{"id":16238,"date":"2023-06-30T06:24:26","date_gmt":"2023-06-30T06:24:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16238"},"modified":"2023-06-30T06:24:29","modified_gmt":"2023-06-30T06:24:29","slug":"tak-perlu-rayuan-prk-terus-bagi-parlimen-kuala-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/06\/30\/tak-perlu-rayuan-prk-terus-bagi-parlimen-kuala-terengganu\/","title":{"rendered":"Tak Perlu Rayuan, PRK Terus Bagi Parlimen Kuala Terengganu?"},"content":{"rendered":"\n<p>Keputusan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P036 masih belum melepasi tiga hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau bandingan orang dulu-dulu, ibarat seseorang mati, tanah kuburnya masih merah lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Masih terasa kecewa dengan keputusan itu, tetapi hakikat perjuangan, mesti kita teruskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menang, kalah, jatuh, bangun, kecewa, bahagia, perencah yang dirasai oleh semua para pejuang, tanpa memilih hanya yang seronok sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka bergemalah suara lawan yang mendakwa PAS parti rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia satu gema yang kita boleh fahami kerenah kurangnya peluru mereka bagi menembak PAS, jadi, apa sahaja yang dapat mereka capai akan mereka rangkul dan gunakan sebagai senjata bagi membelasah PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun hanya sebatang lidi yang halus, dek kerana ketakutan, mereka merasa ia bagaikan sebatang lembing.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa membaca dan memahami keputusan penghakiman, bagi mereka PAS akan dikenang sebagai perasuah, menipu dalam usaha memenangi undi rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mengenal dosa pahala, tidak tahu malu, penunggang agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah naratif yang mereka sedang jalankan dengan gigih agar karakter PAS akan dicemari dan akhirnya dibenci marhaen.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS hanya tersenyum kerana sekurang-kurangnya ada juga perlawanan bagi lawan bertindak agresif setelah mereka lemah, tidak bermaya dalam PRU15 lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>8-0 adalah satu petanda petaka bagi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Di atas kehinaan mereka ditolak rakyat di semua parlimen, di Dun-Dun juga, hanya satu Dun yang tinggal menyokong mereka daripada 31 Dun yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi usaha mengotorkan PAS adalah amat perlu.<\/p>\n\n\n\n<p>Masih segar dalam ingatan kita apabila Presiden sebuah parti yang telah dua kali didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara, setelah melalui semua proses perundangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyokong mereka mengamuk apabila ketua mereka dipanggil bekas banduan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak boleh menerima hakikat. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggalah diampunkan oleh Agong, masih belum mengaku salah.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi Presiden sebuah parti lawan PAS, juga telah didapati bersalah kerana salah guna kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga sebelum habis penggal ke-14, beliau masih bergelar Ahli Parlimen kerana kes beliau telah dibuat rayuan bagi Pengampunan Di Raja. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebegitu tinggi undang-undang mereka gunakan atas nama yang mereka gelaran demokrasi. <\/p>\n\n\n\n<p>Hak mereka sebagai rakyat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedang dalam masa yang sama, PAS, baru sahaja melepasi penghakiman kali pertama, sudah disumbat dalam kandang pesalah dan tidak mahu diberikan peluang rayuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kegilaan apakah ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Sedang PAS masih bersabar menanti peluang kedua bagi rayuan, secara tiba-tiba, keluar pula seruan agar tidak perlu menfailkan rayuan, biar kita terus lakukan PRK, kita mahu mengajar Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Sayang mereka tidak faham apa itu maruah. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS akan kekal diingati sebagai parti perasuah sebagaimana kehendak musuh yang saya nyatakan di atas. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukan kerana jutaan majoriti yang kita peroleh lalu kita merasa gagah dan mahu membelasah lagi lawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia melibatkan isu integriti. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS berkeyakinan tidak melakukan kesalahan pilihanraya, kita mengikut undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p>Isu sekarang hanyalah istilah dan tafsiran hakim kepada sogokan dan ejen. <\/p>\n\n\n\n<p>Dua hakim dengan dua penafsiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita mesti menyeru untuk menyerah kalah? <\/p>\n\n\n\n<p>Konon kita kuat? <\/p>\n\n\n\n<p>Ia jauh lebih manis kita menang kembali kerusi Kuala Terengganu dengan hanya majoriti satu undi setelah kita lalui semua lapisan proses undang-undang yang ada, daripada kita menang majoriti ratusan ribu majoriti, tetapi kita menyerah kalah pada dakwaan yang kita yakin tidak kita lakukan pada kali pertama proses perundangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama PAS akan dikenang sebagai perasuah dalam pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia akan kekal selama-lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan pembatalan kerusi Parlimen Kuala Terengganu P036 masih belum melepasi tiga hari. Kalau bandingan orang dulu-dulu, ibarat seseorang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16239,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-16238","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16238","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16238"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16238\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16240,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16238\/revisions\/16240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16238"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16238"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16238"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}