{"id":17191,"date":"2023-09-16T04:28:14","date_gmt":"2023-09-16T04:28:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17191"},"modified":"2023-09-16T04:28:16","modified_gmt":"2023-09-16T04:28:16","slug":"saya-tunggu-bila-hendak-bicara-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/09\/16\/saya-tunggu-bila-hendak-bicara-presiden-pas\/","title":{"rendered":"\u2018Saya Tunggu Bila Hendak Bicara\u2019 \u2013 Presiden PAS"},"content":{"rendered":"\n<p>Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakam ucapan syabas kepada pegawai polis yang memberi layanan baik sepanjang proses siasatan dihadapinya sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Marang itu berkata, pegawai polis termasuk di Bukit Aman memberi layanan yang baik dan mesra.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPegawai polis layan saya dengan baik. Saya ucapkan syabas. Saya tunggu bila hendak bicarakan tuduhan terhadap saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau dikenakan denda nanti, tentunya saya akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. Dan selepas itu tentunya akan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau berlaku PRK di Marang boleh.. Arau (Dato\u2019 Seri Shahidan Kassim) bertanding di Marang,\u201d katanya yang menarik perhatian ramai ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Baru-baru ini, polis menyiasat kenyataan Presiden PAS yang didakwa mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan ketika ceramah di Markas PAS Bakri, Muar semasa kempen PRK baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, dilaporkan berkata, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuan Guru Abdul Hadi ketika menjawab celahan Shahidan sebelum itu berkata, biarpun seseorang itu terlepas daripada hukuman mahkamah di dunia, dia akan berdepan pula mahkamah di akhirat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi mereka yang beriman mahu dakwaan kesalahan diadili di mahkamah di dunia kerana di akhirat lebih berat,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ahli Parlimen Marang berharap kerajaan bertindak terhadap kartel yang mengawal harga daging.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, penternak menghadapi masalah hendak menurunkan harga daging kerana menghadapi kartel yang membekal makanan ternakan dengan harga mahal.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, bagi mengatasi masalah itu kerajaan perlu berani bertindak terhadap kartel yang meraih keuntungan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan pula menteri naik atas belakang lembu, kena bertindak bagi menghadapi kartel sehingga menyebabkan harga daging meningkat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakam ucapan syabas kepada pegawai polis yang memberi layanan baik sepanjang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17192,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-17191","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17191","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17191"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17191\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17193,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17191\/revisions\/17193"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17192"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17191"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17191"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17191"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}