{"id":16803,"date":"2023-08-06T11:50:31","date_gmt":"2023-08-06T11:50:31","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16803"},"modified":"2023-08-06T11:50:33","modified_gmt":"2023-08-06T11:50:33","slug":"kenyataan-akhbar-persatuan-nelayan-pulau-pinang-tuntut-pembangunan-mampan-dan-perlindungan-komuniti-pesisir-pantai-daripada-calon-pilihan-raya-negeri-pulau-pinang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/08\/06\/kenyataan-akhbar-persatuan-nelayan-pulau-pinang-tuntut-pembangunan-mampan-dan-perlindungan-komuniti-pesisir-pantai-daripada-calon-pilihan-raya-negeri-pulau-pinang\/","title":{"rendered":"KENYATAAN AKHBAR: Persatuan Nelayan Pulau Pinang Tuntut Pembangunan Mampan Dan Perlindungan Komuniti Pesisir Pantai daripada Calon Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971, 50 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia adalah organisasi yang mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk mewakili dan melindungi hak dan kesejahteraan 6000 nelayan di Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pen Mutiara amat prihatin dengan isu alam sekitar yang melanda masyarakat pesisir pantai kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan itu, kami ingin mengeluarkan kenyataan ini untuk menarik perhatian kepada calon-calon pilihan raya negeri Pulau Pinang mengenai isu-isu mendesak dan menuntut tindakan segera daripada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pantai dan ekosistem marin Pulau Pinang menghadapi pelbagai cabaran, termasuk projek penambakan yang berleluasa, pencemaran marin, dan perlindungan yang tidak mencukupi untuk nelayan pantai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai wakil masyarakat nelayan, kami menyeru calon-calon pilihan raya di Pulau Pinang untuk memberi keutamaan kepada tuntutan berikut untuk kemajuan masyarakat pesisir pantai kita:<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\">\n<li>Hentikan projek penambakan di Pulau Pinang: Aktiviti penambakan yang tidak terkawal dan tidak mampan di Pulau Pinang mengancam ekosistem marin dan mata pencarian nelayan pantai kita.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kami menggesa calon pilihan raya negeri Pulau Pinang menghentikan semua projek penambakan yang dicadangkan dan diluluskan baru-baru ini dan meneroka alternatif ekonomi mampan yang tidak menjejaskan alam sekitar kita.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"2\">\n<li>Memudahkan pertumbuhan Ekonomi Biru: Kerajaan Pulau Pinang mesti mengguna pakai dan melaksanakan strategi Ekonomi Biru, di mana pertumbuhan ekonomi yang mampan harus sejajar dengan pemuliharaan lautan.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, sektor ekopelancongan marin harus dipermudahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Operasi ekopelancongan seperti program homestay, lawatan destinasi flora, fauna dan sumber asli serta aktiviti memancing boleh merangsang ekonomi tempatan dan memperkasakan Persatuan Nelayan Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"3\">\n<li>Pelihara dan memulihara ekosistem marin kita: Calon pilihan raya negeri Pulau Pinang perlu menyertakan komitmen ini dan mengambil langkah segera untuk memulihara dan memelihara sumber marin kita.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Calon mesti berjanji untuk melaksanakan peraturan yang lebih ketat supaya pencemaran marin dikurangkan, habitat penting dilindungi, dan amalan penangkapan ikan yang bertanggungjawab digalakkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ini penting untuk kelestarian ekosistem pantai Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"4\">\n<li>Mengiktiraf perkampungan nelayan sebagai Tapak Warisan: Banyak perkampungan nelayan di Pulau Pinang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang berharga.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contohnya kawasan Kampung Nelayan Teluk Kumbar yang mempunyai sejarah yang tercatat sejak tahun 1880.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita menyeru calon yang menang dalam pilihan raya negeri ini untuk mengesyorkan kepada pihak berkuasa supaya kawasan komuniti nelayan di Pulau Pinang dijadikan tapak warisan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini mampu memastikan perlindungan masyarakat pesisir pantai dan memelihara tradisi dan cara hidup mereka.<\/p>\n\n\n\n<ol class=\"wp-block-list\" start=\"5\">\n<li>Wujudkan pelan induk daya tahan iklim di Pulau Pinang: Perubahan iklim membawa cabaran besar kepada komuniti pantai Pulau Pinang.<\/li>\n<\/ol>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adalah penting bagi kerajaan negeri untuk membangunkan dan melaksanakan pelan strategik yang membantu komuniti nelayan pantai kita menyesuaikan diri dan berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini termasuk menyediakan infrastruktur dan sumber yang diperlukan, latihan, dan sokongan untuk memastikan mata pencarian mereka terpelihara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Calon yang menang mesti menyokong dan memimpin rancangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persatuan Nelayan Pulau Pinang komited untuk bekerjasama dengan calon-calon pilihanraya Negeri Pulau Pinang bagi menangani tuntutan di atas dan membangunkan pelan yang adil dan strategik untuk nelayan pantai yang menekankan matlamat pembangunan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan mengambil tindakan segera, kita boleh melindungi hak dan mata pencarian nelayan pantai dan memastikan kemampanan jangka panjang komuniti pantai kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Persatuan Nelayan Pulau Pinang<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971, 50 tahun lalu. Ia adalah<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16804,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[122],"tags":[123],"class_list":["post-16803","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pulau-pinang","tag-pulau-pinang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16803","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16803"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16803\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16805,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16803\/revisions\/16805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16804"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16803"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16803"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16803"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}