{"id":16975,"date":"2023-08-21T07:47:39","date_gmt":"2023-08-21T07:47:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=16975"},"modified":"2023-08-21T07:47:42","modified_gmt":"2023-08-21T07:47:42","slug":"kumpulan-peguam-bidas-fahmi-berhubung-isu-kebebasan-media","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/08\/21\/kumpulan-peguam-bidas-fahmi-berhubung-isu-kebebasan-media\/","title":{"rendered":"Kumpulan Peguam Bidas Fahmi Berhubung Isu Kebebasan Media"},"content":{"rendered":"\n<p>Menteri Komunikasi dan Digital dibidas kumpulan peguam, Lawyers for Liberty (LFL) berhubung kekangan dan sekatan ke atas beberapa laman sesawang dan saluran media sosial sejak Jun tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>LFL dalam kenyataan menyanggah Fahmi Fadzil yang berkata kerajaan campuran memberi jaminan mengenai kebebasan media dan kebebasan bersuara, namun ini tidak bermakna rakyat bebas menyebarkan fitnah dan maklumat salah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah LFL Zaid Malek berkata hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh disekat atas alasan maklumat tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekatan terhadap kebebasan bersuara yang dibenarkan di bawah Perkara 10(2)(a) tidak merangkumi kenyataan yang tidak tepat,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertuturan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan yang boleh dihadkan, dan itu adalah sukar untuk dipenuhi.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Zaid turut menyifatkan kenyataan Fahmi sebagai \u201ccubaan jelas untuk mewajarkan atau meletakkan asas untuk menyekat portal atau laman sesawang yang mengkritik kerajaan\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah mengganggu dan tidak berperlembagaan untuk menteri meletakkan dirinya sebagai penimbang tara \u2018kebenaran\u2019 dan membuat keputusan sendiri untuk menyekat berita yang kononnya memfitnah atau tidak tepat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFitnah atau tidak tepat menurut siapa? Adakah hanya hak kerajaan untuk memutuskan perkara yang benar?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengingatkan Fahmi mengenai Akta Antiberita Tidak Benar, yang dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 sebagai ancaman kepada kebebasan bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerita palsu mesti dijawab dengan penjelasan, bukan dijenayahkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika kerajaan dapat memutuskan perkara yang tidak tepat atau fitnah, ia akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan pemenjaraan lawan politik. Sejarah silam kita audah membuktikan perkara ini, berulang kali.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga mengingatkan bagaimana Seksyen 500 Kanun Keseksaan digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melemparkan \u201ctuduhan bermotif politik\u201d terhadap pemimpin PH.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPH ketika itu mengkritik undang-undang berkenaan. Sekarang apabila berkuasa, adakah Fahmi sudah lupa perkara ini?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Zaid berkata, kuasa sebegitu, jika dibenarkan, boleh menyekat wacana mengenai perkara berkepentingan awam kerana kerajaan boleh \u201cmemutarbelitkan\u201d takrifan fitnah dan ketidaktepatan agar sesuai dengan tujuannya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLawan politik, pengkritik kerajaan, aktivis dan orang ramai akan terbeban untuk membuktikan sebarang dakwaan kesalahan terhadap kerajaan jika ini dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemelut 1MDB adalah contoh jelas bagaimana kuasa sedemikian boleh disalahgunakan dengan mudah oleh kerajaan, di mana portal berita disekat dan individu didakwa kerana bersuara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada sebab untuk mempercayai penyalahgunaan seperti itu tidak akan berlaku di bawah kerajaan ini atau mana-mana kerajaan lain,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi dan Digital dibidas kumpulan peguam, Lawyers for Liberty (LFL) berhubung kekangan dan sekatan ke atas beberapa<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":16976,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-16975","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16975","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16975"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16975\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16977,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16975\/revisions\/16977"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16976"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}