{"id":16479,"date":"2023-07-16T19:53:03","date_gmt":"2023-07-16T19:53:03","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16479"},"modified":"2023-07-16T19:53:05","modified_gmt":"2023-07-16T19:53:05","slug":"fitnah-kecurian-ree-sanusi-akan-saman-menteri-kdn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/16\/fitnah-kecurian-ree-sanusi-akan-saman-menteri-kdn\/","title":{"rendered":"Fitnah Kecurian REE, Sanusi Akan Saman Menteri KDN"},"content":{"rendered":"\n<p>Tindakan undang-undang termasuk menyaman akan diambil Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE).<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Kedah itu menyifatkan kenyataan Saifuddin tersebut satu fitnah, malah dalam surat kompaun yang didakwa tidak mempunyai namanya tetapi nama individu lain yang menceroboh tanah dan mencuri sumber galian tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSatu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI (Perbadanan Menteri Besar) yang melantik satu syarikat usaha sama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang dikompaun adalah pihak ketiga yang menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE). <\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk tuduhan yang tidak benar ini saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang, tak kira menteri tak menteri, saya akan saman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi menuduh saya mencuri itu \u2018clear cut\u2019, saya akan mengambil tindakan undang-undang,\u201d katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi berkata maklumat dinyatakan Menteri Dalam Negeri itu tidak benar kerana bersifat mengelirukan, berniat jahat untuk memfitnah dan bermotifkan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sanusi berkata demikian bagi mengulas dakwaan Saifuddin yang menyatakan beliau dikompaun RM500,000 kerana kesalahan mencuri REE.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Saifuddin dalam ceramah di Guar Chempedak, Gurun, berkata denda itu dikeluarkan tahun lalu oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah ke atas Muhammad Sanusi atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi MBI Kedah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan undang-undang termasuk menyaman akan diambil Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16480,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-16479","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16479","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16479"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16479\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16481,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16479\/revisions\/16481"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16480"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16479"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16479"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16479"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}