{"id":16377,"date":"2023-07-11T10:40:21","date_gmt":"2023-07-11T10:40:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16377"},"modified":"2023-07-11T10:40:23","modified_gmt":"2023-07-11T10:40:23","slug":"kepentingan-islam-perlu-diutamakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/11\/kepentingan-islam-perlu-diutamakan\/","title":{"rendered":"Kepentingan Islam Perlu Diutamakan"},"content":{"rendered":"\n<p>Kehadapan saudara Asyraf Wajdi,<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam membuat pertimbangan politik, umat Islam perlu memastikan kepentingan Islam diutamakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam membuat pertimbangan politik, keputusan yang dibuat hendaklah menjaga penyatuan umat Islam dan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam membuat pertimbangan politik, keadilan kepada semua pihak termasuk bukan Islam perlu diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sememangnya tidak mudah untuk membuat ijtihad politik yang tepat kerana ada waktunya kita perlu mengorbankan kuasa demi prinsip.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah PAS tetap istiqamah berpegang kepada hal ini ketika UMNO memilih untuk bersama DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah dalam politik Islam kita diajar untuk memilih mudarat yang paling kecil?<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahan, perlumbaan UMNO dan PAS bukan sahaja perlumbaan dalam melakukan kebaikan tetapi termasuk aspek melakukan amar makruf nahi mungkar.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka dalam perlumbaan kita ini, siapakah yang sedang di hadapan dan siapa pula yang mengambil langkah terkebelakang?<\/p>\n\n\n\n<p>Realitinya, UMNO sedang lemah dan kalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai orang berilmu, saudara pasti memahami bahawa menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hakam Islam itu hukumnya wajib, maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksananya hukum Allah turut menjadi wajib.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah dengan bersama DAP, UMNO akan berjaya menunaikan tanggungjawab ini?<\/p>\n\n\n\n<p>DAP yang tidak berakidah sudah menunjukkan sifatnya yang melampau serta melakukan fitnah terhadap Islam secara terang.<\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun DAP cuba menampilkan calon Melayu Islam dan berpakat dengan parti keramat orang Melayu (UMNO), ia tetap tidak menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Agenda Malaysian Malaysia yang menjadi perjuangan DAP tidak sepatutnya diterima oleh pemimpin Melayu Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Silakan baca Perlembagaan PAS yang menegaskan hukum tertinggi ialah al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah asas agama yang menjadi pegangan PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Politik yang tidak berakidah akan menyebabkan matlamat perjuangannya menjadi tidak jelas, mencampur aduk Islam dan jahiliah sehingga akhirnya tunduk kepada golongan yang tidak suka kepada syariat Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Atas dasar akidah lah, PAS memilih untuk tidak bersama PH-BN yang didominasi DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita telah merasai kekuatan ketika parti Melayu Islam dan parti-parti bukan Islam yang tidak ekstrem bersama selepas PRU-14 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya UMNO lebih memilih untuk menggadai prinsip perjuangan dengan bersama pakatan yang ekstrem.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan mimpi untuk menang perlumbaan kalau UMNO masih sujud pada DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekian.<\/p>\n\n\n\n<p>USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kehadapan saudara Asyraf Wajdi, Dalam membuat pertimbangan politik, umat Islam perlu memastikan kepentingan Islam diutamakan. Dalam membuat pertimbangan<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16378,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-16377","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16377","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16377"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16377\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16379,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16377\/revisions\/16379"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16378"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16377"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16377"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16377"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}