{"id":16176,"date":"2023-06-24T18:22:40","date_gmt":"2023-06-24T18:22:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16176"},"modified":"2023-06-24T18:22:43","modified_gmt":"2023-06-24T18:22:43","slug":"pn-selangor-rangka-strategi-tembusi-kerusi-hitam-milik-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/24\/pn-selangor-rangka-strategi-tembusi-kerusi-hitam-milik-dap\/","title":{"rendered":"PN Selangor Rangka Strategi Tembusi Kerusi \u2018Hitam\u2019 Milik DAP"},"content":{"rendered":"\n<p>Perikatan Nasional (PN) mengintai peluang menembusi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik DAP di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun mengakui ada dalam kalangan kerusi terbabit berstatus \u2018hitam\u2019 dan sukar ditembusi, Setiausaha Badan Perhubungan Negeri PN Selangor Dr. Afif Bahardin, berkata pihaknya ada formula untuk menjernihkan kembali kerusi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan formula terbabit, sebaliknya menyenaraikan Kinrara, Bandar Utama, Subang Jaya antara beberapa kerusi DUN milik DAP yang dilihat berstatus \u2018hitam\u2019 atau dilabel \u2018kerusi totok\u2019 PH.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain tiga yang disenarai, 12 kerusi DUN dikuasai DAP di Selangor adalah Sekinchan, Kuala Kubu Bharu, Dusun Tua, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasin, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Dr. Afif berkata PN Selangor sedang mengenal pasti calon berkaliber bagi mengisi \u2018kerusi hitam\u2019 berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah tentu PN Selangor akan masuk ke semua 56 kerusi DUN ini untuk menang, tiada yang masuk untuk kalah dan di kerusi disebutkan itu kita sedang \u2018menilai\u2019 calon yang ada (potensi).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kita masuk ke semua kerusi atas nama PN kerana kita yakin jenama PN ini memberi satu harapan baharu kepada rakyat Selangor berbanding gabungan PH dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami jelas, logo PN mula diguna sejak PRN Sabah, dapat sambutan malah semakin meningkat. Harapan kami, jumlah pengundi yang keluar adalah tinggi kerana kalau jumlah keluar tinggi, (sudah pasti) tinggilah sokong kepada PN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sedemikian sewaktu sidang media PN Selangor yang turut dihadiri Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dan Setiausaha Gerakan Selangor, Chai Ko Ting.<\/p>\n\n\n\n<p>Ko Thing yang berkongsi pandangan sama menjelaskan \u2018kerusi hitam\u2019 didominasi DAP hari ini pernah dikuasai oleh MCA suatu ketika dahulu, lantas tidak mustahil ia mampu ditembusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam soal kerusi majoriti masyarakat Cina, kerusi itu dilabelkan \u2018kerusi hitam\u2019 tetapi seperti Dr Afif cakap, tiada yang mustahil dalam politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni kerana sebelum 2008, itulah kubu kuat BN-MCA dan MCA juga menang (semua kerusi itu), begitu juga kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMasanya sudah tiba. Mungkin pengundi di kawasan itu akan beri kita kepercayaan (tidak mustahil PN ada peluang menang).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami juga ada buat kajian, ada terdapat ketidakpuasan dalam masyarakat Cina terhadap DAP,\u201d katanya tanpa mengulas lanjut punca ketidakpuasan hati itu<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) mengintai peluang menembusi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik DAP di Selangor dalam Pilihan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16177,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-16176","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16176","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16176"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16176\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16178,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16176\/revisions\/16178"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16177"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16176"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16176"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16176"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}