{"id":17086,"date":"2023-09-02T13:54:19","date_gmt":"2023-09-02T13:54:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17086"},"modified":"2023-09-02T13:54:21","modified_gmt":"2023-09-02T13:54:21","slug":"kempen-boikot-perniagaan-pantai-timur-kedah-tak-akan-dapat-sambutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/09\/02\/kempen-boikot-perniagaan-pantai-timur-kedah-tak-akan-dapat-sambutan\/","title":{"rendered":"Kempen Boikot Perniagaan Pantai Timur, Kedah Tak Akan Dapat Sambutan"},"content":{"rendered":"\n<p>Kempen memboikot perniagaan Kedah dan Pantai Timur yang dicetuskan penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat sambutan kerana ia hanya sekadar tindakan mengikut emosi gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata penganalisis politik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berkata, ia tidak akan memberi sebarang kebaikan sebaliknya hanya memecahbelahkan perpaduan kaum Melayu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Shamsul Amri Baharuddin membidas kempen tersebut dan menyifatkan ia adalah salah satu contoh pihak yang tidak dapat menerima kekalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, penyokong tegar PH-BN membiarkan diri mereka dibelenggu dengan politik emosi sehingga kabur mengenai realiti sebenar ekonomi Malaysia.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNak boikot peniaga Melayu nak buat apa? Sebab segala rantaian barangan dan bekalan Pantai Barat dan Pantai Timur semenanjung di kuasai peniaga Cina.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berasa kesian kepada mereka ini. Seolah-olah macam Melayu kena laga sesama sendiri oleh satu kuasa di belakang tadbir,\u201d katanya kepada MalaysiaNow.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas keputusan PRN yang menyaksikan kekalahan teruk PH-BN di tiga negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, seruan untuk memboikot produk dan peniaga Kedah, Kelantan dan Terengganu giat digerakkan penyokong mereka di media sosial.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Alasan mereka ini kerana peniaga-peniaga itu yang mencari rezeki di negeri ditadbir PH-BN tetapi memilih untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kempen tersebut bertujuan mahu memaksa peniaga-peniaga tersebut balik ke negeri asal mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun tindakan itu dikritik ramai pihak yang berkata ia tindakan keterlaluan dan \u201cpukul rata\u201d untuk menghukum semua pengundi di tiga negeri tersebut hanya semata-mata kerana mereka memilih PN.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara penganalisis politik veteran, Ahmad Atory Hussain berpendapat senario itu terjadi kerana sikap penyokong yang terlalu taksub dengan politik kepartian.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, penyokong sewajarnya perlu berpolitik secara matang dan terbuka serta tidak mengaitkannya dengan sentimen.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Atory, akan mencetuskan situasi permusuhan semasa kaum Melayu dan berpuak-puak antara penduduk Pantai Barat dan Pantai Timur jika sentimen terus dimainkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerlalu ekstrem sehingga tidak dapat mengenali batasan, kita kena faham biarpun berbeza fahaman parti tapi persaudaraan Islam tetap ada.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan kerana kita dari parti berlainan, persefahaman ideologi berlainan kita nak seteru dengan saudara seagama sebangsa kita.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendapat saya perasaan dendam ini patut dihentikan. Patutnya selepas habis PRN semua pihak perlu terima keputusan dengan terbuka,\u201d katanya.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga senada gerakan kempen tersebut seolah-olah menggambarkan PH-BN tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan mereka sepatutnya perlu bersikap pandang ke depan dan memperbaiki kelemahan yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga sama sekali bertentangan dengan gagasan Malaysia Madani yang diangkat Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang membawa masyarakat sivil, bertamadun dan moden, katanya.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan), Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin pula berkata pihaknya menganggap kempen itu tidak serius dan ia adalah perkara biasa dalam politik.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, setakat ini tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana anak perantau Kelantan yang berdepan masalah dengan perniagaan Kelantan gara-gara kempen tersebut.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBenda itu biasalah dalam politik. Hanya cakap-cakap sahaja, tapi kita tak ada pula menerima laporan ada kedai ditutup dan pelanggan kurang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen memboikot perniagaan Kedah dan Pantai Timur yang dicetuskan penyokong Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17087,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-17086","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17086","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17086"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17086\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17088,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17086\/revisions\/17088"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17087"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17086"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17086"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17086"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}