{"id":16396,"date":"2023-07-12T10:09:05","date_gmt":"2023-07-12T10:09:05","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16396"},"modified":"2023-07-12T10:09:08","modified_gmt":"2023-07-12T10:09:08","slug":"logikkah-pas-roboh-kuil-sedangkan-patung-buddha-terbesar-terletak-di-kelantan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/12\/logikkah-pas-roboh-kuil-sedangkan-patung-buddha-terbesar-terletak-di-kelantan\/","title":{"rendered":"Logikkah PAS Roboh Kuil Sedangkan Patung Buddha Terbesar Terletak Di Kelantan?"},"content":{"rendered":"\n<p>Semboyan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berbunyi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh membuang undi pada 12 Ogos ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Parti-parti politik masing-masing membuat persiapan meraih undi di enam buah negeri.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang cuba menonjolkan rekod prestasi sebelum ini, dan tidak kurang juga yang cuba bermain sentimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, telah memomokkan pengundi di Pulau Pinang bahawa tokong-tokong di negeri tersebut mungkin dirobohkan sekiranya Perikatan Nasional (PN) merampas kuasa nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Berhujah di dalam suatu ceramah politik, Lim dengan tanpa segan silu telah mengeksploitasikan sentimen &#8220;3R&#8221; yakni kaum, agama dan raja.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, &#8220;gelombang hijau&#8221; kini telah melanda negara dan Lim menyeru rakyat Pulau Pinang untuk menjadi benteng mempertahankan hak dan kepercayaan mereka, khususnya yang bukan beragama Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah ini jelas usaha memainkan sentimen &#8220;3R&#8221; yang dikritik oleh pemimpin DAP sebelum ini? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau adakah pemimpin parti tersebut berpegang kepada prinsip &#8220;Do as I say, not as I do&#8221; ataupun cakap tak serupa bikin?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah pemimpin seperti Lim berpendapat bahawa prinsip tersebut hanya \u00a0terpakai ke atas parti-parti seperti PAS dan Bersatu, manakala DAP dan sekutunya tidak perlu akur? <\/p>\n\n\n\n<p>Bukankah ini \u201cdouble standards\u201d?<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin pemimpin DAP sudah lupa bahawa patung Buddha berbaring terbesar di Malaysia terletak di Tumpat, Kelantan, negeri di bawah pimpinan PAS sejak 1990.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kuil tersebut, Wat Phothivihan, masih berdiri dengan teguh sehingga ke hari ini, adakah logik PAS akan merobohkan rumah ibadat agama bukan Islam di negeri lain?<\/p>\n\n\n\n<p>Selain Kelantan, PAS sedang atau pernah bertapak di Putrajaya dan negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Terengganu dan Perak.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pernahkah PAS merobohkan sebarang rumah ibadat dengan sewenang-wenangnya?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, nyata Lim hanya sengaja memburuk-burukkan pimpinan PN di mata pengundi bukan Melayu menjelang PRN ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lim mungkin sudah terlupa semasa zaman Pakatan Rakyat, DAP pernah menganjurkan lawatan komuniti bukan Melayu ke negeri-negeri pimpinan PAS seperti Kelantan dan Kedah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan lawatan-lawatan tersebut adalah untuk &#8220;membuka mata&#8221; komuniti Tionghua akan sikap toleransi dan keterbukaan pemimpin-pemimpin PAS.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, kini hala tuju dan nada DAP sudah berpusing 180 darjah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>PAS, mengikut naratif terkini DAP, bukan lagi sebuah parti sederhana tetapi ekstrem ala Taliban yang memusnahkan patung-patung Buddha di Bamiyan, Afghanistan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Jalan cerita ini lebih memanfaatkan DAP dalam meraih sokongan pengundi bukan Islam pada 12 Ogos nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi membakar sentimen sedemikian hanya menyemai bibit-bibit perpecahan dan perasaan syak wasangka di dalam negara berbilang kaum ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hanya mengundang ketakutan pengundi-pengundi bukan Melayu dan menimbulkan kemarahan dan kebencian pengundi-pengundi Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah perpecahan sedemikian yang diidamkan oleh Lim? <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kemenangan di peti undi nanti mengatasi segala-galanya, termasuk menggadaikan keharmonian negara?\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Lim dan DAP harus muhasabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berhentilah menjolok api perkauman dan keagamaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana bila api sudah membara dan merebak dengan cepat, ia bukan sahaja akan membakar mereka yang menangguk di air keruh, malah akan menjilat dan membinasakan negara.<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Muhammad Saufi Sulaiman<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semboyan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berbunyi dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh membuang undi pada<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16397,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-16396","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16396","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16396"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16396\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16398,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16396\/revisions\/16398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16397"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16396"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16396"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16396"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}