{"id":15930,"date":"2023-06-12T06:56:00","date_gmt":"2023-06-12T06:56:00","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=15930"},"modified":"2023-06-12T06:56:03","modified_gmt":"2023-06-12T06:56:03","slug":"tanah-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/12\/tanah-melayu\/","title":{"rendered":"Tanah Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p>\u200bJika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian apabila British mengada perjanjian dengan Siam di Bangkok pada tahun 1909, empat buah negeri Melayu, iaitu Patani, Singgora, Menara dan Yala di selatan Siam, diserah kepada Siam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak British mendakwa bahawa Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diletak di bawah naungan British.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian ini dibuat oleh British tanpa rundingan dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada laporan berkenaan pandangan Raja-Raja Melayu terhadap perjanjian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka terhilanglah sebahagian dari Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Di selatan pula terdapat Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian dari negeri Johor. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila Belanda menyerang dan menjajah kepulauan yang sekarang dikenali sebagai Indonesia, mereka menawan juga Kepulauan Riau.<\/p>\n\n\n\n<p>Johor tidak membantah kerana Belanda terlalu kuat. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kepulauan Riau menjadi wilayah Indonesia apabila negara itu merdeka dan semua wilayah yang ditawan oleh Belanda diiktiraf sebagai sebahagian dari Indonesia.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka terhilanglah Kepulauan Riau sebagai sebahagian dari Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 1819 British membeli pulau Singapura atau Temasek dari Temenggung Johor, dengan harga dolar Sepanyol sebanyak 60,000. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi amalan biasa apabila kuasa Eropah menamatkan penaklukan wilayah takluk mereka selepas perang dunia kedua wilayah berkenaan dikembalikan kepada negara asalnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan perkataan lain Singapura hendaklah dikembali kepada Johor, satu daripada negeri Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa British menjajah Singapura, ramai orang bangsa Cina dan India diterima masuk sebagai pemastautin tetap. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya hampir seluruh pulau Singapura diduduki dan dimiliki oleh orang Cina.<\/p>\n\n\n\n<p>Pentadbiran kolonial British akui bahawa Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Seperti yang disebut di atas apabila penaklukan British tamat, wilayah yang dijajah oleh mereka, diserah balik kepada negara asal wilayah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah niat British dan itulah juga kehendak Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu apabila penjajahan tamat, Singapura kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya penduduk Cina Singapura menimbulkan masalah politik dalam negara Malaysia yang baru didirikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak bersetuju dengan syarat-syarat kemerdekaan Malaysia, iaitu keistimewaan bagi penduduk asal Tanah Melayu, iaitu orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tuntut hak sama rata dengan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Berhadapan dengan masalah ini, pemerintah Malaysia yang merdeka memutus untuk pisahkan Singapura dari Malaysia dan mengiktiraf Singapura sebagai negara bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan itu hilanglah sebahagian lagi dari Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua kehilangan kawasan Tanah Melayu berlaku tanpa apa-apa bantahan oleh orang Melayu atau raja-raja mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang Tanah Melayu sudah jadi amat kecil. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia terhad kepada semenanjung ini sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Negeri-negeri yang masih ada ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan Pahang dan Johor.<\/p>\n\n\n\n<p>Wilayah yang dahulu ditakluk oleh British iaitu Melaka dan Pulau Pinang kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini sahajalah yang tinggal sebagai Tanah Melayu sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi walaupun masih dikenali sebagai Tanah Melayu, sebenarnya tidak banyak lagi tanah Melayu yang dimiliki oleh orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebabnya di zaman British terutamanya, ramai orang asing berhijrah ke Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang Melayu tidak bantah walaupun pada satu masa jumlah orang asing lebih ramai dari orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yang datang dari negara China dan India, meringankan beban orang Melayu kerana mereka bersedia membuat kerja-kerja yang berat, kotor dan merbahaya yang tidak sanggup dibuat oleh orang Melayu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendatang asing ini juga mengadakan perniagaan dan perusahaan yang memperkayakan Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tumpuan orang Melayu ialah kepada jawatan bergaji Kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan dipegang oleh orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah pendatang asing tinggal lama di Tanah Melayu maka mereka pun diberi kerakyatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai rakyat Tanah Melayu kuasa politik pun diperolehi oleh mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi orang asing ini tidak dapat taraf kerakyatan sama rata dengan orang Melayu kerana mereka kekalkan kaitan mereka dengan negara asal mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka menguasai ekonomi dan kekayaan yang dapat mempengaruhi politik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Tanah Melayu tidak ada sekatan terhadap siapa sahaja dalam pemilikan tanah. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah menjadi kaya banyaklah tanah yang dibeli oleh puak pendatang dan keturunan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjual tanah menjadi punca pendapatan orang Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanah, jika tidak dijual akan kekal selama-lamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika dijual, duit yang didapati tidak kekal. <\/p>\n\n\n\n<p>Duit akan habis apabila dibelanja.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apabila tanah dijual dan duit yang didapati habis dibelanja, penjual tanah akan jadi lebih miskin. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada yang boleh dijual selain dari tenaga yang ada di tubuh badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pilihan yang ada pada orang yang miskin ialah dengan menjual tenaga sebagai pekerja buruh atau menjadi pengemis yang meminta-minta. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak sanggup bekerja dan dengan itu menjadi pengemis, kehidupan di dunia tentulah amat menekan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlulah dijelas apa nasib pengemis. <\/p>\n\n\n\n<p>Agak terlalu lewat untuk mengembalikan tanah yang dahulu dimiliki oleh orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>DR MAHATHIR BIN MOHAMAD<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u200bJika kita teliti sejarah orang Melayu, kita terpaksa akui bahawa sepanjang zaman tanah air orang Melayu merosot kawasannya.<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":15931,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-15930","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15930","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15930"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15932,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15930\/revisions\/15932"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}