{"id":17006,"date":"2023-08-26T08:19:04","date_gmt":"2023-08-26T08:19:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17006"},"modified":"2023-08-26T08:19:07","modified_gmt":"2023-08-26T08:19:07","slug":"respon-mb-terengganu-terhadap-kenyataan-menteri-ekonomi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/08\/26\/respon-mb-terengganu-terhadap-kenyataan-menteri-ekonomi\/","title":{"rendered":"Respon MB Terengganu Terhadap Kenyataan Menteri Ekonomi"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya jadi malas nak melayan suara yang siang malam nak berpolitik, walau atas urusan Negeri\/Negara yang perlu komitmen serius dan menjangkaui politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lama kelamaan rakyat akan muak dan benci species ahli politik yang hanya mementingkan diri semata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ya ada perkara berpolitik, dan ada perkara yang kena keluar dari politik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jiwa besarlah sikit kawan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita perlu jiwa besar, bukan merasa diri besar atau merasa &#8220;superiority complex&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandangan kita walau hebat macamana pun, ada kalanya kena berpijak di alam nyata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak rugi untuk duduk mendengar pandangan rakyat di bawah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu yang dibangkitkan oleh YB Menteri Ekonomi, adalah umpama &#8220;mengail ikan tetapi mata kail di kaki sendiri&#8221; atau disebut sebagai &#8220;shooting your own foot&#8221; dalam bahasa yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua kena ingat, hasil yang diperolehi dan dikumpulkan oleh Negara adalah diperolehi dari semua rakyat dan semua Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya ulang: &#8220;SEMUA RAKYAT DAN NEGERI&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap rakyat ada bayar cukai, tak kira apa nama atau jenis cukainya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil dari negeri diangkut ke Persekutuan, dalam bentuk yang dipersetujui bersama dan bukannya rampasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka semua Negeri-Negeri ada harga diri dan peranannya, kerana yang bernama Malaysia adalah dibina dari semua Negeri-Negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua bidang kuasa kerja kerajaan adalah termaktub dalam Perlembagaan dalam Jadual Kesembilan Senarai Perundangan, dengan tiga kaedah pembahagian kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Zaman dahulu, perkara ini adalah satu ilmu pelajaran Kertas Pengetahuan Am Tingkatan Enam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak perlu mengaji di Amerika atau Perancis untuk tahu perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua yang ada dalam senarai projek pembangunan di Negeri-Negeri, iaitu semua Negeri, adalah melalui proses bincang dan penilaian puluhan pakar, agensi dan kementerian sebelum menjadi senarai dalam RMK-12 yang ada sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu belum termasuk Rolling-Plan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila kata bincang, bermakna kementerian-kementerian termasuk Kementerian Ekonomi telah berbincang sebelum ini dengan semua Kerajaan Negeri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan bincang tepi jalan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itu tanggungjawab bersama dan bukan Negeri seorang diri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa Negeri yang nak diperlekehkan? Politik lah tu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya tidak ingin menyebut angka-angka, atau peratusan nombor semua perkara ini, kerana pihak Menteri sepatutnya membaca angka-angka ini dan melihat nama fail sebelum membuat kenyataan sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak bolehkah kita membina hubungan yang lebih harmoni, dengan duduk berbincang, samada di negeri-negeri atau Putrajaya, kerana itulah sebab ada Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan, dengan semangat Federalisme yang mengukuh terutama selepas Pilihanraya dijalankan ?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalau itu pun tidak boleh, negara kita tidak akan bergerak ke hadapan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bye-bye keharmonian dan kesejahteraan yang diimpikan oleh rakyat semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika ada YB Menteri yang marahkan rakyat Negeri Terengganu kerana memilih kami dalam pilihan raya baru ini, biarlah saya jadi galang ganti untuk dimarahi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jangan dera rakyat kerana pilihan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">YB Menteri, kalau apa yang saya nukilkan ini salah, mohon banyak kemaafan, saya hanya mahu kita semua bergerak pantas ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menteri Besar Terengganu<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya jadi malas nak melayan suara yang siang malam nak berpolitik, walau atas urusan Negeri\/Negara yang perlu komitmen<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17007,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-17006","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17006"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17008,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17006\/revisions\/17008"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}