{"id":17240,"date":"2023-09-26T02:27:06","date_gmt":"2023-09-26T02:27:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17240"},"modified":"2023-09-26T02:27:08","modified_gmt":"2023-09-26T02:27:08","slug":"ngo-bantah-tanah-rizab-melayu-dipindah-milik-kepada-bukan-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/09\/26\/ngo-bantah-tanah-rizab-melayu-dipindah-milik-kepada-bukan-melayu\/","title":{"rendered":"NGO Bantah Tanah Rizab Melayu Dipindah Milik Kepada Bukan Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p>Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak mengembalikan status sejumlah tanah Rizab Melayu yang dipindah milik kepada individu dan syarikat bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) berkata langkah PTG Perak mengarahkan satu syarikat bukan Melayu menggantikan tanah lain milik syarikat berkenaan kepada Rizab Melayu dilihat tidak selari dengan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Undang-undang telah memperuntukkan bahawa tanah Rizab Melayu boleh dikembalikan dan pemilikan tanah tersebut boleh diperbetulkan semula dengan mengguna pakai Seksyen 380, Seksyen 417 dan Seksyen 419 Kanun Tanah Negara 1965,&#8221; Setiausaha Agung MHO Hishamuddin Hashim semasa menyerahkan memorandum kepada PTG Perak semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia susulan laporan tanah rizab Melayu seluas 3,214 hektar di Sitiawan dimiliki oleh syarikat bukan Melayu, selain tanah lain yang dipindah hak milik kepada individu bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran itu, Pengarah PTG Perak Mohamad Fariz Mohamad Hanip dilaporkan mengarahkan syarikat berkenaan menggantikan tanah bukan rizab Melayu milik syarikat berkenaan di Teluk Intan dan Tapah kepada Rizab Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Fariz, tanah milik syarikat yang ditukar menjadi rizab Melayu hanya pada sekitar 15% daripada jumlah keseluruhan tanah dimiliki di Sitiawan.<\/p>\n\n\n\n<p>Status tanah Rizab Melayu di Sitiawan itu menjadi isu apabila berpindah milik kepada bukan Melayu menerusi penjualan sahaja, syarikat Melayu kepada syarikat bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, MHO pada 15 Mei menyerahkan memorandum kepada pengarah PTG Perak berhubung status tanah-tanah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Hishamuddin, tindakan memindah milik tanah Rizab Melayu juga bertentangan dengan Enakmen Tanah Rizab Melayu 1933 yang menyatakan sebarang urusan terbatal sekiranya tanah dipindahkan kepada bukan Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah, di bawah Enakmen Rizab Melayu 1933, tanah rizab Melayu yang wujud pada tahun 1933 tidak boleh dipinda atau dimansuhkan melainkan melalui perbahasan di Parlimen,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Hishamuddin, langkah awal PTG Perak mengenakan sekatan dengan memasukkan Kaveat Pendaftar bagi kesemua tanah yang terlibat untuk menghalang sebarang transaksi atau pindah milik juga tidak menyelesaikan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana pemilik tanah bukan Melayu apabila berdepan kesukaran akibat membeli tanah yang mengandungi sekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, PTG Perak diharap dapat bertindak dan mengambil langkah melindungi tanah berstatus Rizab Melayu di Sitiawan seperti mana yang diperuntukkan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak mengembalikan status sejumlah tanah Rizab Melayu<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[129],"tags":[130],"class_list":["post-17240","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-perak","tag-perak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17240","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17240"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17240\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17242,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17240\/revisions\/17242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17240"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17240"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17240"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}