{"id":16164,"date":"2023-06-23T10:54:19","date_gmt":"2023-06-23T10:54:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16164"},"modified":"2023-06-23T10:54:22","modified_gmt":"2023-06-23T10:54:22","slug":"almarhum-fadzil-noor-dan-kesetiaan-bersama-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/23\/almarhum-fadzil-noor-dan-kesetiaan-bersama-kedah\/","title":{"rendered":"Almarhum Fadzil Noor Dan Kesetiaan Bersama Kedah"},"content":{"rendered":"\n<p>Apabila diminta menulis tinta kenangan Almarhum Dato\u2019 Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor, saya teringatkan satu kisah yang sentiasa menjengah di fikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Cerita itu membuktikan kesetiaan Almarhum untuk terus berbakti di negeri kelahirannya, Kedah Darul Aman.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam menghadapi persiapan PRU 1995, perbincangan di peringkat PAS Pusat mula tertumpu untuk memastikan Almarhum turut dapat beraksi di Dewan Rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kelantangan, kelancaran serta kepetahan beliau berhujah sememangnya menjadi igauan musuh politiknya dan itulah kekuatan yang didambakan PAS iaitu untuk memastikan Presidennya berada dalam sebahagian majlis Parlimen.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah DUN Kedah menyaksikan khidmat bakti beliau selama empat penggal berturut-turut, waktu itu dilihat adalah masa terbaik Almarhum berpencak pula di pentas Parlimen.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas melalui perbincangan yang kritikal dengan pelbagai lontaran pandangan dibangkitkan, ahli mesyuarat bersetuju memberikan kerusi selamat di Negeri Kelantan bagi membolehkan Almarhum menyertai keanggotaan Dewan Rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pandangan tersebut diterima dengan penuh hati termasuklah Bendahari PAS Pusat, Ustaz Halim Abd Rahman (Almarhum)&nbsp; merangkap Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Almarhum Ustaz Fadzil menolak cadangan untuk bertanding di luar Negeri Kedah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bimbangkan perkara ini akan dijadikan modal isu kepada musuh dan akan memberikan kesan besar kepada moral perjuangan kepimpinan dan ahli PAS di Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Almarhum tekad menumpahkan baktinya di Negeri Kedah meskipun kepimpinan tertinggi PAS di seluruh negara bersedia menerima dan mendukung beliau untuk bertanding di kawasan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>PRU 1995 menyaksikan beliau bersama-sama Almarhum Ustaz Azizan Abd Razak mengukuhkan perjuangan&nbsp;<em>siasatuddakwah<\/em>&nbsp;PAS Kedah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah gandingan yang merubah landskap politik di Kedah yang kelihatan dengan jelas selepas tiga dekad kemudiannya, zaman yang sedang kita tempuhi hari ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Suatu ketika PAS Kedah tumbuh dan berkembang di sebalik institusi pengajian agama, namun masyarakat masih samar-samar dalam memberikan sokongan terhadap perjuangannya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini PAS di Kedah telah meresap dalam kehidupan anak muda dan menerima sokongan setiap lapisan masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan terhadap PAS di Kedah bukan lagi sesuatu yang asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya berpandangan inilah keberkatan dalam perjuangan yang disambung daripada generasi kepada generasi dan Almarhum Ustaz Fadzil adalah antara tokoh yang mencorak legasi rantai perjuangan tersebut.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kecekalan Almarhum memperjuangkan Islam di bumi bertuah Kedah Darul Aman ini seakan telah dan sedang berbuah yang dinikmati sejahteranya oleh generasi kini.<\/p>\n\n\n\n<p>Institusi agama dan para tuan guru pondok kekal menjadi identiti utama Negeri Kedah dan mereka jualah yang meneruskan legasi perjuangan Islam di Kedah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat berterima kasih kepada tuan-tuan guru pondok kerana sentiasa memberikan sokongan kepada pentadbiran YAB Dato\u2019 Seri Haji Muhammad Sanusi selama kita mentadbir negeri ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p><em>Alhamdulillah<\/em>, berkat kesetiaan Almarhum Ustaz Fadzil bertahan di Kedah suatu ketika dahulu, PAS semakin relevan di negeri ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>PRU yang lalu kita\u00a0<em>perosah<\/em>\u00a0habis kerusi Parlimen di Kedah kecuali Sungai Petani.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p><em>Insya-Allah<\/em>\u00a0PRN yang bakal menjelang nanti akan mempamerkan kekuatan yang sama\u00a0<em>insya-Allah<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai kejayaan berjaya dirintis Kerajaan PAS-PN di Kedah walaupun dalam tempoh yang singkat tambahan lagi berdepan cabaran pandemik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaburan melebihi RM90 bilion dalam tempoh tiga tahun, KDNK Negeri 2021 berada dalam senarai&nbsp;<em>\u2018top five\u2019&nbsp;<\/em>dan premis perjudian dihapuskan dengan tegas berkuatkuasa 1 Januari 2023.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini kejayaan yang telah dirintis oleh perjuangan Almarhum. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah jua sebahagian daripada usaha menyambung legasi perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil dan\u00a0<em>insya-Allah<\/em>\u00a0akan diteruskan oleh generasi seterusnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga Mujahid Ulung Almarhum Dato\u2019 Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor tenang di sana&nbsp;<em>insya-Allah<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p>DATO\u2019 USTAZ AHMAD YAHAYA<br>Pesuruhjaya<br>PAS Negeri Kedah<br>Ahli Parlimen Pokok Sena<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila diminta menulis tinta kenangan Almarhum Dato\u2019 Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor, saya teringatkan satu kisah yang sentiasa<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16165,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[9],"tags":[37],"class_list":["post-16164","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sejarah","tag-sejarah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16164","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16164"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16164\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16166,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16164\/revisions\/16166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16165"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16164"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16164"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16164"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}