{"id":17556,"date":"2023-11-04T13:10:26","date_gmt":"2023-11-04T13:10:26","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17556"},"modified":"2023-11-04T13:10:28","modified_gmt":"2023-11-04T13:10:28","slug":"saya-bangga-ada-pengusaha-melayu-guna-cara-moden","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/04\/saya-bangga-ada-pengusaha-melayu-guna-cara-moden\/","title":{"rendered":"Saya Bangga Ada Pengusaha Melayu Guna Cara Moden"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya bangga kerana ada pengusaha Melayu yang guna cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Saudi, Ireland dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Penggunaan mesin boleh percepat dan perbanyakkan produk mereka di samping menjaga konsistensi sesuatu produk.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, 2 November saya berpeluang melawat dua syarikat perusahaan makanan di Kuala Terengganu semasa lawatan kerja saya ke Terengganu sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4).<\/p>\n\n\n\n<p>AdeqSue \u2013 menyediakan makanan siap masak dalam bentuk pek (package), dan Muslim Food Industries &#8211; keluarkan makanan seperti bihun, mee, laksa, kuetiau, bebola ikan dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua perusahaan ini menggunakan jentera mesin yang boleh hasilkan pengeluaran dalam jumlah besar dan memenuhi permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua ini antara contoh baik yang boleh dijadi panduan kepada pengusaha lain yang berminat dalam bidang sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>Industri pembuatan dan pembungkusan seperti ini punyai permintaan harian kerana barang makanan biasanya diperlukan setiap hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, perusahaan ini juga memerlukan pengurusan logistik yang cekap bagi menentukan ianya sampai ke pasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila sesuatu industri diadakan, ianya membuka peluang kerja kepada orang tempatan dan sekeliling.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, keperluan logistik menghantar produk itu tadi juga adalah peluang kerja kerana kenderaan memerlukan pengendali seperti kelindan dan pemandu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini sahaja sudah beri pendapatan kepada orang tempatan dan kitaran ekonomi berlaku secara tidak langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain peluang kerja, saya dapati perusahaan seperti ini mengajar peniaga bagaimana membekal mengikut permintaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita masak secara manual dalam jumlah sedikit, ini sekadar memenuhi permintaan sekeliling kita sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika kita guna mesin atau jentera dan adaptasi kaedah pengeluaran secara besar-besaran, bukan sahaja permintaan sekeliling boleh dipenuhi malah permintaan di luar kawasan termasuk di luar negara juga kita mampu penuhi dan kuasai.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita perlu hantar barangan kita ke negara-negara lain, jadi pasaran bukan lagi sekadar di kampung atau dalam negara tetapi terus ke peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu saya adakan perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar di Wisma Darul Iman.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya dapati Terengganu sebenarnya sudah banyak maju dan saya juga telah ditunjukkan pelan-pelan kemajuan negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Buat masa ini banyak kerja-kerja sudah dilaksana, jadi tidaklah banyak saya perlu bantu, kecuali bidang-bidang tertentu selain dari yang sedia ada.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga singgah ziarah YB Tan Sri Haji Hadi Awang di kediamannya di Rusila, Marang dan sempat berseloroh selepas 90 tahun lebih barulah saya dapat jejak kaki ke rumah kampungnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Didoakan semoga YB Tuan Guru Haji Hadi dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan. InsyaAllah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Mahathir bin Mohamad<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya bangga kerana ada pengusaha Melayu yang guna cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17557,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-17556","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17556","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17556"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17556\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17558,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17556\/revisions\/17558"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17557"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17556"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17556"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17556"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}