{"id":17102,"date":"2023-09-06T05:43:22","date_gmt":"2023-09-06T05:43:22","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17102"},"modified":"2023-09-06T05:43:24","modified_gmt":"2023-09-06T05:43:24","slug":"cerita-wartawan-dan-ahli-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/09\/06\/cerita-wartawan-dan-ahli-politik\/","title":{"rendered":"Cerita Wartawan Dan Ahli Politik"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya meneliti perkembangan berkenaan sedikit salah faham antara wartawan dan Exco Kerajaan Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang akhirnya saya lihat sudah sedikit tersasar dari perbahasan sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai rakan kepada media, saya menghormati tugasan yang mereka lakukan, berusaha keras bagi memastikan rakyat menerima info terbaik, terkini dan paling tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia akan dapat menaikkan imej akhbar dan juga kerajaan di mata rakyat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga menjadi rakan kepada YB Exco, lama sebelum beliau bergelar YB lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Waktu itu kami bersama membina Kelab Aktivis Media Aspirasi, sebuah NGO media di Terengganu. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu YB Dr Azman adalah Exco yang amat memahami bagaimana media berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita tinggalkan sekejap salah faham ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingin membawa pembaca ke era di mana media dijadikan sebagai tunggangan kepada ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Dizaman itu, berkemungkinan ramai wartawan sekarang sama ada masih menuntut ataupun belum bersekolah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan-jangan ada yang masih belum lahir, entahlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dizaman itu, media adalah alat propaganda utama ahli politik bagi menentang musuh mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Musuh itu bukan sahaja dari kalangan berlainan parti, akan tetapi perang sesama sendiri juga.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS adalah parti politik yang paling lama dan tidak keterlaluan jika saya katakan sehingga kini, masih menjadi mangsa kepada pemberitaan yang berat sebelah. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbagai cara bagi memperendahkan PAS oleh sebahagian wartawan yang mereka gunakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau dahulu, Utusan Malaysia dengan Wak Cantuk, Zainuddin Maidin (Zam), Johan Jaafar, Ku Seman Ku Hussin, Shahbudin Husin. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara di sebelah News Strait Times pula A. Samad Ismail, A. Kadir Jasin mengetuai pasukan propaganda BN bagi memburukkan imej PAS, disokong oleh Manja Ismail, Hishamuddin Aun. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini berada pada zaman 80-an dan 90-an. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga pernah terjadi perbalahan besar antara Wak Cantuk dengan pengarang di Harakah zaman itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Media terus menjalankan peranan mereka apabila PAS menang menyapu bersih semua kerusi di Kelantan tahun itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa beberapa bulan, serangan yang begitu hebat dikenakan ke atas Kelantan dan juga Sabah. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga mereka seolah-olah berikrar akan menjatuhkan Kelantan dalam masa tiga bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun janji mereka yang Kelantan akan tumbang dalam masa tiga bulan selepas memerintah, gagal mereka buktikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan Kelantan pula semakin gagah mengharungi badai tekanan media ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Cerita-cerita tentang rakyat Kelantan miskin, tidur di kandang kambing, reban ayam, tidak cukup makanan, gagal membayar gaji adalah ulikan biasa media arus perdana kepada rakyat Malaysia waktu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan ada rakyat negeri lain yang membawa bekal beras kerana takut tiada makanan bila berada di sana. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya mereka dapati beras lebih murah harganya di sana.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah dua penggal, mereka gagal menjatuhkan Kelantan, Terengganu pula menjadi mangsa selepas menang dalam PRU-10 tahun 1999. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang media tidak kata kepada Terengganu waktu itu? <\/p>\n\n\n\n<p>Berbagai persepsi yang mereka berikan agar Terengganu kelihatan kolot, miskin, ketinggalan kerana memilih PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berjaya di Terengganu kerana usaha mereka amat kuat merampas kembali disebabkan hasil petroleum di situ yang terlalu besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun 2008, Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang pula menjadi sasaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi semakin lama, mereka semakin gagal menggunakan teknik lama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya salah sebuah akhbar milik Umno, Utusan Malaysia ditutup kerana rugi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini pada era yang sangat profesional, masih adakah lagi media yang berperanan sebegini? <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin media sudah dan perlu berubah jika pun tidak banyak, untuk terus bersaing, apatah lagi media alternatif terlalu banyak sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS pernah bersama dengan semua parti politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan PAS adalah parti yang terbaik menangani karenah media walaupun terlalu banyak fitnah atau cerita kelabu yang diberitakan media. <\/p>\n\n\n\n<p>PAS amat memahami maksud &#8216;read between the line&#8217; &#8216;kenyataan separuh masak&#8217; dan seumpamanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak mahu mencampur niat isi kandungan berita, wartawan mungkin mempunyai cerita mereka dan YB Dr Azman pastilah ada perkara penting yang mahu dipertahankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi suka saya menasihatkan seharusnya salah faham ini diselesaikan dengan cara terbaik iaitu berbincang. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya agak terkejut dan kesal apabila Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) digunakan mengugut Exco untuk tidak menyiarkan lagi berita di media perdana. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan bahasa yang agak keras, ia seharusnya tidak dikeluarkan oleh persatuan yang mengaku sebagai profesional. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan PAS sebagaimana yang saya sebutkan, telah lama difitnah dan dipermainkan dalam laporan berita mereka, namun belum pernah pimpinan PAS mengugut wartawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan satu persoalan yang bermain di benak ini, adakah semua wartawan menghadapi masalah dengan Exco atau seorang dua sahaja, lalu digunakan nama kelab bagi membuat isu ini lebih sensasi? <\/p>\n\n\n\n<p>Harapnya isu ini tiada kena mengena dengan pelepasan tanpa bebas Zahid Hamidi semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Come on lah, matanglah dalam bertindak, takkanlah wartawan yang tulis, orang kritik, wartawan yang nak marah dan ugut? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau, buatlah satu forum sebagaimana cadangan YB Dr Azman dan jemput beliau sebagai ahli panel. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam forum itu, selain dapat menjernihkan suasana, rakyat juga akan mendapat info langsung dari YB dan juga penyelidikan dari universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"766\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17103\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1.jpg 766w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-224x300.jpg 224w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-348x465.jpg 348w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-209x280.jpg 209w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-136x182.jpg 136w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-114x153.jpg 114w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-179x239.jpg 179w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-56x75.jpg 56w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat1-254x340.jpg 254w\" sizes=\"auto, (max-width: 766px) 100vw, 766px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"727\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-17104\" srcset=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2.jpg 727w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-213x300.jpg 213w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-330x465.jpg 330w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-199x280.jpg 199w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-129x182.jpg 129w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-109x153.jpg 109w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-170x239.jpg 170w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-53x75.jpg 53w, https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/kawat2-241x340.jpg 241w\" sizes=\"auto, (max-width: 727px) 100vw, 727px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya meneliti perkembangan berkenaan sedikit salah faham antara wartawan dan Exco Kerajaan Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang akhirnya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17105,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-17102","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17102","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17102"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17102\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17106,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17102\/revisions\/17106"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17105"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17102"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17102"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17102"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}