatan yang berbeza.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan baharu ini akan didokong dengan slogan baharu iaitu Sawit Anugerah Tuhan atau \u2018Palm Oil is a God Gift\u2019 yang lebih universal dan pada masa sama, kementerian juga akan memperkukuhkan pasaran-pasaran sedia ada dengan pendekatan yang lebih mantap,\u201d katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris yang ingin tahu mengenai usaha strategik penggunaan slogan baharu itu bagi menggantikan \u2018Sayangi Sawitku\u2019 sebagai langkah memperkasakan eksport agro-komoditi itu dan menangani kempen anti kelapa sawit dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai usaha menangani kempen anti sawit di negara EU, Willie berkata kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah promosi melalui Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi meningkatkan kebolehpasaran produk sawit ke negara-negara EU.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAktiviti promosi ini juga telah melibatkan kerjasama daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Eropah khususnya bagi perkara yang melibatkan perhubungan antara kerajaan, serta penglibatan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam aspek pemasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia juga telah mengadakan kerjasama khususnya dalam bidang penyelidikan, kemampanan dan pekebun kecil, contohnya dengan Perancis, Belanda dan United Kingdom,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata perbincangan secara berterusan bersama dengan pihak berkepentingan di EU juga sedang giat dijalankan bagi menyelesaikan isu persepsi negatif terhadap minyak sawit, menerusi misi ekonomi, selain promosi minyak sawit ke negara-negara EU.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMisi ini antara lain menyampaikan perkara mengenai hasil kajian saintifik minyak sawit yang membuktikan kebaikan sawit yang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi seperti Vitamin E dari Tocotrienol dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kita melihat sawit sebagai salah satu anugerah tuhan yang banyak nilai nutrisi, maka kita haruslah menghargai sawit dan tidak seharusnya didiskriminasi negara-negara lain dan pengguna di seluruh dunia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Slogan baharu kempen penerangan sawit, \u2018Sawit Anugerah Tuhan\u2019 yang ditukar daripada \u2018Sayangi Sawitku\u2019 adalah lebih bersifat universal dan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1582,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[8],"tags":[19],"class_list":["post-1581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-dalam_negeri","tag-dalam_negeri"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1583,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1581\/revisions\/1583"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}