{"id":16275,"date":"2023-07-01T14:02:12","date_gmt":"2023-07-01T14:02:12","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16275"},"modified":"2023-07-01T14:02:14","modified_gmt":"2023-07-01T14:02:14","slug":"pentadbiran-anwar-masih-tiada-penyelesaian-jangka-panjang-kos-sara-hidup","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/01\/pentadbiran-anwar-masih-tiada-penyelesaian-jangka-panjang-kos-sara-hidup\/","title":{"rendered":"Pentadbiran Anwar Masih Tiada Penyelesaian Jangka Panjang Kos Sara Hidup"},"content":{"rendered":"\n<p>Kebelakangan ini, sesetengah pihak sering menuduh Perikatan Nasional (PN) mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih undi menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dakwaan sedemikian bukan perkara baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak sekian lama, PN dimomokkan sebagai batu api dalam memainkan isu-isu &#8220;3R&#8221; iaitu raja, perkauman dan agama.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Bezanya sebelum ini dakwaan sedemikian rata-rata datang daripada pihak seperti DAP, sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina, dan bukannya dari komuniti Melayu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi kini PN menghadapi serangan bertubi-tubi bukan sahaja dari parti seperti DAP, malah pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikut mereka di dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi saya, serangan-serangan sedemikian hanya taktik penyokong kerajaan perpaduan untuk mengalihkan perhatian pengundi akan masalah ekonomi negara yang kian merudum.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti yang sedia maklum, ekonomi negara belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai janji ekonomi yang dibuat oleh Anwar sebelum dilantik perdana menteri, umpamanya penurunan harga minyak, belum dan dijangka tidak akan ditunaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penurunan nilai mata wang ringgit yang parah telah mengakibatkan kenaikan harga yang mendadak kerana Malaysia merupakan pengimport banyak barang keperluan harian, termasuk makanan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Kini, AS$1 sudah mencapai RM4.68. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ia akan mencapai RM5 tidak lama lagi?<\/p>\n\n\n\n<p>Yang paling terkesan daripada fenomena kenaikan harga barang adalah komuniti Melayu, iaitu kaum terbesar dalam segmen B40.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai masih hidup merempat, bukan sahaja di desa atau kampung, tetapi juga di tengah-tengah kota seperti Kuala Lumpur di mana kos sara hidup jauh lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang meraih keuntungan akibat kenaikan kejatuhan mata wang tempatan adalah pengeksport, yang rata-ratanya bukan daripada komuniti Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan keputusan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR).<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan ini memberi impak bukan sahaja kepada rakyat biasa tetapi membawa kesan limpahan negatif ke atas ekonomi secara keseluruhannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi rakyat, khususnya mereka yang mempunyai pinjaman dengan bank, mereka terpaksa membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi atau memanjangkan tempoh pinjaman.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Mengapakah kerajaan memekakkan telinga kepada rayuan dan rintihan rakyat tentang kos sara hidup yang semakin berat sehingga sanggup meningkatkan beban kewangan mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>Alasan kerajaan kononnya menaikkan OPR untuk menstabilkan mata wang tempatan tidak masuk akal langsung kerana ringgit terus jatuh.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak perniagaan juga telah memindahkan kos operasi yang meningkat akibat kenaikan OPR, kepada pengguna. <\/p>\n\n\n\n<p>Akibatnya, golongan B40 dan M40 juga yang menjadi mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendek kata, keadaan ekonomi semasa negara memang amat tenat. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih buruk lagi, kerajaan Madani seperti tiada \u201cgame plan\u201d untuk membetulkan keadaan.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Ini berbeza dengan zaman Dr Mahathir Mohamad yang telah merencanakan pelan menambat US$1 kepada RM3.80 pada tahun 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>Ataupun inisiatif-inisiatif di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin yang melaksanakan pelbagai rancangan dan inisiatif untuk memulihkan dan merangsangkan ekonomi yang teruk dibadai akibat pandemik Covid19.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Anwar yang juga menyandang jawatan menteri kewangan lebih asyik menghadiri program-program seperti dialog bersama penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai menteri kewangan, beliau harus memberi fokus penuh kepada isu-isu ekonomi, terutamanya yang memberi impak terus kepada rakyat.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Masalah seperti inflasi, pengangguran belia dan kos sara hidup masih tiada penyelesaian jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi menutup kelemahan ini, Anwar serta tentera siber beliau cuba mengalihkan perhatian umum dengan mendakwa PN memainkan sentimen 3R untuk meraih undi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata masyarakat Melayu tidak pernah menghalang golongan bukan Melayu mempraktikkan kebudayaan dan agama mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang sering menjadi batu api adalah parti seperti DAP dengan slogan &#8220;Malaysian Malaysia&#8221;nya.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka jelaslah tohmahan bahawa PN bersikap rasis bukan sahaja tidak benar, ia hanya usaha pentadbiran Anwar menutup kelemahan Perdana Menteri yang telah gagal memacu ekonomi negara yang kian merudum.<\/p>\n\n\n\n<p>Shukor Abdul Rahman<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kebelakangan ini, sesetengah pihak sering menuduh Perikatan Nasional (PN) mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih undi menjelang pilihan raya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16276,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-16275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16275"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16277,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16275\/revisions\/16277"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16276"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}