{"id":16313,"date":"2023-07-07T07:51:24","date_gmt":"2023-07-07T07:51:24","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16313"},"modified":"2023-07-07T07:51:26","modified_gmt":"2023-07-07T07:51:26","slug":"kerajaan-anwar-tiada-hala-tuju-urus-ekonomi-azmin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/07\/kerajaan-anwar-tiada-hala-tuju-urus-ekonomi-azmin\/","title":{"rendered":"Kerajaan Anwar Tiada Hala Tuju Urus Ekonomi : Azmin"},"content":{"rendered":"\n<p>Pentadbiran kerajaan campuran BN-PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat masih tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam mengemudi ekonomi negara ketika situasi ekonomi tempatan semakin mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keadaan itu mengakibatkan kemarahan dan kebangkitan rakyat yang semakin memuncak terhadap kerajaan melibatkan golongan kelas berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila kadar polisi semalaman (OPR) dinaikkan pada 3 Mei lalu, kos pinjaman di bank-bank akan menjadi lebih mahal daripada sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga melihat pelabur asing tidak yakin dengan kepimpinan Putrajaya kerana mereka melihat tiada kebijakan ekonomi komprehensif,\u201d katanya, lapor MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>Media melaporkan pelabur asing menjual RM4.19 bilion saham di Bursa Malaysia dalam masa enam bulan pertama tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar yang juga menteri kewangan sebelum ini mengaku sanggup dilabel \u2018flip-flop\u2019 demi kebajikan rakyat apabila membatalkan beberapa keputusan kerajaan termasuk melibatkan subsidi ayam dan telur serta biasiswa pelajar perubatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Azmin, kenyataan itu adalah perkara serius yang memberi kesan aspek kepastian dalam sesuatu dasar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila kerajaan mengakui ini adalah kerajaan \u2018flip-flop\u2019, pelabur-pelabur asing bimbang pelaburan mereka dalam jumlah yang besar akan terkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika pelabur-pelabur asing tinggalkan (negara), peluang pekerjaan dalam kalangan anak muda akan terkesan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu berkata penurunan nilai ringgit menyebabkan negara menjadi semakin tidak &nbsp;kompetitif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara komponen besar import negara adalah \u2018intermediate goods\u2019. Sebahagiannya bahan-bahan mentah berkualiti yang tiada dalam negara. Kita akan pasang dan beri nilai tambah sebelum mengeksport semula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi apabila barangan-barangan ini menjadi semakin mahal, kita tidak akan mampu mengimport,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Anwar yang juga Pengerusi PH mendakwa \u2018geng kaya\u2019 berkomplot menjatuhkan pentadbirannya namun tidak mendedahkan siapa yang dimaksudkan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun bagi Azmin, kenyataan seperti itu tidak wajar diucap oleh seorang perdana menteri yang harus bertanggungawab menjaga pelabur-pelabur asing dan tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka tidak harus diberikan tanggapan negatif seperti ini.&nbsp;Sekiranya benar beliau diugut oleh golongan kaya, bukti harus dikemukakan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak boleh sewenang-wenangnya beliau wujudkan satu persepsi negatif,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini juga Anwar mendakwa orang miskin di negara ini diupah untuk membuat kekacauan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Azmin berkata Anwar harus meletak jawatan jika ditolak oleh golongan kaya dan miskin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau orang miskin tolak beliau, orang kaya tolak beliau, eloklah letak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau hari ini terlalu sibuk untuk menjaga rakan-rakan kongsi baru dalam kerajaan campuran,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, Anwar kini tersepit antara rakan-rakan gabungan dalam kerajaan campuran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau kena jaga hati (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi dan tuntutan daripada DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka beliau hilang fokus dan pertimbangan untuk memberi tumpuan kepada persoalan ekonomi, hubungan antarabangsa dan keperluan rakyat hari ini,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pentadbiran kerajaan campuran BN-PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat masih tidak mempunyai hala tuju<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16314,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-16313","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16313","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16313"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16313\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16315,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16313\/revisions\/16315"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16313"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16313"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16313"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}