{"id":16269,"date":"2023-07-01T13:28:07","date_gmt":"2023-07-01T13:28:07","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16269"},"modified":"2023-07-01T13:28:09","modified_gmt":"2023-07-01T13:28:09","slug":"anwar-pm-atau-selebriti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/01\/anwar-pm-atau-selebriti\/","title":{"rendered":"Anwar PM Atau Selebriti?"},"content":{"rendered":"\n<p>Media sosial terus membahaskan tindakan dan perbuatan Anwar Ibrahim dalam menjalankan rutin hariannya sebagai perdana menteri sejak menjawat jawatan itu pada November tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sering kali dilihat menyanyi di atas pentas, berjoget dengan tetamu yang hadir, menyapa orang di kedai makan dan melawat universiti-universiti tempatan untuk berdialog dengan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pengguna maya menyifatkan Anwar sedang menggambarkan dirinya sebagai perdana menteri yang mesra rakyat, ramah dan \u201csempoi\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu pihak yang lain pula melihat gerak geri Anwar sebagai tidak sopan dan jauh daripada standard perdana menteri sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan lagi ketika rakyat bergelut dengan harga barang keperluan yang meningkat disebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bila dah pakai baju Melayu sepatutnya beradab sopan santun dan tunjukkan peribadi orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bukan angkat jari tunjuk langit,&#8221; tulis pengguna Facebook Muhammad Ikhwan Alias.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang menyelar Anwar supaya bijak membezakan kedudukannya sebagai pemimpin negara dan bukan lagi sekadar presiden parti politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga kini, kedua-dua belah pihak saling berhujah mengenai perilaku Anwar terutamanya apabila beliau menghadiri majlis rasmi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia Zin Mahmud memberitahu apa yang dimaksudkan dengan mesra rakyat dan \u201csempoi\u201d adalah pemimpin yang turun ke lapangan untuk selesaikan masalah rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bukannya menyanyi, menari atau berseloroh.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tetapi kalau perdana menteri suka bergelagat seperti &#8216;selebriti&#8217;, itu terpulang kepada dia,&#8221; katanya kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Terbaru, sesi dialog Anwar di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) di Negeri Sembilan mencetuskan kontroversi apabila beliau bertindak mengeluarkan kenyataan yang dianggap sensitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu, Anwar pada mulanya memuji kepetahan pelajar tersebut bercakap dan mengemukakan soalan dengan kemas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau saya muda saya dah minta nombor telefon dah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertahankan kenyataan itu mengatakan jawapan Anwar disalah tafsir.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, pemimpin pembangkang terus berhujah menyifatkan kenyataan Anwar sebagai tidak wajar dan bernada seksis.<\/p>\n\n\n\n<p>Antaranya Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif berkata Anwar patut membuat permohonan maaf secara terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Zin menegaskan seseorang perdana menteri mencerminkan pemimpin negara pada zamannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, reputasi seseorang perdana menteri berubah mengikut zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perdana menteri dahulu pun ada masalah mereka masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada kebaikan dan keburukan, dan saya pun tidak mahu membanding-bandingkan kerana ia tidak adil bagi mereka,&#8221; katanya.&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Media sosial terus membahaskan tindakan dan perbuatan Anwar Ibrahim dalam menjalankan rutin hariannya sebagai perdana menteri sejak menjawat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16270,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-16269","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16269","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16269"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16269\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16271,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16269\/revisions\/16271"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16270"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16269"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16269"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16269"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}