{"id":16097,"date":"2023-06-20T14:58:42","date_gmt":"2023-06-20T14:58:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16097"},"modified":"2023-06-20T14:58:45","modified_gmt":"2023-06-20T14:58:45","slug":"kenapa-dap-melatah-isu-pemilikan-tanah-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/20\/kenapa-dap-melatah-isu-pemilikan-tanah-pulau-pinang\/","title":{"rendered":"Kenapa DAP Melatah Isu Pemilikan Tanah Pulau Pinang?"},"content":{"rendered":"\n<p>Apologetik DAP yang melompat melatah terhadap isu pemilikan tanah di Pulau Pinang, seolah-olah memberitahu bahawa mereka terlibat langsung dengan situasi tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan kandungan dimuat naik di media sosial PAS itu langsung tidak menyebut parti tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kegelisahan direaksikan DAP itu mungkin mewakili bidalan &#8216;siapa makan cili, dia terasa pedas&#8217;? <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal semua data dan fakta dikemukakan dalam status muat naik tersebut berupa peringatan khususnya kepada kaum Melayu agar tidak sewenang-wenangnya menjual tanah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penjajahan bumi Palestin oleh Yahudi Zionis berpunca awal dari jual-beli pemilikan tanah yang dinyatakan artikel ringkas itu adalah contoh dan pengajaran termasyhur serta bukti sejarah paling diketahui oleh segenap lapisan masyarakat dunia; &#8216;bangkai gajah&#8217; ini mustahil ditutup.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, terdapat begitu banyak kajian penyelidikan institusi dan akademik yang sama selari dengan penyataan dikemukakan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan mereka juga tidak terlepas memetik pengajaran serupa yang berlaku di Palestin itu sebagai rujukan nyata dan wacana semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak bila memberi nasihat dan waspada untuk mempertahankan diri dan hak dari unsur muslihat, pemerdayaan, penindasan dan pencerobohan menjadi satu kesalahan? <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak bila memperjuangkan kepentingan awam dan kemanusiaan seperti itu diheretkan sebagai sikap perkauman dan agama yang sempit?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kecaman DAP terhadap penyataan tersebut, sebagai satu bentuk penafian atau cubaan menutup perbuatan seumpama yang mereka lakukan di Pulau Pinang? <\/p>\n\n\n\n<p>Ibarat pencuri yang menjerit &#8216;pencuri&#8217; di khalayak ramai untuk melepaskan dirinya dari tertangkap?<\/p>\n\n\n\n<p>Atau seperti orang yang gigih melabel pihak lain kleptokrat dan perompak serta mengamalkan rasuah, tetapi dia juga menyakau dan menyalahguna kuasa? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau berkawan mesra dan cuba saling mensucikan setiap penjahat dan kejahatannya tanpa dibersihkan menerusi proses mahkamah?<\/p>\n\n\n\n<p>Hakikatnya DAP telah mencipta tuduhan dangkal lagi jahat dan mengulangi perangai melampau dengan menyentuh sensitiviti dan meletuskan provokasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Melayu &#8216;tidak mudah lupa&#8217; bahawa hampir setiap ucapan dan tindakan DAP seringkali menggugat dan mengancam.<\/p>\n\n\n\n<p>Selama ini tonggak, maruah dan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air ini bukan sahaja dipertikai, tetapi juga sering diperlekeh dan pernah dihina oleh DAP. <\/p>\n\n\n\n<p>Malanglah, mereka yang bersekedudukan dengan parti cauvinis itu apatah lagi menjadi alat dipergunakan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini gerakan politik DAP di Pulau Pinang sebenarnya berselindung di sebalik pembangunan dibawa yang mana merupakan satu bentuk perbandaran kolonial dan penghapusan kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan menyangka bahawa PAS naif atau tidak mengerti percaturan yang DAP mainkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara khusus, Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat dipengerusikan YB Dato&#8217; Haji Ahmad Amzad Hashim dan dianggotai pelbagai kepakaran bidang-bidang berkaitan begitu memantau helah DAP dalam perkara-perkara tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>ISZUREE IBRAHIM<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha<\/p>\n\n\n\n<p>PAS Negeri Pulau Pinang<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pengerusi<\/p>\n\n\n\n<p>Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apologetik DAP yang melompat melatah terhadap isu pemilikan tanah di Pulau Pinang, seolah-olah memberitahu bahawa mereka terlibat langsung<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16098,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[122],"tags":[123],"class_list":["post-16097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pulau-pinang","tag-pulau-pinang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16099,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16097\/revisions\/16099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}