{"id":16223,"date":"2023-06-28T16:24:25","date_gmt":"2023-06-28T16:24:25","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16223"},"modified":"2023-06-28T16:24:28","modified_gmt":"2023-06-28T16:24:28","slug":"memahami-keputusan-mahkamah-p036-parlimen-kuala-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/28\/memahami-keputusan-mahkamah-p036-parlimen-kuala-terengganu\/","title":{"rendered":"Memahami Keputusan Mahkamah P036 Parlimen Kuala Terengganu"},"content":{"rendered":"\n<p>Semalam para penyokong PAS telah dikejutkan dengan satu keputusan yang menggegarkan semua iaitu pembatalan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyandangnya Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim telah dibatalkan kemenangannya oleh Yang Arif Hakim Datuk Seri Firuz Jaffril.<\/p>\n\n\n\n<p>Tulisan saya ini hanya untuk memberikan kefahaman kepada penyokong PAS sahaja atau kepada golongan yang mahu menerima maklumat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan bacaan kepada penyokong Umno-PH, kerana ia tiada keperluan untuk memahamkan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi musuh PAS keputusan ini adalah muktamad, tiada rayuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah sebelum berlangsung perbicaraan lagi, Datuk Haji Amzad sudah mereka letakkan di dalam penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya antara orang yang banyak menghabiskan masa mengikuti rapat perbicaraan bagi kedua-dua petisyen ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan juga untuk mempertikaikan keputusan hakim, kerana PAS bergerak atas dasar muajahah silmiyyah iaitu berhadapan secara damai. <\/p>\n\n\n\n<p>Buktinya ada kes yang PAS hadapi di mahkamah, walau ada yang dilihat tidak berpihak kepada PAS, PAS tetap menerimanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Juga sebelum ini, beberapa kes melibatkan keputusan pilihanraya seperti kerusi Kelaboran dan Sungai Pinang di Kelantan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dun Tanggul dan Bukit Payong di Terengganu serta banyak lagi kes seumpamanya telah PAS hadapi. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua kerusi ini PAS kalah beralasankan penghakiman yang memutuskan berlakunya pelanggaran peraturan dan pilihanraya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna, bukan kali pertama PAS kalah di mahkamah dalam kes petisyen PRU. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkebetulan pada hari yang sama, hakim di dalam satu keputusan berasingan, mengekalkan kemenangan Presiden PAS di kerusi Parlimen Marang, alhamdulillah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga kes Umno-PH kalah dalam tuntutan mereka, samada sewaktu mereka bersama mahupun sebelum itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat Malaysia diberikan peluang untuk merayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika kalah di Mahkamah Tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, PAS tidak menolak badan kehakiman, walau tidak sempurna dan adakalanya diselubungi kontroversi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Apa kesalahan Datuk Haji Amzad?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Tumpuan kita ialah berkenaan apa kesalahan Datuk Haji Amzad sehingga dibatalkan kemenangan beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada suara sumbang yang menuduh beliau telah melakukan perbuatan sogokan kepada pengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana tidak faham maka mereka membayangkan kelakuan Datuk Haji Amzad sebagaimana perbuatan memberikan rasuah oleh Umno dan PH yang telah dijatuhkan hukuman sebanyak 92 kes sehingga 2018 itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau bagaikan seseorang memberi rasuah kerana ingin mendapatkan kelulusan kontrak. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak, ia bukan begitu. Amat salah sekali fahaman itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Begini, Datuk Amzad diakui oleh hakim, tidak pernah memberikan apa-apa kepada pengundi. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini yang disebutkan dalam keputusan penghakiman. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi hakim menganggap Adun-Adun dalam Parlimen Kuala Terengganu, YBM Dato\u2019 Tengku Hassan Tengku Omar, YB Ustaz Muhammad Khalil, YB Ustaz Ahmad Shah, YB Ustaz Wan Sukairi sebagai ejen-ejen pilihanraya bagi Datuk Haji Amzad. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi hakim telah mengandaikan telah berlaku sogokan apabila ejen-ejen yang hakim katakan itu telah mengadakan majlis pembayaran i-Belia, i-Siswa dan seumpamanya yang kebetulannya terjadi dalam masa berkempen.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS pula tidak berfahaman begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ejen pilihanraya sepatutnya yang dilantik oleh PAS seperti wakil calon dan sebagainya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dana itu pula ialah bantuan kerajaan kepada rakyat yang sudah lama dipraktikkan manakala Adun-Adun adalah wakil kerajaan kerana Kerajaan Negeri belum dibubar. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, alasan peguam PAS yang mengatakan pemberian dana-dana itu adalah berkebetulan bertindih dengan jadual PRU, yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri lama sebelum PRU diisytiharkan lagi, tidak diterima hakim.<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan dalam penghakiman Parlimen Marang, hakim, Dato\u2019 Hassan, malah memuji Kerajaan Negeri Terengganu kerana memberikan bantuan sebegitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Langsung tidak timbul isu pemberian dana itu bertindih dengan tarikh PRU atau sebagai sogokan kepada pengundi oleh wakil rakyat Dun-Dun di Parlimen Marang atau sebagai ejen kepada Presiden PAS, calon PAS di Marang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekarang anda nampak bezanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Sama juga dalam Majlis Deepavali bersama kaum India beragama Hindu, Datuk Haji Amzad hadir, tetapi tidak menyerahkan apa-apa wang kepada tetamu yang hadir, orang lain yang melakukannya yang bukan ejen dilantik calon. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi hakim tidak menganggap begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, hakim menjelaskan telah berlaku sogokan atas dasar mahu mempengaruhi pengundi untuk mengundi Datuk Haji Amzad.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala kenyataan penyokong Umno sekeluarga yang mendakwa PAS merasuah pengundi bagi mempengaruhi mereka mengundi PAS berdekatan dengan pusat mengundi, ditolak hakim kerana terlalu rapuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi kita menerima keputusan YA Datuk Seri Firuz Jaffril itu dan akan PAS membuat rayuan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keputusan belum muktamad<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Hakim mempunyai kuasa penuh dalam mahkamah yang beliau hakimi. Sebarang bantahan, tidak akan dilayan. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi hakim juga adalah manusia, bisa terjadi khilaf dalam membuat keputusan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana itu, selalu dikatakan hakim telah terkhilaf dalam memutuskan hukuman dan mereka tidak akan menghukum hakim yang terkhilaf itu, kerana keputusannya itu menurut ilmu yang dia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau kita mudahkan, ia bagai ulamak yang tersalah ijtihad, tiada salahnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan jika benar tersalah tafsir, ia akan diperbetulkan oleh sekumpulan ulamak yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu Mahkamah Persekutuan yang bakal mengadili sekali lagi kes ini, akan dibuat di hadapan lima orang hakim yang akan menterjemahkan semula undang-undang menurut kebijaksanaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia bagaikan waktu menentukan bila jatuhnya 1 Syawal atau 1 Ramadan. Banyak caranya. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi apabila keputusan sudah disahkan, ia akan mengakibatkan perbuatan harus, iaitu makan disiang hari menjadi haram dan sebaliknya. Begitulah dalam hal ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak salah memberikan bantuan wang melalui dana-dana itu oleh orang yang berautoriti dari kerajaan seperti Adun-Adun dalam masa berkempen untuk Parlimen kerana Kerajaan Negeri belum terbubar.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tafsiran ejen itu oleh hakim menentukan salah atau tidak bantuan itu dibuat oleh Adun-Adun dalam masa berkempen. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini yang kita masih menanti tafsiran kedua oleh Mahkamah Persekutuan, samada benar Adun-Adun itu ejen calon atau bukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga keputusan rayuan dibuat, ahli dan penyokong PAS mohon bertenang. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika keputusan kekal bersalah, mungkin diadakan semula pengundian. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Datuk Haji Amzad tidak akan ke penjara sebagaimana kes DS Najib atau Zahid. Ini bezanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Haji Amzad juga tidak mahu semua ini berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada gunanya menyalahkan beliau atas apa yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, ngauman kemarahan kita itu, sebenarnya ditujukan kepada orang yang salah. <\/p>\n\n\n\n<p>Nanti hanya akan ditertawakan musuh kita yang sudah teramat gembira bagaikan histeria dengan keputusan mahkamah ini dan sekarang pula menyaksikan kita bergaduh sesama kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam para penyokong PAS telah dikejutkan dengan satu keputusan yang menggegarkan semua iaitu pembatalan keputusan PRU15 bagi Parlimen<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16224,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-16223","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16223","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16223"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16223\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16225,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16223\/revisions\/16225"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16224"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16223"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16223"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16223"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}