{"id":1759,"date":"2020-09-12T17:03:21","date_gmt":"2020-09-12T17:03:21","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=1759"},"modified":"2020-09-12T20:32:55","modified_gmt":"2020-09-12T20:32:55","slug":"pesanan-khas-presiden-pas-kepada-pemuda","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/09\/12\/pesanan-khas-presiden-pas-kepada-pemuda\/","title":{"rendered":"Pesanan Khas Presiden PAS Kepada Pemuda"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8220;Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.&#8221; (13)&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: &#8220;Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.&#8221; (14)<\/p>\n\n\n\n<p>Surah al-Kahfi: 13 &#8211; 14<\/p>\n\n\n\n<p>Amat menarik sekali, apabila Allah SWT meletakkan suatu surah di dalam al-Quran yang berkait dengan pemuda.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan besarnya peranan pemuda dalam perjuangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah yang berlaku di zaman nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussalatul wa salam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebanyakan pengikut mereka adalah dari kalangan pemuda dan hanya segelintir sahaja dari kalangan orang-orang tua.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah juga yang berlaku kepada para sahabat nabi akhir zaman SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana Allah SWT mengetahui betapa besarnya peranan mereka dalam melansungkan perjuangan yang sangat besar ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah meletakkan kita dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).<\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan Islam yang menjadi mata rantai gerakan Islah dan Tajdid meneruskan cahaya obor Islam yang tidak padam dengan kewafatan nabi Muhammad SAW.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita menyaksikan di zaman kini, ketika kejatuhan kuasa Islam yang mempengaruhi dunia (kuasa besar).<\/p>\n\n\n\n<p>Tanah air umat Islam dijajah, dipecah-pecah, diratah dan dimamah oleh musuh-musuh mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun mereka gagal memadamkan cahaya Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini diakui oleh musuh-musuh Islam sendiri yang telah letih menentang agama ini sejak awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah keyakinan kita.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS yang menjadi mata rantai perjuangan ini tidak pernah mundur atau surut dalam perjalanan perjuangannya, walaupun surut kerusi pilihan rayanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kosong kerusinya, malah ada tempat yang tidak boleh bertandingpun, tetapi cahaya kita sampai.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah Islam yang kita yakin.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa menduga perkembangan politik yang berlaku di masa mutaakhir ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya hanya menembak sahaja pada pilihan raya ke 14 dengan berkata, &#8220;In Sya Allah, PAS akan menjadi &#8216;King Maker&#8217; dalam percaturan politik tanah air&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan kerusi yang dianggap tidak menjadi penentu kerapa kerajaan memerintah.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan berjumlah hanya 18 kerusi parlimen dan dua buah negeri yang kita menang, tiba-tiba Allah SWT menyerlahkan kita menjadi &#8216;King Maker&#8217;, yang melakukan perubahan politik tanah air.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang berlaku sebenarnya bulanlah &#8216;Langkah Sheraton&#8217; tetapi sebenarnya langkah kita sebenarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah orang ramai tidak tahu.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang cuma nampak langkah sheraton sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Di PUTIK ini, kami telah merancang.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya nak sebut dua orang tokoh yang telah meninggal dunia, iaitu almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan almarhum Tuan Guru Dr. Harun Din.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami berbincang untuk membawa satu pendekatan baru dalam politik PAS iaitu pendekatan &#8216;Taawun Siasi&#8217;, bukan lagi &#8216;Tahaluf Siasi&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan &#8216;Cooperation&#8217; bukan &#8216;Coalation&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan yang lebih longgar tetapi fleksibel, tidak memutuskan kita daripada perjuangan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika semua parti politik dalam keadaan yang bergolak, kita dilamar oleh semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Dipinang oleh semua orang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengambil jalan tengah dengan mewujudkan kumpulan ketiga gagasan sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pergolakan itu, kedua-dua pihak dalam keadaan letih tetapi kita tidak letih.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita saksikan Pakatan Harapan yang berjaya menawan Putrajaya berada dalam keadaan pening, berlaga dan terantuk sesama sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita menyaksikan parti yang tidak boleh pergi ke Putrajaya berada dalam keadaan yang sangat gelabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Di masa itu kita memperkenalkan politik Islam, iaitu politik Taawun Siasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Melaksanakan apa yang ditunjukkan oleh nabi Muhammad SAW dengan menyatukan umat Islam dahulu kerana mereka yang berhak memimpin.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya kita menyatukan masyarakat majmuk yang melibatkan semua kaum.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah mesej kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya dapat dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional dengan pertemuan kita dengan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Membuahkan Kongres Perpaduan Melayu dengan pertemuan kita dengan Tun Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-duanya telah menunjukkan minat terhadap Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO sanggup meminda undang-undang tubuhnya dengan meletakan Islam di hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tun Mahathir menegaskan kepada saya bahawa beliau nampak hanya Islam sahaja yang boleh menyelesaikan masalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau cuma berkhilaf dalam masalah pendekatannya sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya kita berjaya mewujudkan Perikatan Nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Menawan Putrajaya dalam keadaan tenang.<\/p>\n\n\n\n<p>Suatu pertukaran kuasa secara demokratik, bukan melalui pintu belakang atau menebuk atap.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui ahli-ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan dengan cara menebuk atap tetapi ianya mengikut perlembagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita telah berjaya mengambil alih Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan langkah yang diambil, walaupun kita berkhilaf (berbeza pendapat) dalam pendekatan yang menyebabkan sedikit kerosakan dan perpecahan berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi perancangan kita telah berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>PAS telah mendapat tempat dalam kerajaan pusat dan berjaya menambah satu lagi negeri yang dapat kita perintah iaitu Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita berjaya memimpin dengan cara yang tidak gopoh seperti orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah, ahli-ahli PAS setia kepada parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak mengelabah, kerana golongan yang mengelabah itu sudah tiada dalam parti kita.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting ialah kita mahu mengukuhkan lagi kedudukan perjuangan kita ini untuk mendapat mandat rakyat secara langsung melalui pilihan raya umum yang ke 15 nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana undi pemuda adalah undi penentu yang sangat besar jumlahnya diseluruh negara, maka peranan pemuda sangat besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita merasa sedih kerana kefahaman umat Islam sangat lemah berbanding dengan kaum lain.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Padahal Islam mewajibkan politik dalam perjuangannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerana jahil agama, kita telah meninggalkan kewajiban yang besar ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidakkah semua nabi-nabi dan rasul-rasul alaihimussalatu wa salam tidak memisahkan politik daripada dakwah?<\/p>\n\n\n\n<p>Nabi-nabi bukan sahaja berdakwa mengajak orang ramai sahaja tetapi mereka juga mengajak kerajaan di zaman masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan nabi-nabi juga memimpin negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Berjuang sehingga dapat memimpin negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai dari kalangan nabi dan rasul tidak sempat melihat kemenangan kerana mereka telah wafat dahlulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ada nabi dan rasul yang telah dapat memimpin negara dengan mencapai kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting ialah politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia merupakan satu kewajiban yang besar dalam Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ia telah dilupakan oleh umat Islam sehingga menyebabkan undi umat Islam sangat lemah kerana lemahnya kesedaran politik ini, khususnya dari kalangan anak-anak muda yang menjadi sasaran kepada musuh-musuh Islam dengan diherek mereka dengan kelekaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu peranan pemuda sangat besar dan penting.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemuda mesti bergerak dengan keyakinan dan keimanan Ashalbul Kahfi yang disebut di dalam al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tujuh orang dan asalnya berasingan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka menyaksikan kemungkaran jahiliyyah yang berlaku, mereka duduk di bawah pokok di tempat masing-masing, tidak mengenali antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahklirnya mereka berkumpul dan mereka diketahui oleh musuh setelah mereka bangun mengatakan kebenaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka terpaksa menghadapi cabaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menyelamatkan akidah mereka, mereka telah bersembunyi di dalam sebuah gua.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita masih belum sampai kepada peringkat bersembunyi di dalam gua lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita masih berada di tengah-tengah masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Allah SWT telah melarang nabi Muhammad SAW berada selama-lamanya di dalam gua hira&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah pulang dari mendapat wahyu di gua Hira&#8217;, di rumah baginda, Jibrail turun membawa ayat:<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Wahai orang yang berselimut!&#8221; (1)<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).&#8221; (2)<\/p>\n\n\n\n<p>al-Muddaththir: 1 &#8211; 2&nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah mesej yang wajib kita tunaikan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed-youtube wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Pesanan Khas Presiden PAS\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/5O1oIbmnq6U?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1760,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-1759","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1759","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1759"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1759\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1761,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1759\/revisions\/1761"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1760"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1759"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1759"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1759"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}