{"id":15867,"date":"2023-06-09T04:31:32","date_gmt":"2023-06-09T04:31:32","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15867"},"modified":"2023-06-09T04:31:34","modified_gmt":"2023-06-09T04:31:34","slug":"pas-bukan-sekadar-sebuah-parti-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/09\/pas-bukan-sekadar-sebuah-parti-politik\/","title":{"rendered":"PAS Bukan Sekadar Sebuah Parti Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Apa maknanya apabila dikatakan PAS bukan sekadar sebuah parti politik? <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO, BERSATU, PKR dan PAN adalah benar kalau dikategorikan sebagai parti politik mutlak. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti-parti tersebut hanya bergerak dari sudut politik kerana dilahirkan untuk mencapai kuasa politik semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana pula dengan PAS?<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat Malaysia mengenali PAS sebagai sebuah parti politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu yang beragama Islam sendiri pun melihat PAS dari perspektif yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Keberadaan PAS mereka sedari dengan jenama parti, Parti Islam Se-Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantas dalam minda mereka PAS hanyalah sebuah parti politik seperti parti-parti yang disebutkan tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana mereka sangat membenci PAS atau tidak pernah ingin memahami wadah perjuangan PAS, maka terkeluarlah kata-kata PAS penunggang agama, PAS menggunakan agama untuk kepentingan politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana mungkin penunggang agama membasmi judi di negeri-negeri yang kuasainya sedangkan UMNO, PKR dan PAN tidak sudi melakukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana mungkin penunggang agama menentang konsert liar dan LGBT, sedangkan di luar sana mereka terkinja-kinja menjemputnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana mungkin penunggang agama menentang Oktoberfest yang mempromosikan arak secara terbuka sedangkan mereka kelu untuk membantahnya?<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik semua realiti itu, mereka gagal menamakan sebuah parti lain selain PAS yang memperjuangkan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa mereka tidak berani menyebut PKR? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kerana ketuanya terkait dengan sodomi, LGBT dan pluralism? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa mereka tidak berani menyebut PAN? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kerana mereka sedar PAN hanya terompah DAP? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa mereka tidak berani menyebut UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kerana judi dan kilang arak tumbuh bagai cendawan dalam sejarah lebih setengah abad UMNO memerintah negeri dan negara?<\/p>\n\n\n\n<p>PAS sebenarnya sebuah harakah Islamiyyah atau gerakan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan PAS dalam politik hanyalah salah satu kaedah gerakan Islam ini bergerak. <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Islam? <\/p>\n\n\n\n<p>Gerakan Islam adalah satu gabungan ummah yang bertujuan mendaulatkan Islam secara praktikal, menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran, bergabung tenaga dan pemikiran umat Islam di seluruh dunia dan menitiberatkan soal-soal kebajikan ummah. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila mereka tidak mengenali PAS dari dalam maka mereka berpanasaran dari luar. Itulah hakikatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai gerakan Islam, PAS bergerak melalui empat elemen penting; politik, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Keempat-empat elemen ini saling berkait dan lengkap-melengkapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Semuanya bermatlamat untuk mendaulatkan Islam; menjadikan masyarakat hidup sejahtera dengannya walaupun berbeza agama dan budaya dalam masyarakat majmuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, musuh seagama mendajalkan PAS sebagai penunggang agama manakala Islamophobia DAP pula memomokkan PAS bagai Taliban ke dalam masyakat non-muslim.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhir-akhir ini kita bersyukur kerana masyarakat Islam mula sedar akan kesilapan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Anak-anak muda Islam terutamanya telah berjinak-jinak dengan PAS setelah mereka melihat kepalsuan yang dibawa oleh parti dan pemimpin-pemimpin Melayu UMNO, PKR dan PAN. <\/p>\n\n\n\n<p>Benarlah janji Allah bahawa Islam pasti menang walaupun tidak terjangkau oleh akal manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Masanya tidak lama lagi akan tiba sama ada sempat dilihat oleh tuan-tuan guru kita yang sudah berusia atau akan berlaku di zaman anak-anak muda kini yang meneruskan legasi perjuangan suci.<\/p>\n\n\n\n<p>Salam Muhammad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apa maknanya apabila dikatakan PAS bukan sekadar sebuah parti politik? UMNO, BERSATU, PKR dan PAN adalah benar kalau<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[53],"tags":[79],"class_list":["post-15867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pas","tag-pas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15869,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15867\/revisions\/15869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}