{"id":15921,"date":"2023-06-11T07:49:57","date_gmt":"2023-06-11T07:49:57","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15921"},"modified":"2023-06-11T07:49:59","modified_gmt":"2023-06-11T07:49:59","slug":"ini-gelombang-rakyat-ia-mampu-gegarkan-putrajaya-muhyiddin-bidas-kit-siang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/11\/ini-gelombang-rakyat-ia-mampu-gegarkan-putrajaya-muhyiddin-bidas-kit-siang\/","title":{"rendered":"Ini \u2018Gelombang Rakyat\u2019, Ia Mampu Gegarkan Putrajaya: Muhyiddin Bidas Kit Siang"},"content":{"rendered":"\n<p>Sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah \u2018gelombang rakyat\u2019 di seluruh negara yang mahu perubahan dan pembaharuan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi PN itu berkata tindakan pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang melabel sokongan rakyat kepada PN semasa PRU-15 sebelum ini adalah \u2018gelombang hijau\u2019 dilihat cuba menakutkan pengundi kaum lain dan mempunyai niat tidak baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenyataan itu dibuat bukan berniat baik, ia ada gelombang tetapi bukan gelombang hijau yang dimaksudkan seperti Lim Kit Siang katakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGelombang itu adalah gelombang rakyat yang mahukan perubahan dan pembaharuan selepas PRU-15 dan sekarang ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,\u201d katanya semasa ceramah perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, Negeri Sembilan malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk rekod, Kit Siang sebelum ini mendakwa keputusan PRU-15 lalu adalah \u2018gelombang hijau\u2019 ekoran kebangkitan orang Melayu yang majoriti menyokong PN yang terdiri daripada PAS dan Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kit Siang berkata demikian sebagai reaksi balas melihat sokongan padu kaum Melayu yang diperoleh PAS dan Bersatu sehingga UMNO mengalami kekalahan memalukan dalam sejarah negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu menggesa rakyat bangkit untuk meneruskan gelombang kebangkitan tersebut pada PRN kali ini bagi mengajar kerajaan campuran yang dilihat gagal menunaikan janji mereka sehingga hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiar kita ajar dia betul-betul nanti\u2026 Ini sebagai satu referendum walaupun bukan satu pungutan suara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni berdasarkan peti undi, peti undi ini juga akan memberi keputusan yang boleh menggegarkan Putrajaya kerana dia tahun rakyat sudah marah\u2026 Rakyat tak boleh tahan hidup sebegini, daif dan seksa,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin juga berkata kerajaan campuran hari ini gagal mencari formula yang terbaik untuk membantu dan meringankan beban rakyat, ia walaupun semasa kempen sebelum ini banyak mengeluarkan retorik kononnya akan membantu rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTak ada satu idea, banyak formula-formula tapi tidak ada apa\u2026 Bercakap selalu, tapi lepas itu tak laksanakan\u2026 Bohong seribu kali bohong,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang karier politiknya, Muhyiddin berkata kali ini pertama beliau melihat sebuah kerajaan yang hanya pandai cakap tetapi tidak tahu mentadbir sebuah negara dengan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tak pernah keadaan sebuah kerajaan dimana ramai pemimpin cakap tapi tak serupa bikin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin juga membangkitkan berhubung janji sebelum ini untuk menurunkan harga minyak dengan memberi alasan kononnya tidak menjadi Perdana Menteri tidak boleh turunkan harga minyak tetapi apabila sudah menjadi ketua kerajaan pun masih gagal menurunkan harga minyak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYa, tuan-tuan tahu kenapa minyak tak turun, pasal saya bukan Perdana Menteri\u2026 Cuba esok kita menang, esok saya jadi Perdana Menteri, esok juga saya turunkan harga minyak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEnam bulan tunggu, satu sen pun tak turun,\u201d sindir Muhyiddin kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan kerajaan campuran, Muhyiddin berkata sekiranya PN membentuk kerajaan sebelum ini, sudah pasti semua janji yang dibuat dalam manifesto kepada rakyat akan ditunaikan sebaik membentuknya barisan Kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau hari itu tak silap terbentuk sebuah kerajaan Perikatan Nasional, segala apa yang kita janji yang kita tahu boleh laksana akan kita tunaikan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Muhyiddin juga menggesa agar semua pengundi khususnya kaum Melayu keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN nanti dan memastikan peratusan pengundi yang keluar tinggi jika mahu melihat PN menang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau sekiranya pengundi Melayu terutamanya keluar beramai-ramai seratus peratus di setiap pusat daerah mengundi yang ada pengundi Melayu, nanti tuan-tuan tengok keputusannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua kerusi kita akan sapu bersih dan mudah kita bentuk kerajaan selepas ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah \u2018gelombang rakyat\u2019 di seluruh negara<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15922,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-15921","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15921","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15921"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15921\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15923,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15921\/revisions\/15923"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15922"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15921"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15921"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15921"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}