{"id":17593,"date":"2023-11-09T04:32:40","date_gmt":"2023-11-09T04:32:40","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=17593"},"modified":"2023-11-09T04:32:43","modified_gmt":"2023-11-09T04:32:43","slug":"bagaimana-mungkin-islam-terancam-jika-pm-dan-raja-kita-orang-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2023\/11\/09\/bagaimana-mungkin-islam-terancam-jika-pm-dan-raja-kita-orang-islam\/","title":{"rendered":"Bagaimana Mungkin Islam Terancam Jika PM Dan Raja Kita Orang Islam?"},"content":{"rendered":"\n<p>Bagaimana Islam boleh terancam dalam negara ini yang majoritinya umat Melayu\/Islam, rajanya orang Islam, masjid-masjidnya merata-rata ceruk ada, sekolah-sekolah tahfiz berlambak, pengajian-pengajian Islam berkembang, majoriti ahli parlimen dan Adun adalah orang Islam, Perdana Menteri dan Menteri besar majoritinya orang Islam&#8230; dan pelbagai lagi fakta dan data menunjukkan Islam tidak terancam dalam negara kita? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa sentimen Islam terancam ini kerap dimainkan terutama oleh PAS dan kumpulan konservatif?<\/p>\n\n\n\n<p>Ada lima perkara utama yang kita boleh kelaskan yang boleh mengancam Islam dan umat Islam dalam negara kita ini walaupun fakta yang ditulis dalam point #1 di atas dilihat sebagai mustahil Islam akan terancam. <\/p>\n\n\n\n<p>LIMA perkara itu adalah Politik, Perundangan, Ekonomi, Tanah dan Pemikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada TIGA puak secara kasarnya akan terlibat dalam pertembungan Lima perkara tersebut &#8211; iaitu Konservatif, Liberal dan Oppressor.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara umumnya, pihak konservatif dalam negara kita adalah pihak yang secara teguh mempertahankan Melayu\/Islam sebagai tunjang kepada kerangka negara kita. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka meyakini bahawa Malaysia ini adalah Tanah Melayu dan Tanah Bumiputera &#8211; tuan tanah yang mesti dihormati agama, budaya dan bahasa mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Pihak Oppressor pula tidak ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka berjiwa orang asing yang mahu mengambil hak tuan tanah dengan pelbagai cara yang diperbolehkan melalui politik, ekonomi, perundangan dan tanah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini akan berusaha menguasai kartel-kartel ekonomi, parti-parti politik, menghantar seramai mungkin pengamal udang-undang untuk berada dalam parlimen bagi menggubal undang-undang dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>Puak Liberal pula adalah kumpulan yang mahu kebebasan, tidak mahu terikat dengan kongkongan konservatif Melayu\/Islam dari sudut pemikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Kumpulan ini adalah tunggangan terbaik bagi puak Oppressor untuk menghadapi reaksi balas kumpulan konservatif atas setiap perancangan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlu diingat, tidak akan ada orang bukan Islam akan menjaga kepentingan umat Islam dari sudut akidah, syariah dan muamalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang ada hanyalah tempelan-tempelan sokongan sekadar meraih undi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak akan ambil pusing untuk memperkasa apa-apa undang-undang, struktur politik umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada gerakan untuk melawan perundangan Islam, mereka akan support secara konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang akan pertahankan Islam, hanyalah orang Islam itu sendiri &#8211; selagimana mereka mempunyai kefahaman yang betul mengenai perkara yang LIMA tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang akan pertahankan Melayu sebagai tonggak dalam kerangka bernegara pun adalah orang Islam itu sendiri walaupun dia adalah Cina Muslim atau India Muslim.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun ahli parlimen Muslim masih ramai, tetapi hari ini majoritinya berada di sebelah pihak pembangkang, tidak berkuasa sebagai kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala populasi ahli parlimen yang bukan Islam dalam parlimen adalah besar dan sangat kuat sebagai pendesak kepada kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahkan dengan kekuatan dua pertiga majoriti, mereka boleh mendesak untuk pertambahan kerusi-kerusi untuk pihak mereka melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kuasa politik mereka akan semakin besar walaupun mereka bukan kaum majoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala kaum majoriti masih mendominasi kawasan yang berpopulasi rendah &#8211; menyebabkan peluang untuk pertambahan kerusi melalui persempadanan semula adalah rendah.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila pihak Oppressor dan Liberal menguasai parlimen, sedikit demi sedikit tekanan perundangan akan berlaku ke atas umat Melayu\/Islam yang rata-ratanya konservatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini pun kita sudah dengar usaha untuk membatalkan undang-undang syariah yang diluluskan di peringkat negeri &#8211; atas alasan tidak selari dengan perlembagaan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang akan bangun pertahankan isu ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Paling mudah untuk Oppressor-minded buat kerja untuk hadap konservatif Melayu\/Islam adalah melalui ekonomi dan tanah (pemilikan hartanah). <\/p>\n\n\n\n<p>Sedikit demi sedikit menggunakan kekuatan ekonomi untuk memiliki tanah-tanah umat Melayu\/Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bukanlah satu perkara yang baharu, ia telah bermula sebelum merdeka lagi dalam bentuk konspirasi British-China ke atas Tanah Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Panjang jika mahu dihuraikan. Kerja ini berterusan sehingga hari ini, sedikit demi sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagaimana British pernah berkonspirasi dengan Zionis untuk menguasai tanah Palestine. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua orang tahu bagaimana pelarian dan pendatang Yahudi diangkut masuk ke Palestine oleh kuasa-kuasa besar seperti British. <\/p>\n\n\n\n<p>Ironinya, Yahudi-Yahudi pendatang ini dilayan dan diterima dengan baik oleh umat Palestin, menyantuni mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sikap baik orang Palestin dibalas dengan tuba. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka membentuk kuasa politik, kemudian menguasai udang-undang, mereka membeli tanah-tanah orang Palestin (kerana mereka didana kuasa luar). <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermulalah episode ngeri dan berdarah rakyat Palestine &#8211; kerana para pendatang Yahudi itu telah berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam negara kita, tidalah sampai ke tahap itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuma corak pemikiran para Oppressor adalah sama &#8211; mahu menguasai. Israel-Zionis adalah contoh extreme yang boleh terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita hanya berharap umat Islam sedar perkara ini, tidak hanya leka terbius oleh fakta-fakta yang disebut dalam point #1 semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita sudah boleh dapat menilai tindak-tanduk orang-orang politik hari ini, ke arah mana kecenderungan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Parti politik yang ada, ke mana kecenderungan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia adalah pertembungan Konservatif dan Liberalis secara umumnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Oppressor tidak akan menunjukkan belangnya melainkan berselindung disebalik Liberalism &#8211; sehinggalah mereka mendapat kuasa penuh nantinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh: Dr Tanaka Mustafa<\/p>\n\n\n\n<p>p\/s: Definisi Liberal yang difahami pihak konservatif mungkin berbeza dengan definisi Liberal yang difahami puak Liberal. Tidak hairan puak Liberal berbangga dengan keliberalan mereka, manakala pihak konservatif memandang buruk akan Liberalism.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bagaimana Islam boleh terancam dalam negara ini yang majoritinya umat Melayu\/Islam, rajanya orang Islam, masjid-masjidnya merata-rata ceruk ada,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":17594,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-17593","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17593","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17593"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17593\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":17595,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17593\/revisions\/17595"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/17594"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17593"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17593"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17593"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}