{"id":16188,"date":"2023-06-25T10:06:28","date_gmt":"2023-06-25T10:06:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16188"},"modified":"2023-06-25T10:06:30","modified_gmt":"2023-06-25T10:06:30","slug":"gurauan-tak-bertempat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/25\/gurauan-tak-bertempat\/","title":{"rendered":"Gurauan Tak Bertempat"},"content":{"rendered":"\n<p>Gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun pada satu sesi dialog di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam mengundang kritikan umum.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>Memetik laporan Malaysianow, Ketika Program Temu Anwar di Negeri Sembilan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata akan memikat pelajar yang bertanya soalan itu jika beliau masih muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memuji pelajar tersebut sambil menambah akan meminta nombor telefonnya sekiranya beliau masih muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif menyifatkan kenyataan seksis itu tidak seharusnya diucapkan seorang pemimpin tertinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa contoh terbaik perangai diskriminasi dan seksis ditunjukkan oleh seorang perdana menteri berusia 75 tahun kepada Adriana yang berusia 18 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApakah contoh yang diterapkan oleh PM kepada golongan belia? <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Yang seorang wanita yang cerdik dan mempunyai harapan boleh ditidakkan, sebaliknya menganggap mereka sebagai objek godaan?\u201d tanyanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sesi dialog itu, seorang pelajar Tingkatan 6 yang memperkenalkan dirinya sebagai Adriana melontarkan dua soalan berkisar kepada ekonomi dan kejatuhan ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar dalam jawapannya memuji remaja itu kerana menyampaikan soalan dengan kemas dan berkata: \u201cKalau saya muda, saya dah minta nombor telefon dah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Ia disambut pemuda yang menjadi pengerusi majlis: \u201cDatuk Seri dah dapat bagi dekat saya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sasha berkata Adriana mengemukakan soalan serius yang difikirkan dengan cermat dan berhak mendapat jawapan yang betul sebaliknya reaksi Anwar dilihat tidak kena, berbaur diskriminasi dan seksis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSudah tentu komen sama tidak diberikan sekiranya soalan sama dikemukakan oleh seorang lelaki.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKesimpulannya, seorang pemimpin, apatah lagi pemimpin sebuah negara, tidak boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu kepada pelajar dengan alasan hanya bergurau. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Anwar sepatutnya lebih tahu dan episod ini adalah cerminan tidak baik terhadap beliau,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sasha berkata tingkah laku Anwar bertentangan dengan konsep Madani dan slogan lain yang disampaikannya pada setiap forum dan ceramah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mempersoalkan sama ada pemimpin wanita dalam gabungan PH serta daripada kerajaan akan bersuara menentang contoh seksisme yang nyata itu oleh pemimpin mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka mesti bersuara untuk wanita atau bersedia dicap munafik,\u201d katanya sambil turut menggesa Anwar memohon maaf secara terbuka kepada pelajar itu dan mereka yang menghadiri program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan Anwar itu turut menerima kecaman di media sosial susulan gurauan itu dianggap tiak sesuai untuk diucapkan seorang pemimpin negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa satu jenaka tetapi adakah ia sesuai untuk pemimpin negara?\u201d soal Hazar di Twitter.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia pernah buat macam ini dulu dengan Amelia. <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sekarang dengan pelajar Tingkatan 6. Ini tak boleh. Dah banyak peringkat pun salah,\u201d kata Fatihah.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pengguna media sosial berkata apa yang diungkapkan oleh Anwar jelas termasuk di bawah kesalahan gangguan seksual.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau di office (pejabat), HR dah bagi \u2018sexual harrasment warning letter\u2019 (surat amaran gangguan seksual) dah\u2026setiap kali, and we keep letting him meet our youngsters (dan kita terus membiarkan beliau bertemu anak-anak muda).\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi berkata senario itu akan berbeza sekiranya pemimpin PAS yang mengeluarkan komen sedemikian kepada pelajar perempuan itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gurauan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun pada satu sesi dialog<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16189,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-16188","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16188","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16188"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16188\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16190,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16188\/revisions\/16190"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16189"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16188"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16188"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16188"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}