{"id":16736,"date":"2023-07-27T20:28:28","date_gmt":"2023-07-27T20:28:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16736"},"modified":"2023-07-27T20:28:30","modified_gmt":"2023-07-27T20:28:30","slug":"mereka-tutup-bilik-gerakan-cabut-bendera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/07\/27\/mereka-tutup-bilik-gerakan-cabut-bendera\/","title":{"rendered":"Mereka Tutup Bilik Gerakan, Cabut Bendera"},"content":{"rendered":"\n<p>Empat hari lepas, Ketua Perang UMNO Terengganu dengan bangganya mengumumkan senarai calon-calon UMNO yang akan bertanding di 27 kerusi DUN. <\/p>\n\n\n\n<p>Alih-alih hari ini dikatakan pula nama-nama yang diumumkan pada Jumaat lalu masih belum disahkan bertanding. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa jadi begitu Abang Mat?<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kerana beberapa watak penting mereka tidak tersenarai pada peringkat awal? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau geng PKR dan Amanah cuba potong \u2018line\u2019 melalui bos mereka di peringkat Pusat? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada orang kata Mat Said keras kepala. Nelang. <\/p>\n\n\n\n<p>Zahid Hamidi pun dikira nelang. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi sehanelang Zahid, dia anak murid kepada Cikgu Anwar. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, hanelang Mat Said di Terengganu tak berapa menjadi kerana bosnya hanyalah seorang anak murid yang taat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengoklah nanti apabila senarai sebenar pada hari penamaan calon 29 Julai nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Nama siapa pula yang naik. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan nama siapa pula yang tersangkut dan disangkut. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan di Terengganu sahaja, malah kemelut perebutan dalam kalangan PH dan BN mewabak di banyak kerusi yang dipertandingkan di keenam-enam negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah bayangan mimpi ngeri yang sedang menanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum hari penamaan calon pun dah kecoh, cabut bendera dan tutup bilik gerakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa pula akan berlaku selepas hari penamaan calon nanti. <\/p>\n\n\n\n<p>Demikianlah apabila kedudukan, pangkat, projek dan kepentingan peribadi menjadi tunjang perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila elemen duniawi itu tercabar, maka pertimbangan tidak lagi berpandukan kebenaran tetapi lebih kepada nafsu yang serakah.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, PAS masih terpelihara daripada jangkitan virus itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun jangan sekali-kali memandang enteng ancaman wabak ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau Khairuddin at-Takiri yang pernah menjadi Setiausaha Dewan Ulama PAS pun boleh tercabut kopiah, apalah sangat dengan pemimpin dan ahli-ahli yang lainnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita berbangga dengan adanya program usrah. <\/p>\n\n\n\n<p>Usrah menjadi wahana pengukuh kefahaman perjuangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Usrah mendidik kita agar ikhlas berjuang demi menjulang panji-panji Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi Ustaz Khairuddin at-Takiri bukan sahaja mengikuti usrah di peringkat kepimpinan malah beliau seringkali juga menjadi naqib usrah. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, di mana posisi beliau sekarang?<\/p>\n\n\n\n<p>Ingatlah wahai ahli-ahli PAS yang merindukan ikhlas dalam berjuang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ikhlas itu antara kita dengan Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Allah sahaja boleh baca tahap keikhlasan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Selagi belum diuji, belum tahu tinggi rendah jatidiri perjuangan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa pertolongan Allah, ikhlas dan wala\u2019 akan bertempiaran apabila terjadi sesuatu yang tidak selari dengan kemahuan kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, emosi dan nafsu akan mengatasi segala.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, kita juga diuji sebagaimana Allah menguji mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dengan ujian mereka dan kita dengan ujian kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapalah kita kalau Allah tidak bersama? <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah mereka menentang keputusan pimpinan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah mereka tutup bilik gerakan dan cabut bendera. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita pula kekal syukur dan redha dalam apa situasi yang melanda. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situ berbezanya antara kita dengan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situ duduknya ciri-ciri perjuangan yang berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>BayangDiAir<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Empat hari lepas, Ketua Perang UMNO Terengganu dengan bangganya mengumumkan senarai calon-calon UMNO yang akan bertanding di 27<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16737,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[94],"tags":[96],"class_list":["post-16736","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pilihanraya","tag-pilihanraya"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16736","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16736"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16738,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16736\/revisions\/16738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16737"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}