{"id":16198,"date":"2023-06-26T00:43:54","date_gmt":"2023-06-26T00:43:54","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16198"},"modified":"2023-06-26T00:43:56","modified_gmt":"2023-06-26T00:43:56","slug":"dari-mana-fenomena-ini-berlaku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/26\/dari-mana-fenomena-ini-berlaku\/","title":{"rendered":"Dari Mana Fenomena Ini Berlaku?"},"content":{"rendered":"\n<p>Momen yang dapat dilihat di 6 buah negeri yang akan melangsungkan pilihanraya tidak berapa lama lagi amat luar biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Program dan ceramah-ceramah PAS\/PN mencatat kehadiran yang memberangsangkan sama ada dianjurkan di peringkat DUN mahupun peringkat negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah satu fenomena yang menjadi indikator kebangkitan rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Amarah rakyat terhadap kegagalan menguruskan ekonomi serta pembohongan demi pembohongan yang tidak bertepi oleh PMX seolah-olah bom jangka yang akan menggegarkan kerajaan campuran pimpinan Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum PRU15, memang sudah kelihatan pola sokongan terutamanya oleh golongan muda terhadap PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun situasinya tidaklah menyeluruh dan melibatkan semua peringkat masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kini, setelah lebih 6 bulan terbentuknya kerajaan PHBN, perubahan mood rakyat semakin nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap golongan tidak segan-silu lagi bersama-sama dengan kebangkitan rakyat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja di Terengganu, Kelantan dan Kedah malah di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sendiri menunjukkan trend peralihan sokongan rakyat kepada PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, dari mana dan bagaimanakah fenomena ini berlaku? <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum PRU15 ahli dan penyokong UMNO percaya UMNO\/BN akan mencapai kemenangan besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Naratif yang dicipta oleh Zahid Hamid dan klusternya dipercayai oleh kelompok besar akar umbi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dilamunkan dengan 7 kemenangan berturut-turut dalam PRK sebelum itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menafikan kemenangan itu impak daripada pembentukan Muafakat Nasional dan sokongan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka merasakan bahawa UMNO telah kembali kepada kekuatan sebenarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perhimpunan Agung UMNO (PAU) menegaskan \u201cNo Anwar, No DAP\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi apa yang berlaku dalam masa tiga empat hari sebaik selesai PRU15 ialah pengkhianatan Zahid Hamidi kepada ahli-ahli UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang berlaku adalah pelanggaran sumpah atas nama Allah; Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Perbualan telefon antara \u2018guru dengan murid\u2019 yang dinafikan sebelumnya adalah munafik yang nyata. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun oleh kerana kuasa, akar umbi terimalah kerjasama dengan DAP asalkan dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan di Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sudut lain rakyat menantikan pelaksanaan agenda Reformasi yang sudah berpuluh-puluh tahun dilaungkan oleh Anwar dan PKR. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat yakin harga minyak, harga kereta dan kos hidup akan turun dengan adanya Raja Formula Rafizi sebagai Menteri Ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya Reformasi tidak berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Anwarlah PM. Anwarlah juga Menteri Kewangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi sudah dilihat sebagai badut yang sedang ditertawakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, orang Melayu lari beramai-ramai ke PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mula mendekati PAS dan BERSATU. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak percaya lagi kepada UMNO selepas tokoh-toboh besar yang banyak berjasa kepada parti digantung dan dipecat sesuka hati. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka melihat PN-lah sandaran baru perjuangan mendaulatkan agama dan bangsa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka yakin gandingan Tuan Guru Haji Hadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mengubah kemelut yang melanda bangsa dan negara sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah Melayu yang melakukan anjakan paradigma itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Siapakah Melayu yang menjadikan himpunan mega PN sekarang sebagai satu fenomena? <\/p>\n\n\n\n<p>Itulah Melayu dari UMNO dan Melayu yang selama ini menjadi pengundi atas pagar. <\/p>\n\n\n\n<p>Merekalah antara 2 juta ahli UMNO yang telah meninggalkan parti seperti disebutkan oleh Tan Sri Anuar Musa. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau bukan beromong-omong kosong seperti Ahmad Maslan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang rakyat telah melihat di lapangan bagaimana ahli dan penyokong UMNO sudah berada bersama-sama dalam perjuangan Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan 80% sokongan sekarang, PN hanya memerlukan 5% sahaja lagi untuk menggegarkan tiang seri Putrajaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu bubarkan UMNO Bahagian. <\/p>\n\n\n\n<p>Tak perlu bubarkan UMNO Cawangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Memadai diisi borang-borang keahlian. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua juta ahli telah meninggalkan kapal yang hampir karam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran mereka, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Muafakat nasional terhasil jua; walaupun dengan cara yang berlainan.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Momen yang dapat dilihat di 6 buah negeri yang akan melangsungkan pilihanraya tidak berapa lama lagi amat luar<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16199,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-16198","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16198"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16198\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16200,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16198\/revisions\/16200"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16199"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}