{"id":16227,"date":"2023-06-29T06:50:02","date_gmt":"2023-06-29T06:50:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16227"},"modified":"2023-06-29T06:50:04","modified_gmt":"2023-06-29T06:50:04","slug":"kaunselor-politik-kedutaan-jepun-bertemu-pas-p-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/29\/kaunselor-politik-kedutaan-jepun-bertemu-pas-p-pinang\/","title":{"rendered":"Kaunselor Politik Kedutaan Jepun Bertemu PAS P Pinang"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Kaunselor Politik Kedutaan Jepun, Masaaki Saito yang diadakan di Pejabat PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff yang mengetuai pertemuan tersebut telah ditanya pandangan mengenai perkembangan politik semasa di negeri ini dan negara amnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Masaaki, pihaknya melihat gelombang daripada perikatan pembangkang kini menggugat keupayaan pakatan pemerintah di mana pihaknya juga telah membuat pemerhatian di Kelantan, Kedah termasuk bertemu parti-parti dan tokoh politik lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Fauzi dalam menjelaskan situasi ketika ini berkata bahawa gelombang diterima PERIKATAN NASIONAL (PN) semakin memuncak termasuk di Pulau Pinang di mana momentum tersebut tidak terhenti sejak PRU15 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami lihat perkembangan positif ini memberi kebangkitan rakyat khususnya di kawasan-kawasan Melayu di mana di Pulau Pinang ini terdapat 15 DUN majoriti Melayu dan gelombangnya begitu terasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHinggakan ia mempengaruhi kerusi DUN campuran (penduduk pelbagai kaum). PAS dan BERSATU akan bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu ini dan parti kerjasama dari GERAKAN akan bertanding di kerusi campuran,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, dengan kerusi DUN Pulau Pinang mempunyai keseluruhan 40 kerusi, calon dari sayap bukan-Islam PAS iaitu Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) juga akan bertanding di tiga DUN campuran selain ahli bersekutu BERSATU.<\/p>\n\n\n\n<p>Yakini beliau, PN dengan mengandungi komposisi yang mewakili masyarakat majmuk Pulau Pinang mampu meraih majoriti mudah bagi mengambil alih pemerintahan kerajaan daripada DAP-Pakatan Harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, selama 15 tahun DAP telah gagal memberikan khidmat sepatutnya kepada rakyat berbanding pelbagai perkara mereka laungkan, oleh itu PN beriltizam mengambil alih bagi melaksanakan amanah dan keadilan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menjelaskan beberapa isu ditanya Masaaki melibatkan pandangan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim, sokongan orang muda menerusi media sosial serta aspek kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Bukhori Ghazali dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pulau Pinang, Mazlina Jamaluddin dan Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Abd Rahaman Kassim.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS Negeri Pulau Pinang telah menerima kunjungan daripada Kaunselor Politik Kedutaan Jepun, Masaaki Saito yang diadakan di Pejabat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16228,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-16227","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16227","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16227"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16227\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16229,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16227\/revisions\/16229"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16228"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16227"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16227"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16227"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}